Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Ku Klux Klan - Wikipedia

Ku Klux Klan

From Wikipedia

KKK dialihkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat KKK (nyahkekaburan).
Ahli-ahli Ku Klux Klan yang kedua di perhimpunan pada tahun 1922.
Besarkan
Ahli-ahli Ku Klux Klan yang kedua di perhimpunan pada tahun 1922.

Ku Klux Klan ialah nama untuk pertubuhan-pertubuhan persaudaraan Amerika Syarikat, baik yang kini mahupun yang dahulu, yang menyokong kekuasaan orang putih, faham anti-Yahudi, rasisme, anti-Katolikisme, dan keperibumian. Ku Klux Klan juga dikenali secara mudah dengan nama "Klan" atau dengan parapnya, "KKK". Pertubuhan-pertubuhan ini sering menggalakkan penggunaan terorisme, keganasan dan ugutan seperti pembakaran salib untuk menindas orang-orang Amerika Afrika dan orang-orang yang lain. Penjelmaan semula Klan buat pertama kali terjadi pada tahun 1866. Diasaskan oleh bekas perajurit negeri-negeri Gabungan Amerika, tujuan utamanya ialah untuk menentangi Pembinaan semula dan menumpukan usaha mereka untuk mengugut "petualang" (bahasa Inggeris: carpetbaggers, iaitu orang Amerika Syarikat di utara yang berpindah ke Selatan semasa Pembinaan Semula) dan "skalawag" (iaitu orang putih Selatan yang menyertai parti Republikan di Selatan semasa Pembinaan Semula) serta untuk menghancurkan abdi-abdi yang telah dibebaskan. Dengan pantasnya, pertubuhan-pertubuhan mempergunakan cara-cara yang ganas. Reaksi yang pantas datang daripada kerajaan pusat, dengan pucuk pimpinan Klan menafikan kejadian-kejadian tersebut. Golongan elit di Selatan memperlihatkan pertubuhan Klan hanya sebagai alat yang dipergunakan oleh askar-askar persekutan untuk meneruskan kegiatan-kegiatan mereka di Selatan. Pertubuhan itu merosot dari tahun 1868 hingga 1870 dan dimusnahkan pada awal 1870-an oleh tindakan-tindakan Presiden Ulysses S. Grant di bawah Akta Hak Awam 1871 (juga dikenali sebagai Akta Ku Klux Klan).

William Joseph Simmons mengasaskan Ku Klux Klan yang kedua pada tahun 1915.
Besarkan
William Joseph Simmons mengasaskan Ku Klux Klan yang kedua pada tahun 1915.

Pengasasan kumpulan kedua pada tahun 1915 yang menggunakan nama yang sama diilhami oleh kuasa baru yang diberikan oleh media massa moden melalui filem Kelahiran Negara (The Birth of a Nation) serta laporan akhbar yang anti-Yahudi dan yang mengapi-apikan perbicaraan Leo Frank atas tuduhan pembunuhan — Frank kemudian dibunuh oleh KKK. KKK yang kedua merupakan pertubuhan keahlian formal yang mempunyai struktur negara dan negeri yang tertentu, dan yang menggajikan beribu-ribu orang untuk menubuhkan dan menguruskan cawangan-cawangan tempatan di seluruh negara. Berjuta-juta orang menyertai KKK yang kedua ini, dan pada kemuncaknya dalam dekad 1920-an, pertubuhan ini memperoleh lebih kurang 15% daripada bilangan penduduk negara yang berlayak. [1] KKK yang kedua ini biasanya menganjurkan faham anti-Yahudi, rasisme, anti-Katolikisme, dan keperibumian. Sebilangan kumpulan tempatan mengambil bahagian dalam penggantungan tanpa perbicaraan dan kegiatan-kegiatan ganas yang lain. Kepopularan KKK yang kedua merosot semasa Zaman Meleset, dan keahliannya turun lagi semasa Perang Dunia II, disebabkan oleh skandal-skandal yang berkaitan dengan jenayah-jenayah dan penyokongan Jerman Nazi oleh ahli-ahlinya yang utama.

Sejak masa itu, nama "Ku Klux Klan" telah dipergunakan oleh banyak kumpulan yang tidak berkaitan, termasuk mereka yang menentangi Akta Hak Awam dan penghapusan pengasingan kaum pada dekad 1960-an. Kini, terdapat berdozen-dozen pertubuhan dengan cawangan-cawangan di seluruh Amerika Syarikat dan negara-negara lain yang menggunakan kesemua atau sebahagian nama "Ku Klux Klan", tetapi jumlah ahli mereka dianggarkan hanya di lingkungan beberapa ribu orang. Kumpulan-kumpulan ini, dengan operasinya di unit-unit tempatan yang kecil dan berasingan, dianggap sebagai kumpulan benci yang berketerlaluan. KKK moden telah ditolak oleh semua media utama dan pemimpin-pemimpin politik dan agama.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Klan pertama

A cartoon threatening that the KKK would lynch carpetbaggers, Tuscaloosa, Alabama, Independent Monitor, 1868.
Besarkan
A cartoon threatening that the KKK would lynch carpetbaggers, Tuscaloosa, Alabama, Independent Monitor, 1868.
A political cartoon depicting the KKK and the Democratic party as continuations of the Confederacy.
Besarkan
A political cartoon depicting the KKK and the Democratic party as continuations of the Confederacy.
Nathan Bedford Forrest
Besarkan
Nathan Bedford Forrest

[Sunting] Penubuhan

Asalnya Ku Klux Klan ditubuhkan selepas tamat American Civil War pada 24 Disember 1865, oleh enam veteran Confederate dari golongan kelas pertengahan yang terpelajar[2] yang dikatakan telah bosan dengan hidup selepas perang di Pulaski, Tennessee. Nama kumpulan ini dicipta daripada menggabungkan perkataan Greek "kyklos" bermaksud bulatan/lingkaran dengan perkataan Inggeris "clan". Wade, 1987, p. 33 mengatakan Kennedy yang pertama mencadangkan dua perkataan tersebut, tetapi Crowe pula mencadangkan menukarkan "κύκλος" kepada "kuklux."</ref> KKK mendakwa "Klu Klux" bermaksud "White Racial Brotherhood" (Kumpulan Perkauman Kulit Putih). Pada mulanya kumpulan tersebut hanya kelab sosial untuk bergelak ketawa. [3] Dari 1866 ke 1867, KKK bermula memecahkan perjumpaan sembahyang orang kulit hitam dan memasuki rumah mereka pada waktu malam untuk mencuri senjata api. Ada daripada aktiviti ini yang diikuti dari kumpulan vigilante Tennesee seperti Yellow Jackets dan Redcaps.

Di dalam perjumpaan pada 1867 di Nashville langkah pertama untuk membentuk sebuah organisasi hierarki dengan wakil tempatan memelapor kepada ketua wialyah, wialyah ke daerah, daerah ke negeri dan kemudian ke ibu pejabat nasional. Cadangan, dalam dokumen bertajuk "Prescript," ditulis oleh George Gordon, yang dulunya brigadier general Confederate. Ini mengandungi bahasa yang berinspirasi mengenai matlamat KKK bersama dengan senarai soalan yang perlu ditanyakan kepada ahli yang mahu menyertai; ini mengesahkan fokus KKK untuk menentang 'Reconstruction' dan secara amnya, parti Republikan. Pemohon baru disoal jika dia adalah ahli republikan, veteran tentera Union, atau member Loyal League; juka dia "menentang kesamaan hak orang kulit hitam dari segi sosial dan politik;" dan jika dia menyokong pembentukan "kerajaan orang kulit putih," "mengekalkan hak konsitusi Selatan," "memberi semula hak dan membebaskan orang kulit putih Selatan, dan memulangkan orang Selatan kepada hak mereka," dan "hak takluk mereka untuk mengekalkan hak mandiri daripada kuasa yang arbitrari dan tidak berlesen"[petikan diperlukan]

Namun daripada semua yang dilahirkan dari perjumpaan 1867 tersebut, ia tidak diluluskan oleh mana-mana unit tempatan. Mereka terus beroperasi secara autonomous, dan tidak pernah terwujud ibu pejabat wilayah, daerah arau negeri/pusat.

