Istana Nurul Iman
From Wikipedia
Istana Nurul Iman ialah tempat kediaman rasmi Sultan Brunei yang terletak berdekatan dengan tebing Sungai Brunei. Istana ini merupakan tempat kediaman paling besar di dunia. Istana ini mempunyai 1,788 bilik, 257 bilik mandi, dan kawasan seluas 200,000 m² (2,200,000 kaki²). Di sini juga terdapat koleksi kereta-kereta yang ditempah khususseperti Ferrari dan Bentley. Jumlah kos pembinaan Istana Nurul Iman ini ialah lebih kurang 1 billion ringgit. Istana ini tidak dibuka kepada orang ramai kecuali semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri.