Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Anwar Ibrahim - Wikipedia

Anwar Ibrahim

From Wikipedia

Anwar Ibrahim
Besarkan
Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar bin Datuk Ibrahim Abdul Rahman (lahir 10 Ogos 1947) adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia antara tahun 1994 sehingga 1998. Beliau juga adalah Timbalan Presiden Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) tatkala keahliannya dipecat Mahathir Mohamad yang ketika itu. Anwar pengasas Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Institut Kajian Dasar. Sebelum terjun ke dalam politik Anwar aktif dalam pergerakan pelajar dan belia. Beliau pernah menjadi presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM).

Anwar terjun kedunia politik dan bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh di atas tiket UMNO dalam dalam tahun 1982. Beliau menang dengan majoriti yang besar. Beliau kemudian dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri. Dalam tahun yang sama Anwar menewaskan Haji Suhaimi Kamarudin, penyandang, untuk menjadi ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Anwar kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh sebagai Menteri Belia, Kebudayaan dan Sukan. Dua tahun kemudian Anwar dipindahkan kepada portfolio Kementerian Pertanian. Dalam tahun 1987 memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan kemudiannya dilantik sebagai Menteri Pendidikan. Beliau dilantik sebagai Menteri Kewangan dalam tahun 1991. Dalam tahun 1993 Anwar menewaskan Ghafar Baba untuk menjadi Timbalan Presiden UMNO dan kemudian dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Anwar pernah dipilih menjadi Presiden Persidangan Tahunan UNESCO dan Pengerusi Jawatakuasa Pembangunan dalam mesyuarat besama Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF). Kerana sumbangannya terhadap kesefahaman antara kebudayaan beliau di anugerahkah ijazah kedoktoran kehormatan oleh Ateneo de Manila University dan anugerah presiden oleh Georgetown University.

Anwar dipecat pada 1998 atas dakwaan rasuah dan liwat [1], dan beberapa bulan selepas itu, ditahan atas tuduhan perbuatan homoseksual. Setelah 3 kali pihak pendakwa memindah tuduhan, barulah Anuwar disabitkan kesalahan berdasarkan satu saksi. Saksi tersebut menjadi pertikaian kerana telah beberapa kali menukar pengakuan.

Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya disabitkan kesalahan di atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual. Beliau menjalani hukuman enam tahun penjara sebelum dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat berhubung pensabitannya dalam kes, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

Beliau akhirnya dipenjarakan dibawah tuduhan lain, diatas tuduhan beliau cuba mempengaruh penyiasatan polis ke dalam tuduhan beliau seorang homoseksual. Isteri beliau menubuhkan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan Anwar dan politiknya. Dalam tahun 2004 Mahkamah Persekutuan menerima rayuan Anwar terhadap pensabitan atas tuduhan liwat dan beliau seterusnya dibebaskan. Selepas dibebaskan beliau pergi ke Munich, Jerman untuk menjalani pembedahan dan rawatan. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Bersekutu Kanan di Kolej Santo Anthony, Universiti Oxford. Selepas tamat tugasnya di Oxford beliau pergi ke Washington untuk mengambil jawatan sebagai profesor pelawat di School of Advanced International Studies (SAIS) dan kemudiannya di Universiti Georgetown.


Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.
Besarkan
Anwar Ibrahim ditahan oleh polis pada 7 Februari 2002.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Jawatan dalam kerajaan

[Sunting] Raut wajah

  • Lahir pada 10 Ogos 1947 di Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Mengikut kalendar Cina, tahun 1947 adalah tahun babi. Anwar bermaksud 'tidak perang', dan 'bercahaya'.
  • Semasa mudanya , Anwar berkaca mata, bermisai dan berjanggut. Semasa remajanya, dia adalah pemuda kurus dan santun. Kemeja lengan panjang dan berbaju teluk belanga dan cenkung tidak cukup tidur.

[Sunting] Keluarga

  • Ayahnya Datuk Haji Ibrahim bin Abdul Rahman merupakan bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan.
  • Ibunya Che Yan Hussein merupakan ahli pidato Pergerakan Wanita UMNO. Anwar sering dibawa ke majlis-majlis ceramah wanita.

