Gunung Ledang
From Wikipedia
Gunung Ledang | |
Maklumat ringkas | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Johor |
Jenis gunung | |
Taraf gunung | |
Letupan terakhir | |
Tinggi | 1,276 meter 4,185 kaki |
Koordinat | |
''''' |
Gunung Ledang (juga dikenali sebagai Mount Ophir) merupakan sebuah gunung yang terdapat di daerah Muar, negeri Johor Darul Takzim, Malaysia. Terletak berdekatan dengan sebuah pekan kecil iaitu pekan Asahan. Dengan ketinggian 1,276 meter, Gunung Ledang merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Jika berada di atas gunung ini pada hari yang cerah, seseorang boleh melihat Selat Melaka dan Sumatera, Indonesia dengan jelas.
Gunung Ledang dipercayai sebagai salah satu dari hutan yang sangat kaya dengan spesis tumbuhan yang sukar ditemui di mana-mana tempat di dunia ini. Ia mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas.
Gunung Ledang biasanya dikaitkan dengan satu legenda, iaitu legenda Puteri Gunung Ledang.
[Sunting] Cara mendaki
Ada tiga runut mendaki:
- Dari Pekan Asahan, Melaka, masuk ke sebelah kanan menuju ke Gunung Ledang. Laksamana Hang Tuah dipercayai menggunakan denai ini. Anda boleh mula dari kolam air di Kampung Asahan.
- Dari Lebuh raya Utara Selatan, susur keluar Tangkak menuju ke Jementah/Segamat di sebelah kiri lebuh raya. Anda akan jumpa Sagil. 10 km dari Tangkak menuju ke Segamat, anda akan jumpa air terjun Ayer Pernas di sebelah kiri, kilang getah dan Estet Ledang Baharu. Dari air terjun Pernas, anda boleh ikut runut Sagil menuju ke puncak Gunung Ledang. Jalan ini lebih popular. Hanya 2-3 jam dikatakan boleh sampai ke puncak. Air terjun Pernas popular kepada para pengunjung.
- Dari Tangkak ke Segamat, ada satu jalan ke puncak stesen radio dan kolam air. Tetapi jalan ini ditutup kepada orang ramai. Ada bangunan di stesen radio ini pada ketinggian 610 meter.
[Sunting] Kelebihan
Gunung Ledang boleh didaki oleh sesiapa sahaja termasuk ahli keluarga. Namun pada 1987, enam orang Singapura tersesat di Gunung Ledang kerana mengambil jalan pintas.
[Sunting] Rujukan
- Alfred Wallace, 'The Malay Archipelago', MacMillan, 1869. Beliau mendaki pada tahun 1854.
- John Briggs, 'Mountains of Malaysia - A Practical Guide and Manual', Longman, 1985.
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |