Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Disember - Wikipedia

Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/Disember

From Wikipedia

Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

Garis panduan untuk menyunting hari ulang tahun pilihan
Hari ini Rabu, 20 Disember 2006; waktu kini 18:14 (UTC)

<< Hari ulang tahun pilihan untuk Disember >>
Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31
Arkib untuk hari ulang tahun bersejarah yang dipaparkan dalam Laman Utama
Susunan hari untuk 2006

1 Disember: Hari Kesatuan in Romania (1918), Hari AIDS Dunia

Reben Merah, lambang perjuangan dengan AIDS

  • 1640 - John IV diisytiharkan sebagai Raja Portugal dan dengan itu, mencetuskan perang dengan Sepanyol.
  • 1822 - Pedro I dimahkotai Maharaja Brazil yang pertama.
  • 1913 - Barisan pemasangan bergerak yang pertama di dunia dipasang di Taman Highland, Michigan untuk pengeluaran besar-besaran automobil.
  • 1958 - Koloni Ubangi-Shari menjadi sebuah wilayah autonomi di dalam Komuniti Perancis dan dinamakan Republik Afrika Tengah.
  • 1990 - Pekerja-pekerja Terowong Selat dari United Kingdom dan Perancis bertemu 40 meter di bawah dasar laut Selat Inggeris, dan mengasaskan sambungan tanah yang pertama antara pulau Great Britain dan tanah besar Eropah sejak Zaman Air Batu yang terakhir.

Hari-hari sebelum: 30 November29 November28 November

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


2 Disember:

Napoleon I dari Perancis

  • 1804 - Mahkota Charlemagne digunakan untuk kemahkotaan Napoleon I dari Perancis (gambar) di Katedral Notre Dame, Paris.
  • 1823 - James Monroe, Presiden Amerika Syarikat, mengeluarkan Doktrin Monroe, satu pengisytiharan tentangan terhadap penjajahan Eropah di Dunia Baru.
  • 1942 - Projek Manhattan: Ahli-ahli sains yang diketuai oleh Enrico Fermi memulakan tindak balas rantai nuklear boleh kekal diri yang pertama di dalam Chicago Pile-1, reaktor nukear uji kaji.
  • 1971 - Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Sharjah, dan Umm al-Qaiwain bergabung untuk membentuk Emiriah Arab Bersatu.
  • 1975 - Pathet Lao menggulingkan kerajaan setiaraja di Vientiane, memaksa Raja Savang Vatthana turun takhta, dan mengasaskan Republik Demokratik Rakyat Lao.

Hari-hari sebelum: 1 Disember30 November29 November

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


3 Disember: Hari perayaan St. Francis Xavier

Mars Polar Lander

  • 1854 - Pelombong-pelombong di Kubu Eureka bertempur secara kejam dengan polis dan tentera di Ballarat, Victoria, Australia.
  • 1937 - Terbitan 1 untuk Si Dandy, siri komik yang paling panjang di dunia, dijual.
  • 1967 - Pasukan yang diketuai oleh Christiaan Barnard di Hospital Groote Schuur, Cape Town, Afrika Selatan, menjalankan pemindahan jantung manusia pertama yang berjaya di Louis Washkansky.
  • 1984 - Bencana gas Bhopal: Pembebasan metil isosianida, akibat kemalangan di Bhopal, India, menyebabkan sekurang-kurangnya 18,000 kematian dalam salah satu bencana perindustrian yang paling teruk di dunia.
  • 1999 - Mars Polar Lander (gambar) tiba di Marikh dan hilang.

