Diagon Alley
From Wikipedia
Dalam novel karangan J. K. Rowling iaitu Harry Potter dan filem adaptasinya, Diagon Alley adalah sebatang jalan di London, sama seperti laluan kedai. Ia boleh dimasuki dan diketahui oleh kalangan ahli sihir dan terlindung dari Muggle. Walau bagaimanapun, Muggle boleh memasukinya jika ingin mengiringi anak mereka yang bersekolah sihir. Ia menjadi hab atau pusat ekonomi bagi masyarakat sihir Britain. Ia juga merupakan rumah bagi Ollivander (pembuat tongkat sakti sejak 382 SM dan kelihatan juga seperti pembekal utama negara), begitu juga bank Gringotts yang diuruskan oleh Goblin dan Kedai Jubah Puan Malkin. Kedai lain di sana termasuklah kedai buku Flourish & Blotts, Emporium Burung Hantu Eeylops, Pembekal Quidditch Berkualiti dan Penginapan Leaky Cauldron. Untuk membeli kelengkapan Hogwarts, DIagon Alley sangat memadai.
Terdapat juga kawasan membeli-belah selain Diagon Alley seperti Knockturn Alley yang terkenal dengan kedai yang teruk - kedai seperti Borgin dan Burkes yang menjual objek Jahat yang berkaitan dengan Ilmu Hitam barang yang tersumpah; begitu juga pekan Hogsmeade.
Salah satu pintu masuk ke Diagon Alley boleh dilalui dengan berjalan melalui tempat penginapan terkenal, Leaky Cauldron. Tempat penginapan tersebut, yang sukar dilihat manusia, terletak di London di jalan besar Charing Cross Road (Charing Cross Road terkenal dengan pusat penjualan buku baru dan terpakai, yang mungkin berkaitan untuk menerangkan mengapa JK Rowling yang menyukai buku untuk menggunakannya agar dapat memasuki "dunianya"). Untik memasuki Diagon Alley, seseorang perlulah terus ke tembok nelakang rumah penginapan dan mengetuk batu tiga kali dengan mengira tiga atas dan dua tepi. Oleh kerana kesibukan kawaan tersebut, berjalan ke dan dari Diagon Alley turut biasa digunakan cara ajaib seprti Penjelmaan Tiba-tiba atau dengan menggunakan Serbuk Floo.
Dalam filem pertama, Diagon Alley kelihatan berhampiran dengan Pasar Leadenhall di bandar London.
Namanya dikatakan ajukan "diagonally" (jalan melintang pepenjuru); bukti yang dapat dilihat dalam filem Harry Potter and the Chamber of Secrets. DVD filem tersebut termasuklah video "kunjungan" ke Diagon Alley, yang kelihatan seperti set filem asal.