From Wikipedia
Myrtales ialah sebuah susunan tumbuhan berbunga yang tergolong dalam kumpulan rosid untuk dikotiledon. Famili-famili yang tersenarai di bawah merupakan famili yang tipikal untuk pengelasan-pengelasan yang lebih baru.
Sistem Cronquist yang lebih lama memberikan komposisi yang sama, tetapi memasukkan Thymelaeaceae juga dan mengecualikan famili Vochysiaceae yang dimasukkan dalam susunan Polygalales. Famili-famili Sonneratiaceae, Trapaceae, dan Punicaceae dikeluarkan daripada susunan Lythraceae, sedangkan famili Psioxylaceae dan Heteropyxidaceae dianggap sebagai sebahagian Myrtaceae, dan Memecyclaceae sebagai sebahagian Melastomataceae.
- Famili Alzateaceae
- Famili Combretaceae
- Famili Crypteroniaceae
- Famili Heteropyxidaceae
- Famili Lythraceae (famili Loosestrife dan pokok buah delima)
- Famili Melastomataceae
- Famili Memecylaceae
- Famili Myrtaceae (famili Myrtle)
- Famili Oliniaceae
- Famili Onagraceae (famili bunga primrose)
- Famili Penaeaceae
- Famili Psiloxylaceae
- Famili Rhynchocalycaceae
- Famili Vochysiaceae
- Conti, Elena; Erikkson, Torsten; Schonenberger, Jurg; Sytsma, Kenneth J; dan Baum, David A. Early Tertiary Out-of-India Dispersal of Crypteroniaceae: Evidence from Phylogeny and Molecular Dating. (Penyebaran Tertier Awal bagi Crypteroniaceae Dari India: Bukti-bukti daripada Filogeni dan Pentarikhan Molekul) Evolution, 56(10), 2002, m.s. 1931–1942
- Schönenberger, Jürg and Conti, Elena. Molecular phylogeny and floral evolution of Penaeaceae, Oliniaceae, Rhynchocalycaceae, and Alzateaceae (Myrtales) (Filogeni molekul dan evolusi flora...). American Journal of Botany. 2003;90:293-309.