Kangkung
From Wikipedia
Kangkung | |
Pengelasan sains | |
Alam | Tumbuhan |
Filum | [[]] |
Subfilum | [[{{{Subfilum}}}]] |
Divisi | Magnoliophyta |
Kelas | Magnoliopsida |
Order | Solanales |
Famili | Convolvulaceae |
Genus | Ipomoea |
Spesies | I. aquatica |
Nama binomial | |
Ipomoea aquatica (Forsk.) Ipomoea reptans (Poir.) |
|
{{{Ksubspesies}}} | |
''''' |
Kangkung atau Kangkong atau nama saintifiknya Ipomoea aquatica Forsk., juga Ipomoea reptans Poir1. kangkong merupakan sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai sayur-sayuran dan di tanam sebagai makanan. Kangkung banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Kangkung banyak terdapat di kawasan Asia dan merupakan tumbuhan yang boleh dijumpai hampir di mana-mana kawasan berair.
Antara masakan yang popular yang mengunakan kangkung adalah kangkung goreng belacan.
Kangkung juga merupakan makanan kepada salah satu spesies haiwan Chersina, iaitu kura-kura.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Gambaran
Terdapat dua bentuk kangkong: kontang dan basah. Kangkong mempunyai daun licin berbentuk mata panah, sepanjang 5-6 inci, berbentuk tirus. Ia mempunyai batang menjalar dengan daun berselang dan batang menegak pada pangkal daun. Tumbuhan yang boleh dimakan ini bewarna hijau pucat dan menghasilkan bunga bewarna putih, yang menghasilkan pod empat biji benih. Terdapatjuga jenis daun lebar dan daun tirus.
[Sunting] Penanaman
Dua jenis penanaman diusahakan: kering dan basah. Dalam kedua kes, sejumlah besar bahan organik (kompos dan najis) dan air diperlukan. Dalam penanaman kering, kangkong ditanam pada jarak 5 inci pada batas dan disokong dengan kayu sangga. Kangkong boleh ditanam dari biji benih atau keratan akar. Ia sering ditanam pada tapak semaian sebelum dipindahkan di kebun. Penuaian dilakukan selepas 6 minggu ia ditanam.
Dimana penanaman basah diamalkan, potongan sepanjang 12-inci ditanam dalam lumpur dan dibiar basah. Semasa kangkong tumbuh, kawasan basah ditenggelami pada tahap 6 inci dan aliran air perlahan dikekalkan. Aliran air ini dihentikan semasa pembajaan. Rumpai dikawal dengan membanjiri kebun. Tuian dilakukan 30 hari selepas penanaman. Apabila pucuk diambil, cabang sisi dan menegak digalakkan dan boleh dituai setiap 7-10 hari.
Semasa berbunga, pucuk kangkong kurang tumbuh tetapi pembajaan dan penuaian cenderung menggalakkan lebih banyak daun terhasil.
[Sunting] Kegunaan
Hampir keseluruhan tanaman muda boleh dimakan. Oleh kerana kangkong tua mempunyai serabut, pucuk muda digemari. Ia dimakan mentah atau dimasak seperti bayam. Kangkong sering digoreng. Rempah dicampurkan bagi menambah rasa yang hambar.