Teochew
From Wikipedia
Bahasa Teochew merupakan salah satu loghat bahasa Cina yang berasal dari China. Kebanyakan orang Teochew di Malaysia berasal dari Pulau Ketam, sebuah pulau yang terletak di luar Pelabuhan Kelang, Selangor, serta Kelantan, dan Ipoh. Orang Teochew kini berselerak di seluruh Malaysia, walaupun kebanyakannya tinggal di pantai barat Semenanjung Malaysia. Oleh sebab bahasa Teochew mempunyai pelbagai kesamaan dengan bahasa Hokkien, orang yang bertutur bahasa Teochew selalunya boleh memahami bahasa Hokkien. Bagaimanapun, kerana bahasa Teochew mempunyai bunyi yang unik berbanding dengan bahasa Hokkien, orang yang bertutur bahasa Hokkien selalu menghadapi masalah untuk memahami orang Teochew.