Confucius
From Wikipedia
Confucius | |
---|---|
Nama Leluhur (姓) | Kong (子) (Pinyin: Zǐ) |
Nama Keluarga (氏) | Kong (孔) (Pinyin: Kǒng) |
Nama Berian (名) | Qiu (丘) (Pinyin: Qiū) |
Nama Zi (字) | Zhongni (仲尼) (Pinyin: Zhòngní) |
Gelaran Anumerta (謚) |
Pendeta Kong 孔子,孔夫子) (Pinyin: Kǒngzǐ, Kǒngfūzǐ;) Pendeta Terunggul Purba (至聖先師) (Pinyin:Zhìshèng Xiānshī) |
Wade-Giles | K'ung-tzu, K'ung Fu-tzu |
Confucius (Bahasa Cina: Kong Fuzi, Kong Fu Tze, 孔夫子, atau Kongzi, 孔子; (551 - 479 SM)) merupakan seorang ahli fikir serta ahli falsafah sosial yang termasyhur di China.
Falsafah Confucius menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Confucius telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada Eropah oleh Jesuit Matteo Ricci yang merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama Latin kepada beliau.
Analeks merupakan sebuah koleksi ringkas mengenai siri perbincangan dengan pengikut-pengikutnya, dan disusun selepas kematian Confucius. Ia mengandungi gambaran keseluruhan ajarannya.
[Sunting] Kehidupan peribadi
Confucius dilahirkan di Zhou (sekarang: Wilayah Shandong) yang terletaknya di negeri Lu pada Zaman Chunqiu (春秋時代) China. Ayahandanya yang merupakan seorang komander negeri Lu meninggal dunia sewaktu Confucius berumur tiga tahun. Walaupun keluarganya berketurunan bangsawan, mereka tidak berkaya-raya. Wafat ayahandanya tertinggal mereka dalam kemiskinan. Confucius berkahwin dengan Chikuan pada umur 19 tahun, dan kemudiannya menjadi ayah kepada seorang anak lelaki dan dua orang anak perempuan.
Confucius sanggup mengambil pelbagai kerja seperti gembala, kerani dan penyimpan kira-kira untuk menyara hidup mereka. Selepas ibunya meninggal dunia pada tahun 527 S.M., beliau memulakan pekerjaannya sebagai seorang guru. Beliau mengembara dan mengajar murid-murid yang berkumpul berhampirannya. Kemashyurannya serta sifat-sifat murninya diluas sebar di seluruh negeri Lu.
Pada zaman akhiran Dinasti Zhou (Chou) (1027-256 S.M.), kerajaan menghadapi masalah komplot penggulingan kuasa. Confucius mengkritik zaman itu merupakan zaman kacau-bilau dan kurang bermoral. Beliau berpendapat cara penyelesaian masalah itu adalah mendidik supaya orang ramai mengikut prinsip-prinsip serta ajaran-ajaran pendeta dahulu. Beliau mengadakan penegasan ajaran-ajaran pendeta dahulu dalam kelasnya.
Selepas beberapa tahun, ajarannya serta teorinya diluas sebar ke seluruh China oleh anak muridnya dan kemudiannya ramai orang memanfaatkannya.
Confucius yang berusia 52 tahun, dilantik sebagai majistret Chungtu dan pada tahun seterusnya, beliau menjadi menteri jenayah bagi negeri Lu. Dengan pentadbirannya yang baik, beliau berjaya melaksanakan reformasi baru, keadilan didirikan dan kes-kes jenayah berkurangan sehingga hampir dihapuskan. Cara pentadbiran yang diperkenalkan adalah begitu baik sekali sehingga beliau dilantik menjadi pemerintah negeri sebelahnya untuk menahan pemecatan kuasa menteri. Confucius meninggalkan kawasan pentadbirannya pada tahun 496B.C untuk mengembara sambil mengajar, tersia-sia adanya harapan akan putera negeri lain membenarkan beliau melancarkan reformasi. Pada tahun 484 S.M., tersia-sia mencari pemerintahan yang unggul, beliau kembali ke Lu.
Beliau meninggalkan negerinya dan mengembara seluruh China selama 13 tahun. Semasa beliau berumur 69 tahun, beliau kembali ke Lu dan wafat 3 tahun kemudiannya di Lu – 479 S.M.
Selepas beliau wafat, peninggalannya dikebumikan di kubur Chu Fu (Sekarang: Shandong). Kini, kubur itu merupakan satu taman yang cantik dan dinamakan Taman Kong.
Walaupun Confucius telah wafat tetapi ajaran dan falsafah beliau masih diamalkan sehingga terbinanya tokong-tokong di seluruh China. Kitab yang disusunkan oleh pengikut-pengikutnya ialah Lunyu (Inggeris:Analects), dimana ia merupakan kitab yang paling tepat mengisahkan kehidupan Confucius serta ajarannya.
[Sunting] Bacaan lanjut
- Multilingual web site on Confucius and the Analects
- Stanford Encyclopedia of Philosophy on Confucius
- Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Confucius
- Confucian Analects
- Analects
- 孔子世系 (Confucius' Genealogy)
- Life of Confucius and selections from The Analects
- Kong Family