Kampung Sungai Lui
From Wikipedia
Kampung Sungai Lui terletak di tepi Sungai Lui yang bercantum dengan Sungai Langat . Kampung Sungai Lui terletak di mukim Hulu Langat, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Penduduk kampung ini orang Melayu keturunan Kerinchi atau Kurinchi yang pindah dari Sumatra , Indonesia sekitar tahun 1800 yang lalu.
Penduduk di sini banyak mengusahakan dusun buah-buahan seperti durian, langsat, rambai dan tampoi. Ada juga yang menanam rambutan dan pisang . Tidak ada pula kelapa sawit . Beberapa keping papan tanda menunjukan mereka ingin menjual tanah . Dato' Yusuf Haslam mendirikan sebuah rumah di sini dengan papan tanda Casa d' Haslam.
[Sunting] Kampung Orang Asli Paya Lebar
Kampung ini berhampiran dengan Sungai Lui . Orang Asli suku Temuan tinggal di kawasan ini. Sesuatu yang tidak dapat dilupakan apabila anda berkunjung ke kampung sungai lui ialah anda akan disambut dengan bayuan lembut dan deruan air terjun sungai gabai yang mengimbau para pengunjung.
[Sunting] Air Terjun Sungai Gabai
Tercatat dalam peta pelancongan negeri Selangor. Letaknya lebih kurang 30 kilometer dari Pusat bandar raya. Airnya yang mengalir jernih, setinggi 7 tingkat sesuatu yang tidak dapat dilupakan sekiranya kita berada disini. Kerajaan negeri telah memperuntukkan RM 100.000 bagi membaikpulih dan menaikkan taraf Air Terjun Sungai Gabai.
Asalnya air terjun Sungai Gabai ini adalah merupakan punca air bagi penduduk yang mengerjakan sawah di awal tahun 60an. Namun begitu di awal tahun 80an Sungai Lui telah dikunjungu oleh rombongan orang Inggeris lebih kurang 50 orang dan bermulalah air terjun Sungai Gabai ini mendapat tempat di hati mereka.
Dikelilingi kawasan pekebunan buah-buahan, ianya lebih meriah lagi sekiranya tiba bulan Jun hingga Ogos. Kerana dibualan-bulan ini musim buah-buahan sedang diraikan oleh penduduk kampung dan orang luar yang berkunjung ke sini. Siapa tidak kenal Durian Hulu Langat disinilah tempatnya. Sambil bersantai dengan keluarga, anda akan merasai kehidupan kampung yang sebanrnya.
Kunjungilah Air Terjun Sungai Gabai anda tidak akan menyesal, perjalanan jauh yang anada lalui berbaloi apabila disambut dengan deruan air terjun Sungai Gabai.
[Sunting] Sejaran Kampung Sungai Lui
Mengikut kata orang tua nama Sungai Lui diambil sempenan dengan nama orang asli (LUI) yang mula-mula mendiami kampung ini. Kampung ini terbahagi kepada Kampung Batu 20, Kampung Masjid Lama, Kampung Bharu, Kampung PKNS, Kampung Batu 25 dan Kampung Paya Lebar. Penduduknya dianggarkan seramai 10 000 orang.
Kemudahan yang terdapat di kampung ini sebuah sekolah rendah, klinik desa, masjid, padang awam, tadika, dan taman permainan. Disebelah batu 20 Sungai Lui Ketua Kampungnya Encik Hassan dan disebelah Batu 21 Ketua Kampungnya Tuan Haji Abdul Samat Haji Ramali.
Kebanyakkan penduduknya berkerja sebagai kakitangan kerajaan, pekerja kilang dan bekerja sendiri. Pada amnya 99% penduduknya terdiri dari orang Melayu. Walaupun penduduknya terdiri dari keturunan Kerinci dan Minangkabau namun mereka hidup dengan aman dan harmoni.Bekerja bergotong royong pada sesuatu majlis perkahwinan masih diamalkan.