Brad Pitt
From Wikipedia
Brad Pitt | |
Brad Pitt di Hospital Incirlik, Pangkalan Udara Incirlik. |
|
Nama asal: | William Bradley Pitt |
Tarikh lahir: | 18 Disember, 1963 |
Tempat lahir: | Shawnee, Oklahoma |
---|---|
TInggi: | 5' 11" (1.80 m) |
Watak dikenali: | Jeffrey Goines dalam Twelve Monkeys Tyler Durden dalam Fight Club David Mills dalam Se7en |
Pasangan: | Jennifer Aniston (2000-2005) |
Brad Pitt (1963-) atau William Bradley Pitt merupakan seorang pelakon kacak yang terkenal di dunia. Malah pada tahun 2000 beliau telah dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki paling Seksi atau Sexiest Man Alive. Kini beliau sibuk dikaitkan dengan pelakon jelita iaitu Angelina Jolie.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Awal
Pitt dilahirkan pada 18 Disember, 1963, di Shawnee, Oklahoma. Bapanya adalah seorang pengurus syarikat trak, manakala ibunya bekerja sebagai kaunselor sekolah. Anak bongsu kepada tiga beradik, Pitt dibesarkan dalam keluarga yang kuat berpegang kepada ajaran Kristian Baptis.
Sewaktu muda keluarganya telah berpindah ke sebelah utara AS iaitu di Springfield, Missouri. Selepas tamat persekolahan, dia telah mendaftar di University of Missouri, di mana dia belajar ilmu kewartawanan dan pengiklanan. Walaupun begitu, sewaktu di university dia mula berminat dengan berlakon. Belum sempat dia menjadi graduan, dia telah meninggalkan alam universiti dan berhijrah ke Hollywood.
Oleh sebab bimbang dengan reaksi ibubapanya, dia telah membohongi mereka dengan memberitahu bahawa dia ke Pasadena untuk melanjutkan pelajaran di Art Center College of Design. Sewaktu di California, Pitt telah mengambil kelas lakonan dan mencari pendapatan melalui pelbagai cara seperti menjadi pemandu kereta, pelayan restoran, dan juga memakai sut ayam besar untuk mempromosikan sebuah restoran disana.
[Sunting] Pembabitan sebagai pelakon
Wataknya yang pertama ialah dalam siri television popular tahun 80an iaitu Dallas. Manakala lakonan filem pertamanya ialah dalam filem seram remaja, "Cutting Class" (1989).
Bintang ini mula meningkat naik selepas lakonanannya yang hebat sebagai seorang "cowboy" dalam filem aksi "Thelma & Louise" pada tahun 1991. Beberapa tahun selepas itu iaitu pada 1995, dia digandingkan dengan pelakon terkenal Tom Cruise dalam filem seram "Interview with the Vampire". Tahun 1995 merupakan tahun yang penting bagi kerjaya Pitt sebagai pelakon filem yang serius kerana dia berlakon dalam pelbagai jenis filem seperti "Legends of the Fall" dan "Se7en". Sewaktu dalam set penggambaran Se7en dia bertemu dan jatuh cinta dengan pelakon terkenal iaitu Gwyneth Paltrow. Tetapi perhubungannya tidak berpanjangan dan pada 29 Julai 2000 Pitt mengakhiri zaman bujangnya dengan berkahwin pelakon sitcom popular "Friends" iaitu Jennifer Aniston.
Selepas perkahwinan mereka, bintang Pitt terus bersinar manakala Jennifer pula berlakon dalam beberapa filem komedi. Walaupun kedua-dua pelakon ini kerap dianggap sebagai pasangan yang paling sesuai tetapi mereka tidak dianugerahi seorang cahaya mata. Pada pertengahan 2005, rumahtangga mereka kian retak apabila Pitt jatuh cinta pula dengan "Co-star"nya dalam filem "Mr & Mrs Smith" iaitu Angeline Jolie.
[Sunting] Filmografi (pilihan)
- Happy Together (1989)
- Cutting Class (1989)
- Across the Tracks (1991)
- Thelma & Louise (1991)
- Johnny Suede (1991)
- Contact (1992) (subjek pendek)
- Cool World (1992)
- A River Runs Through It (1992)
- Kalifornia (1993)
- True Romance (1993)
- The Favor (1994)
- Interview with the Vampire (1994)
- Legends of the Fall (1994)
- Se7en (1995)
- Twelve Monkeys (1995)
- Sleepers (1996)
- The Devil's Own (1997)
- Seven Years in Tibet (1997)
- The Dark Side of the Sun (1997; difilemkan pada 1988)
- Meet Joe Black (1998)
- Being John Malkovich (1999) (cameo)
- Fight Club (1999)
- Snatch (2000)
- The Mexican (2001)
- Spy Game (2001)
- Ocean's Eleven (2001)
- Full Frontal (2002) (cameo)
- Confessions of a Dangerous Mind (2002) (cameo)
- Sinbad: Legend of the Seven Seas (2003) (suara latar)
- Abby Singer (2003) (cameo)
- Troy (2004)
- Ocean's Twelve (2004)
- Special Thanks to Roy London (2005) (dokumentari)
- Mr. & Mrs. Smith (2005)
- Babel (film) (2006)
- The Corrections (2007)
- Ocean's Thirteen (2007)
[Sunting] Pencapaian
Anugerah
- 1998 - Anugerah Penonton Rembrandt - Pelakon Terbaik - "Seven Years in Tibet"
- 1997 - Anugerah Hiburan Blockbuster - Pelakon Pembantu Popular - Sains Fiksyen - "Twelve Monkeys"
- 1996 - Golden Globe - Lakonan Terbaik oleh seorang Aktor Sokongan dalam Layar Perak - "Twelve Monkeys"
- 1996 - Anugerah Filem MTV - Lelaki Paling Diminati - "Se7en"
- 1995 - Anugerah Filem MTV - Lakonan Lelaki Terbaik - "Interview with the Vampire"
- 1995 - Anugerah Filem MTV - Lelaki Paling Diminati - "Interview with the Vampire"
- 1993 - Anugerah ShoWest - Bintang Lelaki Masa Hadapan
Pencalonan
- 1996 - Oscar - Pelakon Pembantu Terbaik - "Twelve Monkeys"
- 1996 - Anugerah Filem MTV - Lakonan Lelaki Terbaik - "Twelve Monkeys"
- 1996 - Anugerah Filem MTV - Gandingan Skrin Terbaik dengan Morgan Freeman - "Se7en"
- 1995 - Golden Globe - Lakonan Terbaik oleh seorang Aktor dalam Layar Perak - Drama - "Legends of the Fall"