ISO 639
From Wikipedia
ISO 639 ialah salah satu daripada beberapa piawai antarabangsa yang menyenaraikan kod ringkas untuk nama-nama bahasa. Etnolog piawai ini menggunakan kod-kod ISO 639-3 mulai daripada edisi ke-15.
ISO 639 yang terdiri daripada beberapa bahagian masih dalam perkembangan, dengan dua bahagian kini diluluskan serta diterbitkan, dan satu lagi bahagian dalam peringkat pelulusan yang terakhir (FDIS):
- ISO 639-1: Kod perwakilan nama-nama bahasa, 2002 — Bahagian 1: Kod Alpha-2 (Daftar kod ISO 639-1)
- ISO 639-2: Kod perwakilan nama-nama bahasa, 1998 — Bahagian 2: Kod Alpha-3 (Daftar kod ISO 639-2)
- ISO/FDIS 639-3: Kod perwakilan nama-nama bahasa, 2006 — Bahagian 3: Kod Alpha-3 untuk liputan bahasa yang menyeluruh (Daftar kod ISO 639-3)
Bahagian-bahagian yang masih diperkembangkan adalah seperti berikut:
- ISO/CD 639-4: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 4: Garis panduan pelaksanaan dan prinsip-prinsip am untuk pengekodan bahasa
- ISO/DIS 639-5: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 5: Kod Alpha-3 untuk famili dan kumpulan bahasa
- ISO/CD 639-6: Kod perwakilan nama-nama bahasa — Bahagian 6: Perwakilan Alpha-4 untuk liputan kelainan bahasa yang menyeluruh
[Sunting] Ruang kod Alpha-3
Oleh sebab kod Alpha-3 ini mempunyai tiga huruf, had atas untuk bilangan bahasa dan himpunan bahasa yang dapat diwakili ialah 26 × 26 × 26 = 17 576. Bahagian 2 mentakrifkan dua kod khas, iaitu mul
, und
, dan satu julat simpanan, qaa-qtz (500 kod), serta 23 kemasukan kembar (kod B/T). Kesemua ini berjumlah 545 kod yang tidak boleh digunakan dalam Bahagian 3 untuk mewakili bahasa, atau dalam Bahagian 5 untuk mewakili himpunan bahasa. Yang tinggal ialah 17 576 - 545 = 17 032.
[Sunting] Lihat juga
- Daftar kod ISO 639-1
- Daftar kod ISO 639-2
- Daftar kod ISO 639-3
- Kod bahasa
- Bahasa dan famili bahasa
- Daftar bahasa
- Daftar bahasa rasmi
- ISO 3166 (kod negara)
- ISO 15924 (kod sistem penulisan)
[Sunting] Pautan luar
- RFC 3066, Teg Pengecaman Bahasa, Amalan Semasa Terbaik, Januari 2001
- ISO 639 dan Etnolog
- Kod bahasa dalam bahasa Inggeris dan Itali, dengan skrip Perl untuk penghuraian dan kod PHP
- Versi XML untuk data rasmi HTML ISO 639-2 daripada Perpustakaan Kongres
- Linguasphere — syarikat penyelidikan linguistik dan akhbar yang menyertai projek ISO 639-6
- Syarikat Pemasaran ICT — bersama-sama dengan Linguasphere dan BSI secara usaha sama untuk projek pengekodan bahasa ISO 639-6
- Institut Piawai British
- Penerangan oleh Håvard Hjulstad