Hari-hari sebelum: 2 Disember1 Disember30 November

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


4 Disember:

Transit Zuhrah

  • 1639 - Jeremiah Horrocks membuat pencerapan pertama terhadap peralihan Zuhrah (gambar 2004).
  • 1791 - The Observer, akhbar Ahad pertama di dunia, diterbitkan buat pertama kali.
  • 1829 - Amalan sati dihapuskan secara rasmi oleh India British selepas Ram Mohan Roy berkempen bertahun-tahun untuk menentang adat ini.
  • 1952 - Asbut Besar 1952: Satu "kabut maut" terjadi di London.
  • 1977 - Presiden Republik Afrika Tengah memahkotai diri sebagai Maharaja Bokassa I dalam sebuah upacara mewah.

Hari-hari sebelum: 3 Disember2 Disember1 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


5 Disember: Hari Bapa di Thailand, Hari Sebelum Hari St Nicholas di pelbagai negara Eropah, Hari Sukarelawan Antarabangsa.

Wolfgang Amadeus Mozart

Hari-hari sebelum: 4 Disember3 Disember2 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


6 Disember: Hari Kemerdekaan di Finland (1917), Hari Perlembagaan di Sepanyol.

Roket Vanguard meletup di landas pelancaran.

  • 1768 - Edisi pertama Ensiklopedia Britannica diterbitkan.
  • 1917 - Letupan Halifax: Sebuah kapal di Pelabuhan Halifax yang membawa trinitrotoluen (TNT) dan asid pikrik terbakar dan meletup selepas berlanggar dengan lagi sebuah kapal, dan memusnahkan Halifax, Kanada.
  • 1922 - Negara Bebas Ireland diwujudkan setahun selepas pemeteraian Perjanjian Inggeris-Ireland.
  • 1957 - Projek Vanguard: Percubaan untuk melancarkan satelit Amerika Syarikat yang pertama gagal dengan letupan di landas pelancaran di Tanjung Canaveral (gambar).
  • 1989 - Marc Lepine membunuh 14 orang wanita dalam Pembunuhan beramai-ramai Ecole Polytechnique di Montreal, dan menyebabkan penggubalan undang-undang kawalan senjata api di Kanada yang baru.

Hari-hari sebelum: 5 Disember4 Disember3 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


7 Disember:

Teater Taman Covent sebelum 1808

  • 1732 - Rumah Opera Diraja (gambar) dibuka di Taman Covent, London, England.
  • 1815 - Michel Ney, Marsyal Perancis, dihukum tembak sampai mati dekat Taman Luxembourg di Paris kerana mendukung Napoleon Bonaparte.
  • 1941 - Perang Dunia II: Tentera Laut Empayar Jepun membuat serangan Pelabuhan Pearl, Oahu, Hawaii.
  • 1965 - Perpecahan Timur-Barat: Bapa Athenagoras I dari Constantinople dan Paus Paul VI mengeluarkan pengisytiharan bersama Katolik-Ortodoks dan dengan itu, membubarkan dengan serentak pengucilan saling yang telah wujud sejak 1054.
  • 1995 - Kapal angkasa lepas Galileo tiba di Musytari, sedikit melebihi enam tahun selepas dilancarkan oleh Bolak-balik angkasa lepas Atlantis dalam Misi STS-34.

Hari-hari sebelum: 6 Disember5 Disember4 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


8 Disember: Hari Perlembagaan di Romania.

Paus Pius IX

  • 1854 - Paus Pius IX (gambar) mengisytiharkan takrif dogmatik untuk Konsepsi Imakulat.
  • 1941 - Perang Dunia II: Takashi Sakai dan Tentera Darat Empayar Jepun menyerang Hong Kong dan dengan cepatnya mencapai keunggulan udara melalui pengeboman Lapangan Terbang Kai Tak.
  • 1941 - Holokus: Kem tumpuan Chelmno di Poland, kem penghapusan Nazi pertama yang menggunakan gas beracun, memulakan operasinya.
  • 1980 - Mark David Chapman menembak bekas Beatle John Lennon di luar apartmen Dakota di Bandaraya New York.
  • 1991 - Pemimpin-pemimpin Belarus, Rusia dan Ukraine berjumpa untuk membubarkan Kesatuan Soviet dan mengasaskan Komanwel Negara Merdeka.

