Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions Perbualan Pengguna:Miracynonix - Wikipedia

Perbualan Pengguna:Miracynonix

From Wikipedia

Selamat datang ke Wikipedia Bahasa Melayu!

Berikut merupakan beberapa pautan yang dapat anda layari jika masih baru di Wikipedia:

Lihat juga tutorial Wikipedia. Untuk menandatangani sebuah pesan pada halaman perbualan, seperti halaman ini, letakkan ~~~~ (empat kali tanda gelombang). Semoga anda menikmati kunjungan anda di Wikipedia Melayu. Salam!  —
...Aurora... 15:23, 6 Februari 2006 (UTC)

* * * * *

Hai Miracynonix, saya ternampak pesanan anda kepada Aurora melalui "Perubahan Terkini".

Amat gembira bahawa saya terdengar anda ingin membantu mengemaskinikan rencana ms:Wikipedia dari segi tatabahasa. Memang sehingga saat ini, hampir tiada pengguna yang sudi membuat demikian.

Saya telah menyumbang beberapa rencana di portal ini walaupun penguasaan bahasa Melayu saya tidak mencukupi. Adakah anda sudi membantu saya dalam perkara tersebut? Jika ya, saya berharap anda boleh bermula dengan rencana saya yang terbaru, Mark Twain. Versi bahasa Inggeris boleh diperoleh daripada pautan bahasa di sebelah kiri rencana tersebut. — PM Poon 15:33, 8 Februari 2006 (UTC)

Hai Miracynonix, semua penyumbang Wikipedia Bahasa Melayu adalah dialu-alukan. Anda boleh menolong dalam apa-apa aspek yang anda mahu, termasuklah membetulkan tatabahasa. Cara yang termudah ialah dengan menekan pautan "Halaman Rawak" pada menu kiri. Selamat menyumbang ...Aurora... 16:07, 9 Februari 2006 (UTC)

Jadual isi kandungan

[Sunting] Terjemahan rencana "Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri"

Hai Miracynonix, bolehkah anda membantu saya menterjemahkan satu ayat dan dua rangkai kata untuk rencana tersebut:

  • Ayat Al-Quran: "Call to the path of your God by wisdom and good preachment and argue with them in the most graceful manner" and "[w]ard off in the most graceful manner such that with whom you have hostility as if he is an intimate friend".
  • tolerant approach
  • Confrontation and Challenges.

Bantuan anda amat dihargai. — PM Poon 22:20, 11 Februari 2006 (UTC)

[Sunting] Harap Maaf atas Jawapan yang Lewat

Terima kasih kepada semua yang sudi menerima tawaran saya. Ingin saya maklumkan sekali lagi bahawa say a tidak kerap melayari Wikipedia oleh itu jawapan saya untuk permintaan kamu semua berkemungkinan besar akan tiba lambat. Harap maklum.

PM Poon, Tidak mengapakah jika saya menangguhkan penyuntingan rencana Mark Twain awak? Terima kasih atas kesabaran awak dan harap maaf atas kesulitan yang berlaku.

Berkenaan "Terjemahan Rencana Abd Al-Rahman Ali Al-Jifri",

1. "Serulah ke jalan tuhanmu dengan hikmah/kebijaksanaan dan seruan yang baik dan berbantahlah/berselisihlah dengan mereka secara berbudi/beradab/berakhlak yang terbaik." dan "Tolaklah mereka secara berbudi bahasa sebagaimana juga kepada tawanan kamu bagaikan dia kawan rapatmu.

2. Pendekatan terbuka/bertolak ansur.

3. Pertemuan/pengemukaan dan cabaran.

P.S. Bagi nombor 2, sengaja saya tidak menyertakan perkataan "toleran" kerana saya tidak menyukai istilah itu. Itulah salah satu bukti kelemahan Bahasa Melayu kini; sering meminjam.

Bagi nombor 3, saya ingin menggunakan perkataan "pendepanan" dan "penyuaan" tetapi mereka tidak ada dalam kemasukan kamus. Nampaknya Dewan Bahasa dan Pustaka perlu merombak istilah-istilah mereka. Apakah pendapat kamu semua?