[Sunting] Pendidikan

[Sunting] Zaman Belia

  • 1968 menjadi Presiden Kesatuan Bahasa Melayu 1968. 1968 juga menjadi Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.
  • 1969 Anwar berganding dengan Dr Mahathir Mohamad berdiri di pentas PAS menghentam Tunku Abdul Rahman dan menyebarkan surat layang .
  • 1971 menubuhkan Angkatan Belia Islam Malaysia , ABIM dengan rakan-rakan daripada MCKK dahulu.
  • Menjadi Presiden [[Majlis Belia Malaysia] (MBM)
  • 1973 Penasihat Majlis Belia Bangsa-Bangsa Bersatu.
  • 1979 Menerima Pingat Utama Iqbal 100 Tahun oleh Presiden Zia Ul Haq, Presiden Pakistan.
  • Menerima gelaran Datuk daripada Sultan Ahmad Shah di Istana Pekan, Pahang dan dari Sultan Selangor kemudiannya.
  • 1978 berkahwin dengan Dr Wan Azizah Datuk Ismail seorang penuntut Royal College of Surgeons, Dublin, England. Azizah bertugas di Klinik Mata di Hospital Universiti , Petaling Jaya.
  • Ditahan di bawah Akta Keselematan Dalam Negeri,ISA 1974-1976 kerana demonstrasi jalanan di Universiti Malaya berhubung kemiskinan tragis di Baling, Kedah. Penduduk pedalaman Baling dibiarkan 'reput' kerana dipercayai tempat persembunyian komunis.
  • Anwar pernah berada di pentas PAS dan mengkritik Tunku Abdul Rahman berhubung Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Pertubuhan, kemiskinan, ekonomi dan lain-lain.
  • Anwar pernah berjanji mahu memperjuangkan Islam. Kalau bukan Anwar Ibrahim siapa lagi yang boleh diharapkan.

[Sunting] Sukan

  • Sukan yang diminatinya ialah menunggang kuda dan bermain bot ski sebagaimana Dr Mahathir Mohamad. Anwar pernah jatuh dari kuda dan menerima rawatan beberapa bulan . Beliau merupakan pernah menjadi pengerusi Persatuan Equestarian Malaysia. Rasulullah memang menggalakkan umat Islam menunggang kuda.
  • Anwar tidak bermain golf.

[Sunting] Penglibatan

  • Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa (IMF).
  • Mencetuskan idea / istilah seperti Masyarakat madani, generani rabbani, waima, nawaitu ,
  • Anwar Ibrahim berjaya meredakan ketegangan antara penganut Hindu dan Islam berikutan pembinaan Masjid dan kuil sebelah-menyebelah di Kampung Rawa, Pulau Pinang 1996.

[Sunting] Meninggalkan ABIM

ABIM merupakan sebuah gerakan Islam .Abim melihat UMNO sebuah parti yang sekular.

  • Sesetengah pemimpin ABIM bertindak menjauhkan diri daripada ABIM kerana menganggap ABIM tidak mempunyai maruah lagi, pengasasnya mudah dibeli.
  • Ramai meramalkan Anwar terperangkap oleh bujukan Dr Mahathir dan akan dimusnahkan oleh Dr Mahathir kemudian hari. Ternyata telah ini benar-benar berlaku pada tahun 1998.
  • Kekuatan ABIM 'lumpuh' dengan ketiadaan Anwar Ibrahim.

[Sunting] Tidak menyertai PAS

Anwar dikatakan akan menyertai Parti Islam SeMalaysia (PAS) .

  • Anwar pernah dianggap sebagai ' Pemimpin al Khahfi' oleh ahli-ahli PAS dan benar-benar berharap Anwar akan menyertai PAS. Subki Latif dalam bukunya "Siapa Ganti Asri' menamakan Anwar Ibrahim akan mengambil teraju PAS daripada Datuk Mohd Asri Haji Muda. Calon ini layak kerana idealisme dan prinsip perjuangan yang sama dengan PAS.
  • Dalam pilihan raya umum 1978, Anwar dan ABIM pernah membantu Datuk Mohd Asri Haji Muda mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan.
  • Beberapa pemimpin kanan ABIM menyertai PAS menjelang pilihan raya dan bertanding atas tiket PAS. Antaranya ialah Nakhaei Haji Ahmad , Datuk Fadzil Noor, Abdul Halim Arshad, Haji Abdul Hadi Awang dan Ustaz Yahya Othman.
  • Keengganan Anwar menyertai PAS menyebabkan ada yang menuduh Anwar sebagai kecewa dan mengaku kalah sebelum berperang dengan UMNO.

Malahan Datuk Asri sanggup mengundurkan diri dari jawatan Yang diPertua PAS untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim. Tindakan Anwar ini dianggap tidak syar'ie .