Hari-hari sebelum: 7 Disember6 Disember5 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


9 Disember: Hari Kemerdekaan di Tanzania (1961)

Bendera Tanzania

  • 1897 - Marguerite Durand, pelakon pentas, wartawan, serta pejuang terkenal untuk hak mengundi untuk wanita, menubuhkan La Fronde, akhbar gerakan kewanitaan.
  • 1905 - Undang-undang mengenai perpisahan antara Gereja dengan Negara di Perancis diterimaguna, dan mencetuskan keingkaran awam oleh Katolik Perancis.
  • 1946 - Perbicaraan Doktor-doktor: Perbicaraan untuk jenayah-jenayah yang dilakukan dalam pengujikajian manusia Nazi semasa Perang Dunia II bermula di Nuremberg, Jerman.
  • 1958 - Persatuan John Birch ditubuhkan untuk menentang ancaman komunisme yang dirasakan di Amerika Syarikat.
  • 1960 - Coronation Street, siri drama lipur lara televisyen yang paling panjang di United Kingdom, disiarkan buat pertama kali di ITV.

Hari-hari sebelum: 8 Disember7 Disember6 Disember

ArkibMelalui emelLebih...

lihat - perbualan - sunting - sejarah


10 Disember: Hari Perlembagaan di Thailand (1932); Hari Hak Asasi Manusia (1948).

Lampu isyarat

  • 1508 - Negeri-negeri Paus, Perancis, Aragon dan Empayar Rom Holy, membentuk Liga Cambrai, sebuah perikatan terhadap Republik Venice.
  • 1868 - Lampu isyarat (gambar) yang pertama dipasang di luar Dewan Parlimen di London.
  • 1898 - Pemeteraian Perjanjian Paris menamatkan Perang Sepanyol-Amerika. Sepanyol mengakui kemerdekaan Cuba dan menjual Guam, Filipina dan Puerto Rico kepada Amerika Syarikat pada harga ASD$20 juta.
  • 1901 - Hadiah Nobel yang pertama dianugerahkan pada hari ulang tahun kematian (1896) pengasasnya, Alfred Nobel, seorang ahli kimia dan usahawan.
  • 1936 - Edward VIII memeterai surat cara turun takhta, dan menjadi raja British yang tunggal untuk melepaskan takhta dengan sukarela.

    Hari-hari sebelum: 9 Disember8 Disember7 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    11 Disember: Hari Republik di Burkina Faso (1958)

    Bendera UNICEF

    • 1282 - Llywelyn ap Gruffudd, Putera Wales bebas yang terakhir untuk memerintah Wales, dibunuh dalam serangan hendap.
    • 1602 - Geneva berjaya menangkis serangan lewat malam oleh Savoy, satu peristiwa yang diperingati setiap tahun semasa Fête de l'Escalade.
    • 1931 - Statut Westminster memberikan kebebasan perundangan kepada Negara Bebas Ireland, Newfoundland, Kanada, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan.
    • 1946 - UNICEF ditubuhkan (gambar logo).
    • 1981 - Kira-kira 900 orang awam di El Salvador maut dalam Pembunuhan beramai-ramai El Mozote.

    Hari-hari sebelum: 10 Disember9 Disember8 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    12 Disember: Hari Kemerdekaan di Kenya (1963).

    Yuan Shikai

    • 1531 - Penjelmaan Lady Guadalupe Kami: Juan Diego Cuauhtlatoatzin ternampak Blessed Virgin Mary di luar Bandaraya Mexico kini.
    • 1897 - Belo Horizonte, bandar raya terancang yang pertama di Brazil, dimulakan.
    • 1901 - Guglielmo Marconi menerima isyarat radio rentas Atlantik yang pertama, dari Stesen Wayarles Poldhu di Cornwall, England ke Menara Cabot di St. John, Newfoundland.
    • 1915 - Presiden Yuan Shikai (gambar) dari Republik China mengembalikan pemerintahan beraja dan mengisytiharkan diri sebagai Maharaja.
    • 1964 - Jomo Kenyatta menjadi Presiden Republik Kenya yang pertama.

