Kelimpahan semulajadi
From Wikipedia
Kelimpahan semulajadi merujuk kepada kelaziman isotop-isotop berbeza bagi sesuatu unsur untuk dijumpai pada Bumi secara semulajadi. Purata jisim dengan pemberat kelimpahan semulajadi bagi isotop-isotop adalah berat atom yang disenaraikan dalam jadual berkala. Kelimpahan sesuatu unsur berubah-ubah dari satu planet ke planet yang lain.
Peratus kelimpahan semulajadi merujuk kepada nisbah bandingan (relatif) isotop-isotop unsur yang dijumpai dalam sumber semulajadi, dan diungkapkan menggunakan peratus jumlah isotop.