C-130 Hercules
From Wikipedia
Pesawat udara turboprop empat enjin Lockheed C-130 Hercules, merupakan pesawat pengangkutan taktikal utama bagi tentera udara diraja Malaysia. Hercules berupaya untuk mendarat dan berlepas dari lapangan terbang tanah yang pendek dan kasar, Lockheed C-130 Hercules merupakan pengangkut penumpang dan kargo dan digunakan dalan pelbagai peranan, seperti pesawat pembedil ( gunships ), pemerhati cuaca, tangki udara, pesawat bomba udara dan ambulan udara. Terdapat lebih 40 versi Hercules, dan ia digunakan secara meluas oleh lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat.
Pesawat tangki KC-130 dilengkapkan dengan tangki bahan api besi waja ( stainless steel ) boleh alih bersaiz 13,626 Liter (3600 galen) yang di bawa dalam ruang kargo membekalkan bahan api tambahan apabila diperlukan. Dua pod pengisian bahanapi di udara drogue dan hos diletakkan di sayap setiap satunya mampu membekalkan sehingga 1,135 Liter (300 galen) seminit kepada dua pesawat serentak membenarkan bilangan kitaran pantas bagi formasi empat pesawat (dalam tempoh kurang dari 30 minute).
C-130 dijangkakan akan diganti dengan projek Pengangkutan STOL Maju Sederhana ( Advanced Medium STOL Transport )AMST USAF. Bagaimanapun, dengan pembatalan AMST, C-130 kekal dalam perkhidmatan. Pada masa kini model keluaran tunggal adalah C-130J baru.
[Sunting] Model
- C-130A
Penghantaran C-130A kepada tentera Amerika Syarikat bermula pada Disember 1956. C-130A dihantar telah dilengkapi dengan Allison T56-A-1 turoprops dan 3 kipas bilah. - C-130B
Model pertama B dihantar pada April 1959. Model B dikenali sebagai kereta sport bagi angkatan udara fleet kerana ia tidak mempunyai tangki sayap dan mempunyai aileron dipertingkat sepenuhnya dengan 3,000 berbanding 2,050 paun/in² (21 berbanding 14 MPa) pada model lain. Ini membenarkan model B mempunyai kadar pusingan lebih tinggi ( higher roll rate ). Model B dilengkapkan dengan engin dipertingkatkan T56-A-7 dan kipas empat bilah. - C-130E
Model E jarak dipertingkatkan mula berkhidmat pada tahun 1962. Jarak lebih jauh dicapai dengan tangki bawah sayap. Model E juga mempunyai ciri-ciri peningkatan struktur, peningkatan avionik dan kuasa berbanding berat yang lebih baik. - C-130H
Model H kekal digunakan secara meluas dalam perkhidmatan USAF dan banyak tentera udara negara lain. Model H pertama bermula pada tahun 1964 dan kekal dihasilkan sehingga 1996. C-130H yang lebih baik diperkenalkan pada tahun 1974. Model H ini dikenali sebagai C-130K dalam perkhidmatan RAF. C-130H-30 adalah versi asal Hercules yang dipanjangkan dengan meletakkan sambungan 2.54 meter dihadapan kokpit dan sambungan 2.03 [[meter] pada belakang badan fuselage. - C-130J
C-130J adalah versi terkini Hercules. Sementara tiada beza dari luar dengan Hercules klassik, model J adalah kapal terbang yang berbeza dalamannya. Perbezaan ini termasuk enjin turobprops Rolls-Royce Allison AE2100 baru dengan kipas yang diperbuat dari bahan komposit, peralatan avionik digital, keperluan anak kapal yang kurang, peningkatan keupayaan dan kos operasi sehing 27% lebih rendah. C-130J juga terdapat dalam panjang piawaian atau versi dipanjangkan (C-130J-30). Lockheed menerima tempahan untuk model J dari RAF yang memesan 25 pesawat, penghantaran pertama pada 1999. Pengguna terbesar model terbaru akan menjadi USAF yang menempah kapal terbang dalam jumlah meningkat. - L-100
Siri L-100 adalah versi Hercules awam.
[Sunting] Variasi
Variasi C-130 termasuk:
- pesawat pembedil AC-130
- pengawal drone DC-130 dan GC-130
- EC-130 Commando Solo command and control, and electronic warfare
- EC-130 COMPASS CALL
- EC-130E ABCCC
- HC-130P/N special operations refueling, long-range surveillance, search and rescue
- JC-130 and NC-130 space and missile operations
- Tangki pengisian taktikal KC-130
- Sokongan Artik & Antartik LC-130
- MC-130E/H Combat Talon I/II (special operations)
- Patrol marin PC-130
- Peninjau RC-130
- Cari dan selamat SC-130
- pengangkut VIP VC-130
- peninjau cuaca WC-130
C-130 mencatat sejarah pada November 1963 apabila pada 8 November, 21 November dan 22 November
USS Forrestal dan C-130 mencatat rekod untuk pesawat terberat dan terbesar mendarat di atas kapal induk Tentera laut. Ujian itu berjaya tetapi idea tersebut di anggap terlalu merbahaya untuk operasi COD biasa (Penghantaran Atas Kapal Induk Carrier On-board Delivery").
[Sunting] Lihat juga
- AC-130 Spectre
- MC-130 Combat Talon