Curie
From Wikipedia
Curie (simbol Ci) adalah satu unit terdahulu bagi keradioaktifan, ditakrifkan sebagai 3.7×1010 pereputan per saat. Ini adalah secara kasarnya aktiviti 1 gram isotop radium 226Ra, satu bahan yang dikaji oleh pelopor-pelopor bidang radiologi, Marie dan Pierre Curie (unit adalah dinamakan sempena Pierre Curie). Curie telah digantikan dengan satu unit terbitan SI, becquerel (Bq), yang bersamaan dengan satu pereputan per saat. Oleh itu 1 curie adalah secara tepatnya 37 gigabecquerels (GBq) atau 37 bilion becquerels. 1 Bq = 2.7027×10-11 Ci (untuk kejituan lebih tinggi, "027" adalah satu perpuluhan yang berulang).