Henry Gurney
From Wikipedia
Sir Henry Gurney telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu pada tahun 1948.Beliau telah melancarkan Rancangan Briggs dengan tujuan untuk memutuskan hubungan komunis dengan penduduk setempat.
Beliau telah melancarkan kempen ‘Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’.Beliau juga telah menubuhkan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum untuk mengeratkan perpaduan rakyat menentang komunis. Beliau telah menggalakan penubuhan penubuhan parti politik Cina yang tidak berhaluan ke Negara China.
Beliau telah dibunuh oleh komunis pada 6 Oktober 1951 , semasa perjalanan ke Bukit Fraser. Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu kemudiannya diganti oleh Sir Gerald Templer.
Namanya kini terpahat di salah sebuah sekolah di Telok Mas, Melaka.