Ludwig van Beethoven
From Wikipedia
Ludwig Van Beethoven (dibaptiskan 17 Disember 1770 – 26 Mar 1827) ialah seorang penggubah dan pemain piano Jerman. Beliau dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada penggubah yang terutama dalam sejarah, dan merupakan salah satu tokoh yang terkemuka dalam tempoh peralihan antara zaman Klasik dan Romantis dalam muzik klasik Barat. Reputasi dan bakat luar biasanya telah mengilhami — dan dalam banyak kes, menakuti — generasi-generasi penggubah, ahli muzik dan peminat yang menyusul.
Dilahirkan di Bonn, Jerman, Beethoven merupakan anak sulung kepada Johann, seorang penyanyi kepada Pemilih Cologne (bahasa Inggeris: "Elector of Cologne"). Ibunya, Maria Magdalena Laym (meninggal dunia pada 17 Julai 1787), merupakan anak seorang tukang masak. Beethoven mempunyai enam orang adik-beradik tetapi hanya tiga yang selamat membesar.
Beethoven berpindah ke Vienna, Austria ketika berumur awal dua puluhan, dan menetap di situ. Beliau belajar dengan Joseph Haydn dan dengan pantasnya, mencapai kemasyhuran sebagai seorang pemain piano yang luar biasa hebatnya. Pada lewat dua puluhannya, beliau bermula menghilangkan keupayaan untuk mendengar, tetapi masih meneruskan penghasilan mahakarya-mahakarya sepanjang hayatnya, walaupun kepekakannya kemudian menjadi mutlak. Beliau bekerja sebagai penggubah bebas, suatu perbuatan yang luar biasa di lingkungan sezamannya, dan mengaturkan konsert-konsert langganan. Beethoven disokong oleh sebilangan penaung kaya yang menganggap bakat beliau sebagai luar biasa.
[Sunting] Pautan luar
Rujukan am
- Laman web rasmi Yosri
- Beethoven-Haus Bonn — Laman web rasmi Beethoven-Haus di Bonn, Jerman. Pautan-pautan ke arkib studio dan digit yang besar, koleksi perpustakaan, Muzium Beethoven-Haus (termasuk "pameran internet" dan "lawatan maya"), pusat penyelidikan Beethoven-Archiv, dan maklumat mengenai terbitan yang menarik kepada pakar dan pembaca umum. Himpunan gubahan dan dokumen tertulis Beethoven yang luas, dengan sampel bunyi.
- Persatuan Raptus untuk tapak Penikmatan Muzik Beethoven
- Sumber setempat Beethoven — rencana dan fakta mengenai Beethoven daripada Aaron Green, panduan untuk Muzik Klasik di About.com.
- Analisis muzik dan kehidupan Beethoven di halaman Semua Mengenai Ludwig van Beethoven.
Skor
- IMSLP — Halaman Beethoven untuk Projek Perpustakaan Skor Muzik Antarabangsa.
- Projek Gutenberg: Karya-karya oleh Ludwig van Beethoven, pengeluar tertua untuk e-buku domain awam.
- Skor-skor bebas oleh Ludwig van Beethoven dalam Arkib Muzik Werner Icking
Rakaman
- Persatuan Piano — Beethoven — banyak rakaman, rencana dan biografi yang bebas.
- Beethoven Yang Tidak Pernah Didengar - fail MIDI untuk beratus-ratus gubahan Beethoven yang tidak pernah dirakam dan banyak lagi yang tidak pernah diterbit.
- Perakaman silinder Beethoven daripada Projek Pemeliharaan dan Pendigitan Silinder di Perpustakaan Universiti California, Santa Barbara.
- Ludwig van Beethoven di MusicBrainz, himpunan maklumat mengenai perakaman perdagangan.
- Perakaman Simfoni Kesembilan, dengan Maximianno Cobra mengarahkan Orkesta & Koir Budapest Filharmonik Eropah.
Topik khusus
- Manuskrip Beethoven di Perpustakaan British
- Ulasan sezaman untuk karya-karya Beethoven
- Gambar-gambar "Beethoven di Vienna dan Baden" dalam bahasa Perancis.
- Rambut Beethoven — mengesani perjalanan Rambut Beethoven.
- Für Elise — dan sumber Beethoven yang lain.
- Gelung Rambut Beethoven Guevara dari Pusat Ira F. Brilliant untuk Kajian Beethoven.
- Analisis rambut mengatakan bahawa Beethoven maut disebabkan peracunan plumbum. CBC News, 18 Oktober 2000.
- Konserto Biola Beethoven dalam nada D Major, Op. 61: Beberapa Sudut Pandangan Abad Ke-20
Topik berkait
- Beethoven Tinggal di Tingkat Atas: Beethoven Lives Upstairs (1989) di Internet Movie Database yang dilakon oleh Neil Munro sebagai Beethoven.
- Buah Hati yang Abadi: Immortal Beloved (1994) di Internet Movie Database yang dilakon oleh Gary Oldman sebagai Beethoven.
Ludwig van Beethoven |
---|
Kehidupan dan Karya • Gaya dan pembaharuan muzik Beethoven • Beethoven dan hidup sezamannya • Senarai karya Beethoven |
Romantisisme | |
---|---|
Abad ke-18 - Abad ke-19 | |
Musik romantis: Beethoven - Brahms - Chopin - Grieg - Liszt - Puccini - Schumann - Tchaikovsky - Si Lima - Verdi - Wagner | |
Puisi romantis: Blake - Burns - Byron - Coleridge - Goethe - Hugo - Keats - Lamartine - Leopardi - Lermontov - Mickiewicz - Nerval - Novalis - Pushkin - Shelley - Slowacki - Wordsworth | |
Seni tampak dan seni bina: Brullov - Constable - Corot - Delacroix - Friedrich - Géricault - Seni bina Kebangkitan Semula Goth - Goya - Sekolah Sungai Hudson - Leutze - Gerakan Nasrani - Palmer - Turner |
|
Budaya romantis: Bohemianisme - Nasionalisme romantis | |
<< Zaman Kesedaran | Victorianisme >> Realisme >> |