Penyakit Cirit-birit
From Wikipedia
'Cirit-birit merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami masalah buang air besar yang acap dan cair (banyak mengandungi air.).
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh beberapa keadaan, antaranya adalah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Cirit-birit yang berlaku kepada beberapa orang melebihi tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama berkemungkinan disebabkan oleh keracunan makanan.