Bendera Korea Selatan
From Wikipedia
Bendera Korea Selatan terdiri daripada simbol Yin Yang di tengah, bewarna biru di kepala dan merah di bawah. Di setiap sudut bendera terdapat tulisan trigram berwarna hitam yang diambil dari buku purba I Ching (ilmu mengenai perubahan) di atas bidang warna putih. Bendera ini dikenali sebagai Taegeukgi dalam bahasa Korea dan direka oleh Bak Yeong-hyo pada 1882 semasa pemerintahan Maharaja Gojong. Maharaja Gojong mengisytiharkan bendera Taegeukgi sebagai bendera rasmi Korea pada 6 Mac 1883.
Trigram yang tertera di bendera adalah seperti berikut:
- ||| Tenaga (geon (건; 乾) dalam bahasa Korea) = langit (天);
- |:| Cahaya (ri (리; 離)) = api (火), matahari, dan yang;
- :|: Lembah (gam (감; 坎)) = air (水), bulan, dan yin;
- ::: Padang (gon (곤; 坤)) = bumi (地).
Dalam falsafah Cina, trigram yang lapan mempunyai kaitan dengan konsep Lima Unsur: api, air, bumi, kayu dan besi.