Laksamana
From Wikipedia
Laksamana adalah satu jawatan tertinggi dalam sistem ketenteraan Kerajaan Melayu Melaka (1400-1511). Dalam sistem Kerajaan Melayu Melaka tentera laut adalah yang paling besar iaitu berasaskan bahawa masyarakat Melayu ketika itu adalah pelaut dan ahli dalam pelayaran. Laksanama adalah 'admiral' dalam Bahasa Inggeris. Mereka yang berpangkat Laksanama dalam kerajaan Melayu Melaka itu digelar Orang Kaya. Hang Tuah dikatakan pembesar Melayu yang pertama bergelar Laksamana.