Pelantar minyak
From Wikipedia
Pelantar minyak merupakan satu rangka binaan dibuat daripada besi yang dibina di tengah-tengah laut bagi menggerudi lapisan batu di dasar laut. Pelantar minyak bagi mengeluarkan petroleum dan gas asli di tengah laut. Petronas bersama bekerjasama dengan syarikat multinasional seperti Shell dan Esso bagi menjalankan aktiviti penggerudian ini. Setakat ini , belasan pelantar minyak telah dibina di Laut China Selatan.