Abdullah Sanusi Ahmad
From Wikipedia
Allahyarham Tan Sri Dato' Dr. Haji Abdullah Sanusi Ahmad merupakan bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) dan Presiden Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Biodata
Beliau dilahirkan pada 30 Januari 1936 di Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan telah melangsungkan perkahwinan dengan Toh Puan Seri Hasmah Hj Ismail dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Beliau mendapat ijazah pertama beliau dalam bidang Ekonomi, Pengajian Melayu dan Belanda pada 1960 dan 1961 daripada Universiti Malaya Singapura (1960) dan Universiti Malaya Kuala Lumpur (1961). Kemudian beliau mendapat Certificate in Government dan Development, Oxford University, United Kingdom (1967) dan Certicicate in Management Services, Royal Institute of Public Administration (London) (1968). Beliau kemudiannya telah melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah kedua di Universiti Pittsburg, Amerika Syarikat dan Universiti Southern California,Amerika Syarikat. Akhirnya beliau menamatkan ijazah kedoktorannya di Universiti Southern California, Amerika Syarikat.
[Sunting] Pengalaman
Beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di dalam kerajaan,antaranya Pengarah Awam Unit Pengurusan Moden dan Tenaga Kerja,Jabatan Perdana Menteri (Apr. 1977-Dis 1980), Setiausaha Am Kementerian Perusahaan Awam (Jan. 1981-Mac 1986),Naib Presiden Sektor Pengurusan Sumber Manusia PETRONAS (Apr 1986-1994), Naib Canselor Universiti Malaya dari tahun 1994 hingga 2000 serta Presiden dan Ketua Eksekutif merangkap Naib Canselor Universiti Terbuka Malaysia (OUM) dari April 2001 hingga 2003.
Dalam sektor koperasi,beliau telah menjadi Ahli Lembaga syarikat-syarikat besar seperti Lembaga Padi dan Beras Negara,Petronas Carigali Sdn.Bhd.dan Nationwide Express Corier Bhd.
[Sunting] Meninggal Dunia
Beliau meninggal dunia pada 29 November 2003 kerana sakit jantung. Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Kiara, Damansara, Kuala Lumpur pada kira-kira jam 2.00 petang hari berkenaan.
[Sunting] Hasil Tulisan
- Masalah Ekonomi Malaysia (DBP, 1966)
- Peranan Jabatan Mengarang (DBP, 1966)
- Perkembangan Pentadbiran Awam dan Pengurusan - Koleksi Ceramah Umum (DBP, 1994)
[Sunting] Anugerah Yang Diterima
- The Kennedy Star (1995)
- D.S.N.S (1981)
- K.M.N (1973)
- P.S.M (1997)
[Sunting] Lihat Juga
[Sunting] Rujukan
- Majalah Varsiti Universiti Malaya 1997/98