Henry Ford
From Wikipedia
Rencana ini merupakan rencana stub. Bantulah Wikipedia mengembangkannya. |
Henry Ford (30 Julai, 1863 – 7 April, 1947) merupakan pengasas Syarikat Ford Motor (Ford Motor Company) dan Syarikat Henry Ford (Henry Ford Company) (yang kemudiannya menjadi Cadillac). Beliau telah dikenali sebagai "Bapa Teknologi Kereta" kerana menggunakan rangkaian pemasangan untuk mengeluarkan kereta secara besar-besaran.
Pencapaian Ford bukan sahaja merevolusikan pengeluaran perindustrian di Amerika Syarikat dan di seluruh dunia, tetapi juga amat mempengaruhi kebudayaan moden secara. Ahli teori sosial telah menggelarkan fasa sejarah ekonomi dan sosial ini sebagai "Fordisme". Ada juga yang memberi penghargaan kepadanya untuk mencipta kelas menengah di masyarakat Amerika Syarikat.
[Sunting] Garis masa
- 1863: Kelahiran Henry Ford di Michigan pada 15 Februari.
- 1876: Kematian ibubondanya, Mary Litogot.
- 1891: Bertugas dengan Edison Illuminating Company.
- 1893: (1) Penciptaan enjin kereta Ford yang pertama; (2) Kelahiran anak sulung, Edsel Bryant Ford.
- 1903: Penubuhan Syarikat Ford Motor.
- 1905: Kematian ayahandanya, William Ford.
- 1916: Perkahwinan Edsel dengan Eleanor Lowthian Clay.
- 1917: Kelahiran cucu lelaki, Henry Ford II.
- 1919: Kelahiran cucu lelaki, Benson Ford.
- 1943: Kematian Edsel Bryant Ford.
- 1947: Kematian Henry Ford psfs 7 April.