Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia
From Wikipedia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) atau lebih dikenali sebagai Pengawal Pantai Malaysia ditubuhkan pada 21 Ogos 2002 dilancarkan di Lumut pada hari Rabu dan diketuai Laksamana Madya Datuk Mohammad Nik. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bertujuan untuk mengawasi Selat Melaka
Malaysia kini mengikut langkah beberapa negara seperti India dan Amerika Syarikat, yang telah menubuhkan agensi maritim untuk melindungi laut mereka selain tentera laut dan polis marin.
APMM yang diberikan tugas bagi memastikan undang-undang maritim di Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dilaksanakan serta memelihara keselamatan, perkara berkenaan alam sekitar dan operasi menyelamat, memulakan operasi awal dengan tiga buah kapal.
Sebanyak 17 buah kapal lagi yang diterima daripada tentera laut, polis dan kastam, akan diperbaiki dan dibaikpulih untuk peranan baru mereka dan dijangka siap pada Januari tahun depan. Sementara itu, sayap udaranya dirancang akan diwujudkan untuk memperkuatkan pasukan itu.
[Sunting] Rujukan
Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia | |
---|---|
Negeri: Johor | Kedah | Kelantan | Melaka | Negeri Sembilan | Pahang | Perak | Perlis | Pulau Pinang | Sabah | Sarawak | Selangor | Terengganu | |
Wilayah Persekutuan: Kuala Lumpur | Labuan | Putrajaya |