Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Emiriah Arab Bersatu - Wikipedia

Emiriah Arab Bersatu

From Wikipedia

Emiriah Arab Bersatu terletak di tenggara Semenanjung Arab di barat-daya Asia, dan ia terdiri dari tujuh amiriah iaitu: Abu Dhabi, Ajman, Dubai, Fujairah, Ras al-Khaimah, Sharjah dan Umm al-Qaiwain.

Jirannya adalah Oman, Arab Saudi dan Qatar.

Emiriah Arab Bersatu
الإمارات العربيّة المتّحدة
Dawlat Al-Imarat Al-'Arabiyya Al-Muttahida
Imej:Uae_flag_medium.png
Bendera Jata
Cogan kata negara: tiada
Imej:LocationUnitedArabEmirates.png
Bahasa rasmi Arab
Ibunegara Abu Dhabi (ابوظبي)
Bandar terbesar Dubai
Presiden Sheikh Khalifa bin Zayed Al Nahayan
Perdana Menteri Sheikh Muhammed bin Rashid Al Makhtoum
Keluasan 82,880 km²
Penduduk


 - Jumlah (2000)
 - Kepadatan


2,407,460

29/km²

Kemerdekaan


 - Tarikh


2 Disember 1971

Matawang Dirham UAE
Zon masa UTC +4
Lagu Kebangsaan Ishy Bilady
Domain Internet .ae
Kod IDD 971

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Emiriah Arab Bersatu

Negeri-negeri (lebih dikenali sebagai Emiriah) di sepanjang pesisir pantai Teluk Parsi memberikan kuasa pertahanan dan hal ehwal luar kepada Kerajaan United Kingdom pada kurun kesembilan belas. Pada tahun 1971, enam daripada negeri ini - Abu Dhabi, Ajman, Fujairah, Sharjah, Dubai, dan Umm al-Qaiwain - bergabung untuk menubuhkan Emiriah Arab Bersatu. Pada tahun 1972, Ras al-Khaimah menyertai mereka.

[Sunting] Politik

Rencana utama: Politik di Emiriah Arab Bersatu

Majlis Tertinggi mengandungi pemerintah-pemerintah dari tujuh negeri. Jawatan Presiden dan Naib Presiden dilantik oleh Majlis Tertinggi setiap lima tahun. Majlis Tertinggi juga melantik barisan kabinet sementara Majlis Persekutuan Kebangsaan yang mempunyai ahli seramai 40 orang dari ketujuh-tujuh negeri meneliti dan membincangkan undang-undang yang dicadangkan. Terdapatnya satu sistem mahkamah persekutuan; kesemua negeri kecuali Dubai dan Ras al-Khaimah telah menyertai sistem persekutuan ini; kesemua negeri mempunyai undang-undang sekular dan Islam untuk kes-kes sivil, jenayah, dan mahkamah tinggi.

Sheikh Zayed bin Sultan Al Nahyan merupakan President kesatuan ini daripada penubuhan negara ini sehinggalah hari kematiannya pada 2 November 2004. Anak lelakinya, Khalifa bin Zayed Al Nahayan dilantik menjadi presiden keesokkan harinya.

[Sunting] Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Emiriah Arab Bersatu

Kekayaan UAE adalah berdasarkan kepada pengeluaran minyak dan gas iaitu 33% daripada GDP negara itu. UAE adalah negara pengeluar minyak ketiga terbesar di kawasan teluk selepas Arab Saudi dan Iran. Sejak 1973, UAE telah mengalami perubahan daripada negara kecil yang terletak di gurun kepada negara moden dengan taraf kehidupan yang tinggi.

[Sunting] Wilayah

Rencana utama Wilayah-wilayah di Emiriah Arab Bersatu

UAE mengandungi tujuh negeri:

  • Abu Dhabi
  • Ajman
  • Dubai
  • Fujairah
  • Ras al-Khaimah
  • Sharjah
  • Umm al-Qaiwain

[Sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Emiriah Arab Bersatu

Map of the United Arab Emirates

UAE terletak di barat daya Asia dengan dikelilingi Teluk Oman dan Teluk Parsi iaitu diantara Oman dan Arab Saudi. Ia adalah sebuah negara yang mempunyai dataran yang kontang dan mempunyai padang pasir yang luas dengan gunung-ganang disebelah timur. Kedudukan strategiknya menjadikannya tempat persinggahan eksport dan import bekalan minyak dunia.

Perjanjian sempadan di antara Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi pada tahun 1974 dan 1977 tidak pernah disebarkan kepada umum. Oleh itu sempadan tepat bagi kedua-dua negara hanya diketahui oleh kerajaan masing-masing.

[Sunting] Demografi

Rencana utama: Demografi Emiriah Arab Bersatu

Populasi UAE seramai 4 juta orang mempunyai seramai 1.6 juta orang bukan warganegara - dengan 50% daripadanya datang dari Asia Selatan. Kebanyakkan masyarakat pribumi datang daripada salsilah keturunan Parsi. Kadar peningkatan populasi adalah rendah berbanding negara-negara jirannya. Hampir semua rakyat di UAE merupakan Muslim. Sekitar 80% populasi UAE boleh membaca dan menulis.

[Sunting] Kebudayaan

Rencana utama: Kebudayaan Emiriah Arab Bersatu

UAE mempunyai hubungan yang cukup kuat dengan masyarakat Arab lain di seluruh dunia. Kerajaan berdedikasi untuk mempertahankan unsur-unsur tradisional dalam kesenian dan kebudayaan termasuk melalui Yayasan Kebudayaan Abu Dhabi. Perubahan dalam kehidupan sosial juga berubah - perasaan terhadap kaum wanita sedang berubah, dan sukan-sukan baru sedang menjadi popular di samping perlumbaan unta.

[Sunting] Pautan luar


Liga Arab – جامعة الدول العربية Bendera Liga Negara-negara Arab
AlgeriaBahrainComorosDjiboutiMesirIraqJordanKuwaitLubnanLibyaMauritaniaMaghribiOmanPalestinaQatarArab SaudiSomaliaSudanSyriaTunisiaEmiriah Arab BersatuYaman
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com