Burung Hantu
From Wikipedia
Burung Hantu | |
Pengelasan sains | |
Alam | Haiwan |
Filum | Kordata |
Subfilum | Vertebrat |
Divisi | [[]] |
Kelas | Burung |
Order | Strigiformes |
Famili | 2 keluarga: Strigidae, dan Tytonidae |
Genus | [[]] |
Spesies | ' |
Nama binomial | |
''''' | |
{{{Ksubspesies}}} | |
Tiada maklumat |
Burung hantu merupakan spesies burung nokturnal yang aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata seperti muka manusia dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan.
Burung hantu dikelaskan dalam susunan Strigiformes, kumpulan yang berkait rapat dengan burung tukang ("nightjars"). Susunan ini terbahagi kepada dua keluarga:
- Tytonidae yang merangkumi 18 spesies, termasuknya burung Hantu Jelapang (bahasa Inggeris: Barn Owls); dan
- Strigidae yang merangkumi lebih daripada 194 spesies.
[Sunting] Ciri-ciri
Burung hantu mempunyai paruh bengkok ke bawah yang tajam, dan mempunyai bulu jambul yang lembut. Kedua-dua jantina kelihatan serupa, walaupun burung hantu betina biasanya 25% lebih besar berrbanding burung hantu jantan.
Burung hantu adalah haiwan maging. Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, cencorot dan sebagainya.
Sebagaimana burung yang lain, burung hantu membiak dengan bertelur. Telurnya mempunyai cengkerang yang keras yang diramkan di dalam sarang yang dibina oleh burung hantu betina.