    Hari-hari sebelum: 11 Disember10 Disember9 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    13 Disember: Hari Republik di Malta (1974); Hari St. Lucia di Sweden

    Gambar foto Saddam Hussein oleh pihak polis.

    • 1545 - Reformasi Balas: Majlis Trent, sebuah majlis Kristian yang diasaskan oleh Paus Paul III sebagai tindak balas kepada pertumbuhan Protestantisme, dibuka di Trento, Itali.
    • 1862 - Perang Saudara Amerika: Angkatan tentera Kesatuan di bawah Mejar Jeneral Ambrose Burnside ditewaskan dengan muktamad dalam Perang Fredericksburg.
    • 1937 - Pembunuhan Beramai-ramai Nanking: Angkatan tentera Jepun di bawah Jeneral Iwane Matsui menawan Nanjing, China dan mula menjarah, membakar, merogol, dan membunuh beramai-ramai selama berminggu-minggu.
    • 1981 - Perdana Menteri Wojciech Jaruzelski mengisytiharkan pemerintahan tentera di Poland, dan menggantung Solidarity, sebuah persekutuan kesatuan pekerja, serta memenjarakan banyak pemimpin kesatuan.
    • 2003 - Saddam Hussein (gambar), bekas Presiden Iraq kedapatan bersembunyi di dalam sebuah lubang pertempuran semasa Operasi Subuh Merah dan ditangkap.

    Hari-hari sebelum: 12 Disember11 Disember10 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    14 Disember:

    Roald Amundsen

    • 1896 - Landasan Bawah Tanah Glasgow, sistem metro yang ketiga tertua di dunia, memulakan operasi di Glasgow, Scotland.
    • 1911 - Roald Amundsen (gambar), penjelajah Norway, dan pasukannya menjadi orang-orang pertama untuk tiba di Kutub Selatan.
    • 1918 - Raja Vaino I dari Finland melepaskan takhtanya selepas Empayar Jerman ditewaskan dalam Perang Dunia II.
    • 1989 - Chile mengadakan pilihan raya yang pertama dalam tempoh 16 tahun dan memilih Patricio Aylwin sebagai Presiden Republik yang baru.
    • 1995 - Perjanjian Dayton dimeterai di Paris, Perancis untuk menamatkan perang-perang Yugoslav.

    Hari-hari sebelum: 13 Disember12 Disember11 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    15 Disember: Hari Kesusasteraan Esperanto

    Permainan bola keranjang

    • 533 - Angkatan tentera yang diketuai oleh Belisarius menewaskan Gelimer dan askar-askar Vandal dalam Perang Ticameron, dan menyiapkan "Penaklukan Semula Afrika Utara" di bawah Justinian I, Maharaja Byzantine.
    • 1256 - Kubu Hashshashin di Alamut (di Iran kini) ditawan dan dimusnahkan oleh Hulagu Khan dan askar-askar Mongol.
    • 1791 - Sepuluh pindaan yang pertama kepada Perlembagaan Amerika Syarikat, dikenali secara kolektif sebagai Rang Undang-undang Hak Amerika Syarikat, diratifikasi.
    • 1891 - James Naismith mereka bola keranjang.
    • 1914 - Perang Dunia I: Perang Lodz antara Rusia dan Jerman tamat.
    • 1994 - Netscape Navigator 1.0 diterbitkan buat pertama kali.

    Hari-hari sebelum: 14 Disember13 Disember12 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    16 Disember: Hari Kebangsaan di Bahrain (1971), Hari Kemenangan di Bangladesh (1971), Hari Kemerdekaan di Kazakhstan (1991).