Sila ambil kira untuk membuat rujukan pada jawapan saya. Terima kasih.

Miracynonix 07:28, 18 Februari 2006 (UTC)

Hai Miracynonix, terima kasih ke atas jawapan anda. Biar lambat asalkan jawab. Terjemahan yang saya hendak telahpun disiap oleh Aurora. Bagaimanapun, Wikipedia Bahasa Melayu memerlukan pengguna seperti anda yang sudi membantu dari segi penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Setakat ini, portal ini tidak mempunyai bilangan pengguna yang mencukupi. Yang ada pada masa ini masih sibuk dalam penulisan rencana mengikut minat masing-masing dan tidak ada masa untuk tolong-menolong yang lain. Dengan demikian, rencana-rencana di portal ini tidak dapat mencapai tahap seperti yang didapati di Wikipedia Bahasa Inggeris kerana hampir setiap rencana merupakan usaha seorang (kecuali kekadangnya daripada golongan pentadbir) dan bukannya usaha semasyarakat (walaupun portal ini digelar "Portal Masyarakat").
Bagi saya, saya cuma membelajari satu matapelajaran sahaja dalam Bahasa Malaysia sewaktu bersekolah. Lagipun, pada masa itu, saya memang benci akan matapelajaran itu. Entah mengapa, semakin saya tua, semakin saya lebih suka akan bahasa ini. Kemungkinan, ini disebabkan oleh kesedaran bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini dan juga kerana bahasa Malaysia sebagai bahasa fonetik adalah lebih mudah dibelajari berbanding bahasa lain. Lagipun, kesudian Dewan Bahasa meminjam bahasa Inggeris (yang juga meminjam daripada bahasa-bahasa lain dengan amat pesat) memudahi pengguna yang fasir dalam bahasa itu. Bagaimanapun, saya bersetuju dengan anda bahawa bahasa Melayu pada hari ini telah terlalu dicemari oleh Bahasa Inggeris sehingga perkataan bahasa Melayu yang asli diketepikan, umpamanya penggunaan "interpretasi" sebagai ganti untuk "tafsiran" dan "definisi" untuk "takrif".
Merujuk kepada rencana "Mark Twain", saya telah mendapati bantuan daripada dua orang Universiti Utara Malaysia yang bukan pengguna portal ini dan kedua-dua mereka berpendapat bahawa bahasa saya "very teruk laaaaa". Oleh sebab itu, saya berasa bahawa saya tidak akan lagi menyumbang rencana-rencana baru di portal ini sehingga terdapat pengguna yang sudi mengemaskinikan sumbangan saya. Jika tidak, saya cuma dapat mencemarkan portal ini dan ini bukan sesuatu perbuatan yang baik. Memang sewaktu ini, saya tengah membelajari bahasa Melayu daripada buku bimbingan UPSR serta mendapat pertolongan daripada anak-anak saya, tetapi nampaknya, langkah-langkah itu masih tidak mencukupi. — PM Poon 18:57, 18 Februari 2006 (UTC)

Percayailah dirimu dan anda pasti terpercayai! Jangan risau PM Poon, itu sudah hukum alam semesta iaitu hukum keseimbangan; persamaan atau congakan dan hubungan. Oh, anda pasti tertanya-tanya apa yang saya cakapkan ini. Saya sedang mengkaji tentang hukum ini yang saya buahkan daripada pokok fikiran saya. Keseluruhan alam ini seimbang. Untuk berjaya, mesti gagal. Untuk bersenang, mesti bersusah dan sebagainya. Jika tidak bersusah, mengapa berjaya? Untuk apa?

Saya jika berkesempatan ingin menulis rencana tentang hukum ini pada hari muka.

