Alor Limbat
From Wikipedia
Alor Limbat merupakan sebuah kampung di dalam Daerah Marang, dalam Negeri Terengganu Darul Iman. Asal nama kampung ini adalah dari nama sejenis ikan seakan keli yang dipanggil limbat yang besar. Dihikayatkan bahawa besarnya ikan ini, misainya sahaja boleh dibuat gulai dan cukup untuk dimakan oleh sebuah keluarga yang seramai lima orang.
Alor Limbat juga merupakan nama sebuah mukim di dalam Daerah Marang, iaitu salah satu dari enam mukim. Ia bersempadan dengan Mukim Bukit Payung di utara, Pengkalan Berangan di timur, dan Daerah Hulu Terengganu di barat dan selatan.
Alor Limbat juga merupakan nama sebuah kawasan Dewan Undangan Negeri di dalam Parlimen Marang. Bersempadan dengan Parlimen Bukit Payung di utara; Pengkalan Berangan di timur; dan Hulu Terengganu di barat dan selatan. Ia diwujudkan pada 1995 menggantikan Serada.