Douglas DC-6
From Wikipedia
Douglas DC-6 | ||
---|---|---|
|
||
Fungsi | Pesawat komersil | |
Anak kapal minimum | 3 - 4 | |
Penerbangan komersil pertama | 1946 | |
Pengeluar | Douglas Aircraft Company | |
Dimensi | ||
Panjang | 32.2 m | 105 kaki 7 in |
Rentang sayap | 32.2 m | 105 kaki 7 in |
Tinggi | 8.8 m | 28 kaki 9 in |
Keluasan sayap | 135.9 m² | 1,463 kaki² |
Berat | ||
Tanpa kapasiti | 25,110 kg | 55,360 lb |
Terbang naik | 48,500 kg | 107,000 lb |
Kapasiti | 88 ke 102 penumpang | |
Kargo | ||
Penjana kuasa | ||
Enjin | Empat Pratt & Whitney R-2800 enjin omboh jejarian | |
Kuasa | 7,460 kW | 10,000 hp |
Prestasi | ||
Laju sederhana | 507 km/h | 315 mph |
Laju maksimum | 644 km/h | 400 mph |
Julat operasi | 5,000 km | 3,000 batu |
Lelangit khidmat | 7,600 m | 25,000 kaki |
Kadar pendakian | 326 m/min | 1,070 kaki/min |
Beban sayap | 356 kg/m² | 73 lb/kaki² |
Nisbah tujahan dengan berat | 150 W/kg | 0.09 hp/lb |
Douglas DC-6 adalah pesawat udara yang dibina oleh Douglas Aircraft Company dari tahun 1946 hinggalah tahun 1959. Pada mulanya, ianya dibina untuk tujuan ketenteraan, tetapi selepas Perang Dunia II, ianya diubah suai untuk bersaing dengan Lockheed Constellation bagi penerbangan berjulat jauh. Sebanyak 700 unit DC-6 telah dibina dan hari ini, ianya digunakan untuk pengangkutan kargo, tentera dan pengawasan haiwan lair.
Versi ketenteraan DC-6 dikenali sebagai C-118 Liftmaster dan digunakan dalam servis Tentera Udara Amerika Syarikat manakala siri R6Ddigunakan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat.
[Sunting] Sejarah
Tentera Udara Amerika Syarikat ketika zaman peperangan menempah 'YC112', sebuah projek DC-6. Tentera Amerika ketika inginkan sebuah pesawat yang seperti C-54 tetapi dengan teknologi enjin yang lebih baik. Sebaik saja YC112 memulakan khidmatnya, perang pun tamat.
Douglas kemudiannya menukar protaip ini untuk digunakan dalam kegunaan komersil. Walaubagaimanapun, beberapa siri kecelakaan berlaku disebabkan oleh masalah saluran minyak menyebabkan kesemua DC-6 terpaksa diberhentikan operasinya buat sementara waktu.
Pan Am menggunakan DC-6 untuk penerbangan pertamanya merentasi lautan Atlantik pada tahun 1952
[Sunting] Variasi
Douglas mereka 3 variasi utama DC-6 iaitu DC-6A untuk pengangkutan kargo, DC-6B untuk menerbangkan penumpang dan DC-6C yang boleh diubah menjadi kargo dan penumpang.
Kebanyakkan DC-6 kemudiannya diganti dengan DC-7 manakala yang selebihnya diganti dengan 707 dan DC-8
[Sunting] Pautan Luar
Kandungan berkaitan | |
---|---|
Perkembangan Terkini |
C-47 Skytrain |
Pesawat udara setara |
Boeing 247 |
Siri Diberi |
DC-1 - DC-2 - DC-3 - DC-4 - DC-5 - DC-6 - DC-7 - DC-8 - DC-9 - DC-10 - MD-11 - MD-12 |
Daftar Berkaitan |
Daftar syarikat penerbangan - Daftar pesawat awam |