From Wikipedia
3 April merupakan hari ke-93 (hari ke-94 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 272 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
- 1882 - Jesse James, seorang penjahat di Barat Lama Amerika, dibunuh selepas ditembak di bahagian belakang untuk ganjaran sebanyak ASD$5,000.
- 1922 - Joseph Stalin (gambar) menjadi Setiausaha Agung pertama Parti Komunis Kesatuan Soviet.
- 1936 - Bruno Hauptmann dihukum mati melalui kerusi elektrik untuk penculikan dan pembunuhan "bayi Lindbergh".
- 1948 - Rancangan Marshall, sebuah rancangan pemulihan ekonomi yang diasaskan oleh George Marshall, Setiausaha Negara Amerika Syarikat, untuk membantu pembinaan semula Eropah selepas Perang Dunia II diluluskan oleh Kongres Amerika Syarikat.
- 1974 - Peletusan Super yang terdiri daripada 148 puting beliung bermula dan membunuh sekurang-kurangnya 315 orang, serta mencederakan 5,484 orang, di 13 buah negeri Amerika Syarikat pada akhir peristiwa La Niña yang sungguh kuat.