Krismas
From Wikipedia
Sebahagian dari siri rencana mengenai agama Kristian |
|
|
|
Sejarah Kristian |
|
Tritunggal |
|
Bible |
|
Teologi Kristian |
|
Gereja Kristian Mazhab Kristian |
Krismas (harafiah: Massa untuk Kristus) juga dikenali sebagai Hari Natal, adalah hari raya untuk penganut Kristian, disambut pada 25 Disember bagi memperingati kelahiran Yesus Kristus. Menurut kitab Alkitab Perjanjian Baru, Yesus dilahirkan oleh Maria di Yerusalem. Penganut Kristian percaya bahawa kelahiran Yesus menepati ramalan Yahudi mengenai kelahiran seorang Juruselamat dari susur galur Daud (David), yang akan menebus manusia dari dosa Nabi Adam (original sin).
Perayaan Krismas pada lazimnya dirayakan setiap 25 Disember. Namun beberapa gereja dan negara menyambutnya pada 7 Januari disebabkan mereka mengikuti kalendar yang berlainan (kalendar Julian berbanding kalendar Gregorian).