[Sunting] Menyertai UMNO

  • 29 Mac 1982 menyertai UMNO dan bertanding di kawasan parlimen Permatang Pauh , Pulau Pinang. Penyertaannya berjaya menyekat pengaruh Yusuf Rawa, Mahfuz Omar dan Mohamad Sabu di Pulau Pinang khususnya.
  • Difahamkan Datuk Ibrahim Ali dan Tengku Razaleigh Hamzah membawa Anwar Ibrahim berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad di Seri Perdana, Kuala Lumpur.
  • Dalam Pilihan raya umum 1982, Anwar mendapat 18,849 undi di parlimen Permatang Pauh. Haji Zabidi Ali (PAS) hanya 4497 undi dan Tan Ah Huat (DAP) 1825 undi. Sebelum ini (1978) calon PAS memenangi kawasan tersebut.
  • Kemasukan Anwar telah menyisihkan Tengku Razaleigh Hamzah, Ghafar Baba, Sanusi Junid , Abdullah Ahmad Badawi dan lain-lain. Keluarnya Sanusi Junid dari ABIM dan menyertai UMNO pernah ditentang hebat oleh Anwar Ibrahim sendiri.
  • 1982 menang dalam pertandingan jawatan Ketua Pemuda UMNO dengan majoriti 10 undi. Beliau menewaskan Datuk Haji Suhaimi Kamarudin dan Hang Tuah Arsad. Anwar dapat 183 undi, Suhaimi Kamarudin 173 undi dan Hang Tuah Arshad 3 undi sahaja.
  • 1984 Perebutan jawatan Ketua Pemuda UMNO .Anwar dapat 226 undi, Suhaimi Kamaruddin dapat 137 . Slogannya 'Pemuda Penggerak Zaman'.Majoriti 89 undi.
  • 1986 menewaskan Syed Hamid Jafar Albar. Anwar dapat 303 undi dan Syed Hamid dapat 109 undi.
  • 24 April 1987 menduduki kerusi Naib Presiden UMNO bersama Datuk Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Wan Moktar Ahmad.
  • 1990 mengekalkan jawatan Naib Presiden UMNO dengan majoriti terbanyak , 1067 undi. Sanusi Junid dapat 953 undi dan Abdullah dapat 750 undi.
  • 1993 Anwar sekali didesak oleh Team Wawasan untuk mencabar Ghafar Baba. Isu Grand Design dan politik wang digembar-gemburkan sehingga imej Anwar Ibrahim tercalar.
  • Kemasukan Anwar kedalam UMNO merupakan panglima baru yang ditunggu-tunggu. Anwar adalah bukti UMNO sebuah parti Islam , bukan parti sekular.
  • Selepas Anwar masuk , penerapan nilai-nilai Islam telah dijalankan. Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, Takaful dan lain-lain telah dijalankan. Sebelum ini umat Islam hanya bermimpi dengan ekonomi Islam.
  • Anwar Ibrahim dilihat cuba mengAbimkan UMNO. Ramai pemimpin menyertai UMNO. Antaranya ialah Anuar Tahir.
  • Mereka berharap Anwar tidak disekularkan seperti bersalam dengan wanita.

[Sunting] Kementerian Kewangan

  • Ramai yang meragui kemampuannya kerana tiada asas kewangan.
  • Kadar pertumbuhan ekonomi naik 8 % setahun selama 8 tahun berturut-turut.
  • Dilantik Pengerusi Jawatankuasa Bank Dunia / Dana Kewangan Antarabangsa pada 1 April 1998. Beliau mula berkenalan dengan Presiden Bank Dunia, James Wolfenson dan Ketua Pengarah Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Michael Camdessus.
  • Anwar Ibrahim selaku Menteri Kewangan dilihat gagal menangani kemelesetan ekonomi dan jatuhnya mata wang 1997.