Miracynonix 13:15, 23 Februari 2006 (UTC)

[Sunting] Kami tidak sabar-sabar lagi menunggu kemunculan anda di ms:Wikipedia

Hai Miracynonix, dah melebihi sebulan, langsung tak nampak bayang anda pun! Banyaknya falsafah anda! Tetapi tidaklah perlu anda berasa risau tentang hukum keseimbangan. Hukum ini sudah lama dikaji oleh ahli-ahli fikir, khususnya oleh Lao Tze pada 2,500 tahun dahulu dengan pengenalannya konsep "ying-yang":

Kewujudan dan ketidakwujudan saling menghasilkan satu sama lain;
Susah dan senang saling melengkapkan satu sama lain;
Panjang dan pendek saling mentakrifkan satu sama lain;
Depan dan belakang saling mengikut satu sama lain. — Petikan Dao De Jing: Bab 2

Agak-agak bila anda akan dapat muncul? Banyaknya pertanyaan saya, jika anda sudi berjawab, baik dalam bidang fasalfah mahupun dalam bahasa Melayu, khususnya keyakinan anda bahawa perbendaharaannya adalah mencukupi supaya tidak perlu meminjam daripada bahasa lain (khususnya bahasa Inggeris). Saya tengah mencakar (bukan menggaru, hehehe) kepala saya. Umpamanya, saya tidak tahu tentang bahasa asli untuk "atom", sedangkan bahasa Inggeris harus meminjam perkataannya daripada bahasa Greek.

Dengan pendek kata, kami di Wikipedia Bahasa Melayu tidak sabar-sabar lagi menunggu kemunculan anda. — PM Poon 14:20, 10 Mac 2006 (UTC)

[Sunting] Manusia merancang, Tuhan memutuskan (Man proposes, God disposes)

Terima kasih sekali lagi kepada kamu semua atas keprihatinan kamu. Seperti yang sudah termaktub dalam pesanan yang lepas, saya tidak sempat untuk belayar and berhenti di perhentian Wiki ini. Maklumlah, ombak agak kuat.

Walau bagaimanapun, jangan risau! Saya masih terikat untuk membantu kamu semua dengan sedaya upaya.

Berkenaan Lao Tze, ya, memang benar hukum keseimbangan sudah lama wujud malah hukum ini sudah lama nian dilaksanakan sejak penciptaan makhluk. Saya agak baru dan asing dalam dunia ini oleh itu saya baru terfikir tentang perkara ini. Manakala Lao Tze sudah berumur berapa tahun setelah berfikir tentang hal keseimbangan ini? Gurauan sahaja.

Saya hanya mahu memperbaik pandangan manusia terhadap hukum ini. Banyak lagi yang perlu kita tahu tentang hukum keseimbangan ini.

Hanya sebagai tambahan: Sekali-sekala berlayarlah ke perhentian lain selain Wikipedia ini. Jangan hanya tertumpu di sini. Terdapat banyak perkara yang sudah kita terlepas oleh penumpuan kita terhadap Wiki sahaja. Mengembaralah selalu tetapi jangan lupa akan kampung halaman!

Oh ya! Atom...Hmmm. Guna sahajalah "atom" dahulu. Kalau zarah, ia lebih kepada particle

Sengaja saya menggunakan 'ia' walaupun DBP berkata itu untuk kata ganti diri ketiga untuk orang. Jadi, untuk kata ganti ketiga untuk benda dan binatang apa? Lecehlah begini kalau tiada.

Miracynonix 01:29, 12 Mac 2006 (UTC)

Hai, Miracynonix, pandai buat lawak juga! Banyaknya falsafah anda. Namun saya juga hendak mengemukakan satu lagi: "Batu yang mengguling tidak berlumut."

Amat bertuah kami di sini mendapat seorang pengguna baru yang amat menyumbang ke portal ini. Malangnya dia bukan anda. Dia cuma menyertai portal ini seminggu selepas penyertaan anda tetapi telah memperkenalkan pelbagai perbaikan, serta amat amat banyak sekali menyumbang rencana.

Bilakah anda hendak memecahkan rekod sifar anda? Saya berharap anda bukannya tengah menunggu-nunggu keputusan Tuhan. Bagi hal yang kecil ini, buatlah keputusan sendiri. Tuhan amat sibuk. Banyaknya perkara-perkara yang Dia kena mengendalikan, hehehe. — PM Poon 07:03, 13 Mac 2006 (UTC)

[Sunting] Berita Baik Itu!

