Kampung Changkat Jong
From Wikipedia
Kampung Changkat Jong adalah kampung yang bersejarah. Ianya diberi nama Jong kerana sejarah kapal jong. Menurut kisah orang-orang tua,keseluruhan tanah landai di kampung ini adalah sebuah lautan yang luas. Kapal Jong yang dikatakan itu telah belayar di lautan ini dan telah ditegur oleh Sang Kelembai. Kapal itu menjadi batu dan ditumbuhi hutan rimba yang tebal.