[Sunting] Terlalu pantas

  • Semasa pemimpin ABIM , Anwar dikatakan pernah memijak bendera UMNO tetapi segera dinafikan.
  • Beliau tidak hanya ditentang oleh Tengku Razaleigh Hamzah, Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak kerana bergerak terlalu pantas dalam kepimpinan UMNO.
  • 1993 Anwar IBrahim bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO menentang Ghafar Baba kerana Ghafar hanyalah tokoh sementara yang dilantik oleh Dr Mahathir selepas 'kekosongan' yang ditinggalkan oleh Datuk Musa Hitam. Ghafar Baba bukanlah calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia. Golongan muda mahu Anwar berbanding Ghafar sebagai tokoh veteran sahaja. Anwar telah menguasai setiap sendi . Ghafar tidak jadi bertanding kerana tidak bersedia dan kemenangan percuma diberikan kepada Anwar Ibrahim.
  • Malah beliau ditentang oleh Dr Mahathir Mohamad sendiri yang dilihat terperangkap antara sayang dan benci dengan Anwar Ibrahim. Anwar dilihat boleh menguatkan kedudukan Dr Mahathir dan UMNO tapi pada akhirnya boleh menjahanamkan visi Dr Mahathir yang belum kesampaian.
  • Dalam Perhimpunan Agung UKNO 1997 tersebar surat layang setebal 30 halaman yang memfitnah Anwar Ibrahim . Kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang dan homoseks. Anwar Buat laporan polis pada 15 Ogos 1997.
  • Kemasukan semula Tengku Razaleigh Hamzah selaku pemimpin Parti Semangat 46 ke dalam UMNO dilihat menggugat peluang Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.
  • Anwarisme pada 1997 sudah menguasai setiap sendi UMNO dan bila-bila masa boleh menjatuhkan Dr Mahathir Mohamad yang dilihat tidak cukup Islamik.
  • Anwar sering mengadakan usrah, sembahyang jemaah di rumahnya dan memberi jamuan makan para wartawan Malaysia. Kegiatan ini dilihat sebagai kempen dan politik wang. Para pegawai kerajaan, akademis dan rakyat bawahan menyokong Anwar yang tertarik dengan wawasan Islamnya.
  • Golongan profesional merupakan rakan seangkatan dengan Anwar dan sama sekolah dengan Anwar di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Contohnya Tan Sri Yahya Ahmad.
  • Presiden Pas ketika itu iaitu Datuk Fadhil Noor menyokong Anwar . Anwar selaku Menteri Kewangan banyak meluluskan peruntukan di Kelantan.
  • Zahid Hamidi selaku Ketua Pemuda UMNO dan Datin Siti Zaharah Sulaiman selalu Ketua Wanita UMNO / Timbalan Menteri Kesihatan dilihat menyokong Anwar.
  • Tahun 1993 95 % ahli UMNO menyokong Anwar. 137 daripada 145 mencalonkan Anwar. Ghafar hanya 7 bahagian sahaja.

[Sunting] Penyingkiran

Dr Mahathir Mohamad menyingkir Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1997 dan kemudian dari Timbalan Presiden UMNO serta keahlian dalam UMNO.

Faktor utama penyingkiran Anwar kerana kemaraan Anwar tidak dapat dibendung lagi dan membahayakan kedudukan Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO. Jika Dr Mahathir Mohamad lambat bertindak , kemungkinan Dr Mahathir akan 'tersingkir' sebagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn.

Isu 'Grand Design' diperkatakan di mana-mana dan wawasan Islam dibandingkan dengan Wawasan 2020. Dr Mahathir semakin malap.

Peluang terbaik menyingkirkan Anwar apabila tersebarnya surat layang 30 halaman di Perhimpunan UMNO dan kemudian terbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM" oleh Khalid Jafri atau Datuk Abdul Khalid @ Khalid Jafri Bakar Shah.

[Sunting] Pandangan bukan Melayu

  • Segelintir kaum Cina dan India dan Melayu sendiri tidak senang dengan idealisme yang mungkin menjejaskan perpaduan kaum. Sebenarnya Dr Mahathir pernah dianggap sebagai 'Ultra Malay' oleh Lee Kuan Yew.
  • Anwar Ibrahim dilihat terlalu Islamik yang mungkin akan melaksanakan perlembagaan dan Undang-Undang Islam seperti 'potong tangan'.
  • Jika Anwar menjadi Perdana Menteri semua wanita akan guna telekung / kelubung kerana isterinya Wan Azizah begitu cantik dan anggun pakai telekung. Ramai yang membandingkan Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan Rafidah Aziz, Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Trend bertudung di dalam Abim menjadi ikutan rakyat Malaysia sejak 1974.
  • Sebenarya Anwar tidak menolak integriti sejagat. Anwar sering menghadiri pada majlkis perayaan Tahun Baru Cina dan Deevapali.

[Sunting] Buku tentang Anwar Ibrahim

  1. Anwar Ibrahim - Mimpi Dan Realiti , Mohd Sayuti Omar ,Tinta Merah, 1990
  2. Anwar di Zalimi , Siapa TPM Baru ? , Mohd Sayuti Omar, Tinta Merah, 1998
  3. Anwar Terjerat oleh Ahmad Lufti Othman

[Sunting] Pautan luar


Penyandang Terdahulu Timbalan Perdana Menteri Malaysia
1 Disember 19932 September 1998
Penyandang Kemudian
Tun Ghafar Baba
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Static Wikipedia (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2006 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia February 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu