Bahan kimia
From Wikipedia
Satu bahan kimia adalah satu bahan yang digunakan di dalam atau didapati oleh proses kimia. Ia boleh menjadi satu unsur, sebatian atau campuran. Oleh itu:
- Satu unsur kimia adalah satu bahan yang tidak boleh dibahagi atau diubah kepada bahan-bahan yang berlainan oleh cara kimia yang biasa. Zarah unsur yang paling kecil adalah atom, yang mengandungi elektron mengelilingi nukleus iaitu proton dan neutron.
- Satu sebatian kimia adalah satu bahan yang mengandungi dua atau lebih unsur kimia yang bergabung secara kimia di dalam satu nisbah yang tetap.
- Satu molekul adalah zarah yang paling kecil sesuatu unsur atau sebatian yang mengekalkan ciri-ciri kimia sesuatu unsur atau sebatian.
- Satu ion adalah satu atom atau kumpulan-kumpulan atom dengan sejumlah cas elektrik, dengan kehilangan (kation) atau dengan pertambahan (anion) satu elektron.
- Perkataan "kimia" boleh merujuk kepada apa-apa bahan kimia, walaupun satu makna popular yang mana "satu produk daripada industri kimia".