    Oliver Cromwell

    • 1598 - Angkatan tentera laut Korea di bawah Laksamana Yi Sun Sin menewaskan armada Jepun dalam Perang Titik Noryang, perang laut yang terakhir dalam Perang Tujuh Tahun.
    • 1653 - Negeri naungan: Oliver Cromwell (gambar) menjadi Lord Pelindung Komanwel England, Scotland dan Ireland.
    • 1773 - Samuel Adams dan Anak-anak Lelaki Pembebasan menyertai Parti Teh Boston.
    • 1971 - Angkatan tentera Pakistan di Pakistan Timur menyerah kalah dan dengan itu, menamatkan Perang India-Pakistan dan Perang Pembebasan Bangladesh.
    • 1989 - Revolusi Romania bermula sebagai satu bantahan di bandar raya Timisoara terhadap percubaan kerajaan untuk mengusir Laszlo Tokes, seorang paderi penentang. Rusuhan menyusul.
    • 1998: Operasi Rubah Gurun: Amerika Syarikat dan United Kingdom melancarkan kempen pengeboman utama selama empat hari terhadap Iraq.

    Hari-hari sebelum: 15 Disember14 Disember13 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    17 Disember: Hari Kebangsaan di Bhutan (1907)

    Charles Dickens

    • 1843 - Karol Krismas, sebuah novel cereka yang pendek mengenai Ebenezer Scrooge, diterbitkan buat pertama kali oleh Charles Dickens (gambar).
    • 1862 - Perang Saudara Amerika: Jeneral Ulysses S. Grant mengeluarkan Perintah Am No. 11 yang mengusir orang-orang Yahudi dari Tennessee, Mississippi, dan Kentucky.
    • 1903 - Orville dan Wilbur Wright berjaya terbang buat pertama kali di dalam Wright Flyer, pesawat sayap tetap yang berkuasa.
    • 1944 - Pembunuhan beramai-ramai Malmedy: Angkatan tentera Waffen-SS di bawah Joachim Peiper menembak kira-kira 150 orang tawanan perang tak bersenjata dengan mesingan dekat Malmedy, Belgium.
    • 1989 - Si Simpson muncul buat pertama kali sebagai siri animasi di rangkaian televisyen Fox.

    Hari-hari sebelum: 16 Disember15 Disember14 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    18 Disember: Hari Republik di Niger (1958)

    Hannibal

    • 218 SM - Hannibal (gambar) mencapai kemenangan utamanya yang pertama terhadap Republik Rom dalam Perang Trebia.
    • 1865 - Pengabdian di Amerika Syarikat dihapuskan apabila Pindaan Ketiga Belas kepada Perlembagaan diterimaguna.
    • 1961 - Indonesia menyerang New Guinea Belanda untuk mengilhakkan Papua Barat di New Guinea.
    • 1966 - Epimetheus, salah satu satelit semula jadi Zuhal, ditemui tetapi salah dianggap sebagai Janus. Kesilapan itu mengambil masa 12 tahun untuk mendapati bahawa adanya dua buah objek yang berkongsi orbit yang sama.
    • 1987 - Bahasa pengaturcaraan Perl diterbitkan oleh Larry Wall.

    Hari-hari sebelum: 17 Disember16 Disember15 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    19 Disember:

    Altair 8800

    Hari-hari sebelum: 18 Disember17 Disember16 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    20 Disember:

    Felix Edmundovich Dzerzhinsky

    Hari-hari sebelum: 19 Disember18 Disember17 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    21 Disember: Solstis musim sejuk di Hemisfera Utara, Solstis musim panas di Hemisfera Selatan, Yule.

    Maharaja Vespasian

    • 69 - Vespasian (gambar) menjadi Maharaja Rom yang keempat pada Tahun Empat Maharaja.
    • 1913 - Arthur Wynne menerbitkan teka silang kata yang pertama di akhbar Dunia New York.
    • 1937 - Snow White dan Tujuh Kerdil, filem cetera animasi yang berdasarkan cerita pari-pari, Snow White, oleh Grimm Bersaudara, mengadakan tayangan perdananya kepada penonton-penonton yang agak terbuka.
    • 1979 - Perjanjian Rumah Lancaster dimeterai, dan menamatkan pemerintahan orang putih di bawah Ian Smith secara berkesan di Rhodesia.
    • 1988 - Penerbangan 103 Pan Am: Bom pengganas meletup dan memusnahkan Boeing 747 ketika di atas Lockerbie, Scotland, dan membunuh 270 orang, termasuk 11 orang di atas tanah.

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    22 Disember:

    Presiden Hamid Karzai dari Afghanistan

    • 1864 - Perang Saudara Amerika: Perarakan ke Laut yang diketuai oleh Jeneral Kesatuan, William Tecumseh Sherman, berakhir dengan penawanan Savannah, Georgia.
    • 1885 - Ito Hirobumi, seorang samurai dari Choshu, menjadi Perdana Menteri Jepun yang pertama.
    • 1989 - Revolusi Romania: Selepas seminggu tunjuk perasaan yang berdarah, Ion Iliescu mengambil alih sebagai Presiden Romania dan dengan itu, menamatkan kediktatoran komunis Nicolae Ceausescu .
    • 2001 - Burhanuddin Rabbani daripada Perikatan Utara menyerahkan kuasanya di Afghanistan kepada kerajaan interim yang diketuai oleh Hamid Karzai (gambar).
    • 2001 - CC si kucing, binatang kesayangan klon, dilahirkan.

    Hari-hari sebelum: 21 Disember20 Disember19 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    23 Disember: Hari Keputeraan Maharaja di Jepun; Ziemassvetki di Latvia; tarikh tradisional untuk Festivus.

    Beberapa transistor, dengan pita pengukur sentimeter, untuk menunjukkan skala

    • 1823 - Puisi Lawatan St. Nicholas yang dikatakan ditulis oleh Clement Clarke Moore diterbitkan buat pertama kali.
    • 1947 - Transistor (gambar) yang direka oleh John Bardeen, Walter Brattain dan William Shockley, ditunjuk cara buat pertama kali di Makmal Bell.
    • 1954 - Pemindahan organ manusia pertama yang berjaya: Dr. Joseph Murray dan Dr. J. Hartwell Harrison memindahkan buah pinggang kepada seorang pesakit daripada saudara kembarnya.
    • 1972 - Franco Harris, pemain running back Pittsburgh Steelers, mencapai Penerimaan Sempurna dengan hantaran bola sepak "kepada"nya oleh quarter back Terry Bradshaw pada hampir akhir permainan perlawanan semula.
    • 1990 - Republik Slovenia memilih untuk berpisah daripada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia.

    Hari-hari sebelum: 22 Disember21 Disember20 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    24 Disember: Hari sebelum Krismas

    Reginald Fessenden

    • 1777 - Pulau Krismas, atol yang tertua di dunia, ditemui oleh Kapten James Cook.
    • 1865 - Para bekas perajurit Negeri-negeri Gabungan mengasaskan Ku Klux Klan, sebuah kumpulan penyokong Keunggulan Orang Putih.
    • 1906 - Reginald Fessenden (gambar) menghantar siaran radio yang pertama.
    • 1914 - Askar-askar British dan Jerman dalam Perang Dunia I memulakan kedamaian sementara untuk merayakan Krismas.
    • 1974 - Siklon Tracy memusnahkan kebanyakan Darwin, Australia.

