Bandaraya New York
From Wikipedia
New York City (secara rasmi bernama City of New York) adalah bandar terbesar di Amerika Syarikat dan salah satu bandar terpenting di dunia dalam bidang kewangan dunia dan komunikasi. Dengan populasi melebihi 8 juta orang dalam wilayah seluas 800 km², dan populasi imigrasi yang besar dari 180 negara, New York City sering disebut sebagai "the Big Apple" (Si Epal Besar).
New York City merupakan mesin raksasa untuk ekonomi dunia, dengan produk metropolitan kasar sebesar US$488,8 bilion pada 2003, paling besar di antara bandar-bandar di AS dan keenam terbesar dibandingkan dengan negeri-negeri AS lain. Jika New York City merupakan sebuah negara, ia akan mempunyai keluaran dalam kasar ke-16 terbesar di dunia, melebihi Rusia ($433 bilion).
Bersama-sama dengan London, Paris dan Tokyo, New York City dianggap sebagai salah satu dari empat bandar global di dunia. PBB juga mempunyai ibu pejabatnya di bandar ini sejak 1951, beberapa tahun setelah didirikan.
[Sunting] Ekonomi
New York City merupakan pusat kegiatan perdagangan antarabangsa, dan merupakan "pusat operasi" bagi kegiatian ekonomi dunia (bersama Tokyo dan London). Industri paling penting untuk New York ialah kewangan, insuran dan hartanah. New York City juga merupakan pusat media, kewartawanan dan percetakan di America. Sektor penting yang lain ia ialah industri television dan filem, kedua terbesar dibelakang Hollywood; penyelidikan dan teknologi perubatan; serta fasion.