Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Jeneral - Wikipedia

Jeneral

From Wikipedia

Jeneral iahlah pegawai tentera yang berpangkat tinggi. Istilah ini digunakan oleh hampir semua negara di dunia, dan boleh digunakan sebagai satu pangkat pada dirinya, ataupun sebagai istilah am untuk "pegawai-pegawai jeneral". Dalam kebanyakan negara, gred-gred Jeneral merupakan pangkat-pangkat yang tertinggi dalam hierarki pangkat; bagaimanapun, terdapat juga negara-negara yang mempunyai pangkat yang lebih tinggi, seperti Marsyal Tentera Darat atau Marsyal.

"Pegawai Jeneral", biasa dirujuk secara informal dan dengan tidak begitu tepat sebagai "Jeneral", merujuk kepada pegawai tentera yang memegang mana-mana satu pangkat Jeneral. Pangkat jeneral yang tepat boleh ditentukan dengan menggabungkan awalan, umpamanya Mejar Jeneral, atau akhiran, umpamanya Jeneral Tentera Darat.

"Jeneral", tanpa awalan atau akhiran (kekadang dirujuk secara informal sebagai "jeneral penuh"), biasanya merupakan pangkat pegawai jeneral yang tertinggi, iaitu lebih tinggi daripada Leftenan Jenderal. Dalam sebilangan angkatan tentera, pangkat ini digelarkan Kapten Jeneral, Jeneral Tentera Darat, atau Kolonel Jeneral. Kesemua pangkat ini boleh dianggap sebagai sama sahaja dengan Jeneral penuh atau Marsyal Tentera Darat, tergantung kepada angkatan tentera yang dimaksudkan.

Sedangkan secara sejarah, "Jeneral" merupakan pangkat angkatan tentera darat, istilah ini juga digunakan dalam kebanyakan angkatan tentera udara. Bagaimanapun, negara-negara yang berdasarkan sistem Tentera Udara Diraja British menggunakan Marsyal Udara sebagai ganti, dengan Pegawai Udara merupakan gelaran am. Dalam kebanyakan angkatan tentera laut di dunia, pangkat yang setanding ialah Laksamana, dan istilah amnya boleh diterjemahkan secara harfiah sebagai Pegawai Bendera; bagiamanapun, kekecualian bersejarah yang penting ialah pangkat Jeneral Di Laut, satu pangkat tentera laut Cromwell. Dalam Angkatan Pertahanan Israel, tidak terdapatnya pangkat tentera laut yang berasingan, dan istilah Ibrani Aluf digunakan untuk kedua-dua "Jeneral" dan "Laksamana". Pada tahun-tahun kebelakangan ini, angkatan tentera Amerika Syarikat cenderung menggunakan "Pegawai Bendera" dan "Pangkat Bendera" untuk merujuk kepada jeneral-jeneral dan laksamana-laksamananya sebagai sekumpulan.

Nama pangkat Jeneral muncul buat pertama kali pada masa penubuhan angkatan tentera profesional dalam abad ke-17. Pada mulanya, istilah ini ditambah sebagai kata sifat kepada nama pangkat-pangkat yang sedia ada, dan menghasilkan gelaran seperti Kolonel Jeneral, Kapten Jeneral, Leftenan Jeneral, dan Sarjan Mejar Jeneral. Gelaran-gelaran ini dipergunakan untuk membezakan pegawai-pegawai pemerintah yang terpenting, dan biasanya melibatkan setakat perundingan terhadap keutamaan.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Pangkat Jeneral mengikut kekananan

Yang berikut ialah gred-gred moden yang biasa untuk Jeneral di negara-negara yang bertutur dalam bahasa Inggeris, disenaraikan mengikut kekananan (dari tertinggi hingga ke terendah):

  • Jeneral Tentera Darat
  • Kolonel Jeneral
  • Jeneral
  • Leftenan Jeneral
  • Mejar Jeneral
  • Brigadier Jeneral

Banyak negara yang tidak bertutur dalam bahasa Inggeris juga mempunyai pangkat-pangkat yang sepadan. Bukan semua negara menggunakan kesemua pangkat ini. Tambahan pula, kekananan gred-gred jeneral tidak semestinya serupa di semua negara, umpamanya di sebilangan negara, Mejar Jeneral merupakan pangkat pegawai Jeneral yang terendah, dan mungkin lebih dekat dengan Brigadier Jeneral, jika adanya pangkat ini).

Sesetengah negara mempunyai atau pernah mempunyai gred-gred Jeneral tambahan, seperti berikut:

  • Kapten Jeneral
  • Jeneral Tentera Udara
  • Jeneral Angkatan-angkatan Tentera (satu gelaran eksklusif bagi Angkatan Tentera Amerika Syarikat) yang dicipta oleh Jeneral John J. Pershing, dan yang kemudian diberikan kepada George Washington selepas kematiannya.

Sebilangan negara lebih suka menamakan pangkat-pengkat jeneral mengikut kuasa pemerintahan nominal (iaitu, pada nama sahaja), umpamanya Perancis mempunyai général d'armée, général de corps d'armée, général de division, dan général de brigade (pada setiap kes, akhiran aerienne digunakan untuk pegawai tentera udara).

Dalam sebilangan negara yang lain, khususnya negara-negara Komanwel), padanan untuk Brigadier Jeneral ialah Brigadier. Bagaimanapun, pangkat ini tidak dianggap oleh angkatan-angkatan tentera tersebut sebagai pangkat pegawai jeneral, walaupun pangkat ini dianggap sebagai sama sahaja (dengan pangkat Brigadier Jeneral) bagi tujuan pembandingan. Angkatan tentera British mempunyai pangkat Brigadier Jeneral sehingga tahun 1922; gelaran ini mula-mulanya ditukarkan kepada "kolonel komandan", dan kemudian kepada "brigadier" pada tahun 1928; pemegang pangkat-pangkat yang baru itu tidak dianggap sebagai pegawai jeneral. Perubahan ini telah dibuat sebagai gerak balas terhadap sungutan-sungutan politik tentang "terlalu banyak jeneral".

Semasa Perang Dunia I dan Perang Dunia II, Angkatan Tentera Laut Jerman menggunakan pangkat yang dikenali sebagai Jeneral Laksamana, tetapi ini merupakan pangkat tentera laut yang langsung tidak berkaitan dengan pangkat Jeneral angkatan tentera darat.

[Sunting] Pangkat Jeneral mengikut negara

Rencana-rencana berikut adalah berkaitan dengan pangkat Jeneral yang digunakan oleh angkatan tentera di pelbagai negara:

[Sunting] Pangkat Jeneral yang sepadan

[Sunting] Pangkat Jeneral yang lain

[Sunting] Lihat juga

  • Generalisimo
  • Shogun
  • Pembandingan pangkat-pangkat tentera
  • Tanda kebesaran tentera Amerika Syarikat
  • Tanda kebesaran tentera British
  • Tanda kebesaran tentera Poland

[Sunting] Pautan luar

Cari Jeneral dalam Wiktionary, sebuah kamus bebas.



Halaman ini bertujuan untuk menyenaraikan rencana-rencana yang berkaitan dengan the military rank of General. Ini disiapkan semata-mata untuk peminat-peminat perkara ini supaya mereka dapat mengawasi perubahan-perubahan kepada halaman-halaman yang berkaitan melalui pautan Perubahan berkaitan. Senarai ini tidak semestinya lengkap atau kemas kini; jika anda melihat sebuah rencana yang harus disenaraikan, tetapi tidak terdapat dalam senarai ini (atau sebaliknya), tolong kemaskinikan halaman ini.

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com