    Hari-hari sebelum: 23 Disember22 Disember21 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    25 Disember: Hari Kristmas; Hanukkah (malam pertama); Newtonmas

    Washington Menyeberangi Delaware

    • 800 - Charlemagne dimahkotai oleh Paus Leo III sebagai maharaja, satu gelaran yang tidak lagi digunakan di Dunia Barat sejak turun takhta Romulus Augustulus pada tahun 476.
    • 1776 - George Washington dan tenteranya menyeberangi Sungai Delaware untuk melancarkan serang mengejut ke atas askar-askar upahan Hessian dalam Perang Trenton.
    • 1868 - Republik Ezo diasaskan di Hokkaido oleh pemberontak-pemberontak yang bertaat setia kepada Kesyogunan Tokugawa yang telah digulingkan. Dalam pilihan raya pertama yang diadakan di Jepun, mereka memilih Laksamana Enomoto Takeaki sebagai Presiden mereka.
    • 1991 - Mikhail Gorbachev meletakkan jawatan presiden Kesatuan Soviet.

    Hari-hari sebelum: 24 Disember23 Disember22 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    26 Disember: Hari Tinju; Hari St. Stephen; Kwanzaa

    Marie Curie

    • 1790 - Revolusi Perancis: Louis XVI dari Perancis memberikan perkenanan raja terhadap Perlembagaan Paderi Sivil.
    • 1898 - Pierre dan Marie Curie (gambar) mengumumkan penemuan unsur baru yang kemudian dinamakan radium.
    • 1908 - Jack Johnson menewaskan Tommy Burns dan dengan itu, menjadi Johan Petinju Heavyweight Dunia Amerika Afrika yang pertama.
    • 1991 - Soviet Agung membubarkan diri dan Kesatuan Republik Sosialis Soviet (USSR) secara rasmi.
    • 2004 - Sebuah gempa bumi di Lautan Hindi mengakibatkan tsunami yang membunuh melebihi 200,000 orang, kebanyakannya di Indonesia.

    Hari-hari sebelum: 25 Disember24 Disember23 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    27 Disember:

    Ignacy Jan Paderewski, Perdana Menteri Poland (1919)

    • 1831 - Charles Darwin menaiki kapal HMS Beagle dan bertolak dari Plymouth, England dalam pelayaran ke Amerika Selatan yang kemudian menjadi ekspedisi bersejarah.
    • 1904 - Peter Pan, atau Budak Lelaki Yang Tidak Ingin Menjadi Dewasa (The Boy Who Wouldn't Grow Up), sebuah drama pentas oleh J. M. Barrie, mengadakan pertunjukan perdananya di London.
    • 1918 - Ucapan di khalayak ramai di Poznan oleh Ignacy Jan Paderewski (gambar), pemain piano Poland yang termasyhur, mencetuskan Pemberontakan Greater Poland terhadap Jerman.
    • 1945 - Ratifikasi antarabangsa terhadap Perjanjian Bretton Woods menyebabkan penubuhan Tabungan Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Antarabangsa bagi Pemulihan dan Pembangunan (IBRD).
    • 1949 - Ratu Juliana dari Belanda memeterai dokumen-dokumen yang melepaskan kedaulatan sebahagian besar Hindi Timur Belanda, kini dikenali sebagai Indonesia.

    Hari-hari sebelum: 26 Disember25 Disember24 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    28 Disember: Hari Pengisytiharan di Australia Selatan (1836); Hari Suci Orang-orang Tak Berdosa di Iberoamerika.

    Osceola

    • 1065 - Gereja Westminster yang dibina oleh Edward si Pengaku antara tahun 1045 dan 1050 ditahbiskan.
    • 1835 - Osceola (gambar) mengetuai pahlawan-pahlawan Seminole di Florida untuk berperang dengan Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat dalam Perang Seminole Kedua.
    • 1879 - Jambatan Tay di Dundee, Scotland runtuh apabila semasa dilalui sebuah kereta api dan membunuh semua penumpangnya.
    • 1895 - Sejarah pawagam: Lumiere bersaudara menunjukkan filem dengan sinematograf mereka kepada penonton-penonton berbayar buat pertama kali.
    • 1999 - Saparmurat Niyazov diisytiharkan sebagai Presiden Seumur Hidup di Turkmenistan.