Hmm, ada juga penyumbang yang bagus yang sudah berlabuh di perhentian ini. Teruskan budi baikmu! Alamak, bagaimana pula dengan saya? Bertenang, saya sedang cuba sedaya-upaya untuk membantu kamu, bukan hanya berdiam diri mahupun duduk di bawah air terjun menunggu masa yang sesuai.

Akan tetapi, ingin saya tekankan lagi bahawa perlu diingatkan kepada semua orang di ms.wiki supaya luaskan perjalanan. Ambillah ini sebagai pembakar semangat daripada seseorang yang agak tidak rapat dengan kamu. Saya nampak apa yang kamu tidak nampak dan kamu nampak apa yang saya tidak nampak.

Hehehe, "apa" yang saya nampak....Tekalah apa yang sepatut digunakan menurut DBP. Ini bukan satu hinaan.

Walau apapun, kejayaan kamu untuk menerima nasihat yang waras secara terbuka daripada seseorang yang asing merupakan satu langkah yang besar ke arah kejayaan. Betul.

Agaknya siapalah gerangan pengguna yang bagus itu? Boleh perkenalkan? Maaflah sekiranya saya tidak dapat berada di sisi kamu semua dalam tempoh yang diharapkan. Saya hanya sempat untuk berbual sahaja buat masa sekarang.

"Selamat Maju Jaya"

Miracynonix 10:39, 17 Mac 2006 (UTC)

THIS WEB:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2008 (no images)

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - bcl - be - be_x_old - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - co - cr - crh - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dsb - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - ext - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gan - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - hak - haw - he - hi - hif - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kaa - kab - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mdf - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - mt - mus - my - myv - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - quality - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - rw - sa - sah - sc - scn - sco - sd - se - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sr - srn - ss - st - stq - su - sv - sw - szl - ta - te - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu -

Static Wikipedia 2007:

aa - ab - af - ak - als - am - an - ang - ar - arc - as - ast - av - ay - az - ba - bar - bat_smg - be - bg - bh - bi - bm - bn - bo - bpy - br - bs - bug - bxr - ca - cbk_zam - cdo - ce - ceb - ch - cho - chr - chy - closed_zh_tw - co - cr - cs - csb - cu - cv - cy - da - de - diq - dv - dz - ee - el - eml - en - eo - es - et - eu - fa - ff - fi - fiu_vro - fj - fo - fr - frp - fur - fy - ga - gd - gl - glk - gn - got - gu - gv - ha - haw - he - hi - ho - hr - hsb - ht - hu - hy - hz - ia - id - ie - ig - ii - ik - ilo - io - is - it - iu - ja - jbo - jv - ka - kg - ki - kj - kk - kl - km - kn - ko - kr - ks - ksh - ku - kv - kw - ky - la - lad - lb - lbe - lg - li - lij - lmo - ln - lo - lt - lv - map_bms - mg - mh - mi - mk - ml - mn - mo - mr - ms - mt - mus - my - mzn - na - nah - nap - nds - nds_nl - ne - new - ng - nl - nn - no - nov - nrm - nv - ny - oc - om - or - os - pa - pag - pam - pap - pdc - pi - pih - pl - pms - ps - pt - qu - rm - rmy - rn - ro - roa_rup - roa_tara - ru - ru_sib - rw - sa - sc - scn - sco - sd - se - searchcom - sg - sh - si - simple - sk - sl - sm - sn - so - sq - sr - ss - st - su - sv - sw - ta - te - test - tet - tg - th - ti - tk - tl - tlh - tn - to - tokipona - tpi - tr - ts - tt - tum - tw - ty - udm - ug - uk - ur - uz - ve - vec - vi - vls - vo - wa - war - wo - wuu - xal - xh - yi - yo - za - zea - zh - zh_classical - zh_min_nan - zh_yue - zu

Static Wikipedia 2006: