Kampung Rinching Tengah
From Wikipedia
Kampung Rinching Tengah terletak di mukim Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Nama "Rinching" berasal dari nama sungai kecil yang mengalir di sini, Sungai Rinching.
Ada dua kampung lagi dan dua taman menggunakan nama Rinching, iaitu Kampung Rinching Hulu, Kampung Rinching Hilir, Bandar Rinching dan Taman Rinching Indah.
Kampung ini masih lagi mengekalkan 'unsur kekampungan ' seperti :
- masih banyak rumah daripada papan
- susun rumah tidak seragam
- kebun buah-buahan
- kedai kecil-kecilan.
- Jalan di Kampung Rinching Tengah hanya 3 meter lebar dengan semak-samun di kiri dan kanan jalan.
Di hadapan Kampung Rinching Tengah terletaknya sebuah bandar iaitu Bandar Tasik Kesuma dan di sebelah kirinya Bandar Rinching dan Taman Rinching Indah. Jadi kampung ini tersepit dan terkorban oleh proses pembangunan.
[Sunting] Sejarah
- Telah diteroka pada tahun 1912 oleh orang Melayu keturunan Jawa, Minangkabau dan Rembau. Penduduknya bekerja sebagai petani dan penoreh getah.
- Apabila negara menghadapi darurat pada tahun 1948, penduduk Kampung Rinching Tengah yang tinggal jauh di pedalaman telah dikumpulkan ke satu kawasan oleh pihak berkuasa di satu kawasan penempatan di dalam kampung untuk menjaga keselamatan mereka dari ancaman komunis. Penempatan ini telah kekal sehingga ke hari ini yang dikenali sebagai Kampung Rinching Tengah.
[Sunting] Keluasan
Luas kampung ini lebih kurang 345 ekar yang terletak dalam Tanah Rezab Melayu. 30 ekar untuk petempatan perumahan , 280 ekar kebun getah , 25 ekar dusun durian dan 10 ekar tanah terbiar.
[Sunting] Kemudahan asas
- 1960 Sekolah Rendah Kebangsaan
- 1970 Bekalan air paip ke rumah-rumah
- 1974 Klinik Desa
- 1974 Balai raya (Lama)
- 1975 Jalan berturap
- 1975 Bekalan elektrik ke rumah
- 1984 Padang bola
- 1984 Taman permainan
- 1985 Kedai pembangunan Luar Bandar( 2 unit)
- 1986 Bekalan telefon ke rumah
- 1990 Surau baru
- 1992 Penambahan peralatan taman permainan
- 1999 Kedai belia
- 1999 Balai raya ( baru )
- 1999 Bangunan tambahan Sekolah Kebangsaan
- 1999 Sekolah Agama Rinching Tengah
- 2001 Surau Sekolah Agama