    Hari-hari sebelum: 27 Disember26 Disember25 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    29 Disember:

    Ketua Biskop Thomas Becket

    • 1170 - Thomas Becket (gambar), Ketua Biskop Canterbury, dibunuh di gereja sendiri oleh empat orang kesatria Henry II dari England.
    • 1845 - Republik Texas diilhakkan oleh Amerika Syarikat, dan menjadi negeri Texas.
    • 1890 - Angkatan Tentera Darat Amerika Syarikat membunuh melebihi 400 orang ahli Negara Sioux Agung di Pembunuhan Beramai-ramai Lutut Terluka.
    • 1911 - Sun Yat-sen dipilih sebagai Presiden Republik China yang pertama.
    • 1937 - Negara Bebas Ireland digantikan dengan sebuah negara yang dipanggil Ireland ketika sebuah perlembagaan baru diterimaguna.

    Hari-hari sebelum: 28 Disember27 Disember26 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    30 Disember: Hari Jose Rizal di Filipina.

    Jose Rizal, wira negara Filipina

    Hari-hari sebelum: 29 Disember28 Disember27 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    31 Disember: Hari Sebelum Tahun Baru, Hogmanay di Scotland.

    Bendera Syarikat Hindia Timur British

    • 406 - Orang-orang Vandal, Alan dan Suebi menyeberangi Sungai Rhine dan memulakan serangan Gaul.
    • 1600 - Syarikat Hindia Timur Inggeris (gambar bendera) ditubuhkan melalui Piagam Diraja Ratu Elizabeth I.
    • 1963 - Persekutuan Afrika Tengah jatuh secara rasmi, dan akhirnya menjadi Zambia, Malawi dan Rhodesia.
    • 1972 - Roberto Clemente, pemain besbol Amerika Syarikat, maut dalam kemalangan kapal terbang semasa dalam perjalanan untuk menghantar bantuan kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Nicaragua.
    • 1999 - Boris Yeltsin, Presiden Rusia pertama yang dipilih secara demokrasi, meletakkan jawatan dan menamakan Vladimir Putin sebagai Pemangku Presiden.

    Hari-hari sebelum: 30 Disember29 Disember28 Disember

    ArkibMelalui emelLebih...

    lihat - perbualan - sunting - sejarah


    Januari - Februari - Mac - April - Mei - Jun - Julai - Ogos - September - Oktober - November - Disember

    Garis panduan untuk menyunting hari ulang tahun pilihan
    Our "Network":

    Project Gutenberg
    https://gutenberg.classicistranieri.com

    Encyclopaedia Britannica 1911
    https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

    Librivox Audiobooks
    https://librivox.classicistranieri.com

    Linux Distributions
    https://old.classicistranieri.com

    Magnatune (MP3 Music)
    https://magnatune.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (June 2008)
    https://wikipedia.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (March 2008)
    https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

    Static Wikipedia (2007)
    https://wikipedia2007.classicistranieri.com

    Static Wikipedia (2006)
    https://wikipedia2006.classicistranieri.com

    Liber Liber
    https://liberliber.classicistranieri.com

    ZIM Files for Kiwix
    https://zim.classicistranieri.com


    Other Websites:

    Bach - Goldberg Variations
    https://www.goldbergvariations.org

    Lazarillo de Tormes
    https://www.lazarillodetormes.org

    Madame Bovary
    https://www.madamebovary.org

    Il Fu Mattia Pascal
    https://www.mattiapascal.it

    The Voice in the Desert
    https://www.thevoiceinthedesert.org

    Confessione d'un amore fascista
    https://www.amorefascista.it

    Malinverno
    https://www.malinverno.org

    Debito formativo
    https://www.debitoformativo.it

    Adina Spire
    https://www.adinaspire.com