Berdasarkan perbualan, Gordon telah kemudian berjumpa dengan bekas pedagang hamba dan general Confederate Nathan Bedford Forrest di Memphis dan memberitahunya tentant organisasi tersebut. Berikutnya Forrest membalas, "Itu satu yang amat baik. Kita boleh menggunakan ini untuk mengekalkan orang kulit hitam di tempat asal mereka."[4] Beberapa minggu kemudian, Forrest dilantik sebagai Grand Wizard, Ketua nasional KKK. Dalam wawancara kemudiannya, Forrest memenafikan jawatan tersebut dan mengatakan dia tidak pernah ada kuasa di atas mana-mana gerakan KKK.

[Sunting] Kegiatan

KKK cuba menguasai status politik dan sosial hamba yang dibebaskan. Secara spesifik ia cuba menghalang pendidikan orang kulit hitam, kemajuan ekonomi, hak mengundi dan hak memiliki senjata api. Walaubagaimanapun, fokus mereka tidak terhad kepada (African Americans). Republikan selatan juga menjadi sasaran taktik ugutan ganas mereka. Keganasan mereka membuahkan hasil, contohnya, pada April 1868, pada undian di Georgia Columbia County mengundi 1,222 undian untuk Parti Demokrat Rufus Bullock, tetapi di undian presiden (presidential election) pada bulan November, wilayah tersebut hanya mengundi satu undi untuk calon Republikan Ulysses Grant. [5]

Ugutan KKK selalunya mensasarkan guru sekolah dan ahli federal Freedmen's Bureau. Ahli kulit hitam Loyal Leagues juga selalu menjadi sasaran serangan mereka. Dalam serangan di Mississippi, menurut Congressional inquiry [6]

Seorang guru (Miss Allen dari Illinois), yang mengajar di Cotton Gin Port, Monroe County telah dilawat... antara puluk 1 dan 2 pagi pada March 1871, oleh 50 orang lelaki yang menyamar. Setiap mereka memakai jubah berwarna putih dengan muka ditutupi topeng dengan jalur merah. Dia disuruh bangun dan memakat baju, beliau menurut dan kemudian membenarkan Kapten dan lietenant (yang berpakaian seperti di atas dengan tambahan tanduk panjan di kepala dengan alat dihadapan). Lietenant tersebut memegang pistol di dalam tangannya dan dia bersama kapten duduk, sementara 8 ke 10 ahli lain berdiri. Mereka melayan Miss Allen dengan baik dan senyap tetapi mengadu tentang cukai sekolah yang berat, maka Miss Allen perlu berhenti mengajar dan pergi meninggalkan sekolah tersebut. Mereka juga memberi amaran bahawa mereka tidak akan memberi notis kedua. Miss Allen terus meninggalkan wilayah tersebut.




[Sunting] Rujukan

  • Axelrod, Alan. The International Encyclopedia of Secret Societies & Fraternal Orders, New York: Facts On File, 1997.
  • Dray, Philip. At the Hands of Persons Unknown: The Lynching of Black America, New York: Random House, 2002.
  • Feldman, Glenn. Politics, Society, and the Klan in Alabama, 1915-1949. University of Alabama Press, Tuscaloosa, AL, 1999.
  • Hamby, Alonzo L. Man of the People: A Life of Harry S. Truman, New York: Oxford University Press, 1995.
  • Horn, Stanley F. Invisible Empire: The Story of the Ku Klux Klan, 1866-1871, Patterson Smith Publishing Corporation: Montclair, NJ, 1939.
Horn, born in 1889, was a Southern historian who was sympathetic to the first Klan, which, in a 1976 oral interview [1], he was careful to distinguish from the later "spurious Ku Klux organization which was in ill-repute—and, of course, had no connection whatsoever with the Klan of Reconstruction days."
  • Ingalls, Robert P. Hoods: The Story of the Ku Klux Klan, New York: G.P. Putnam's Sons, 1979.
  • Levitt, Stephen D. and Stephen J. Dubner. Freakonomics: A Rogue Economist Explores the Hidden Side of Everything. New York: William Morrow (2005).
  • McCullough, David. Truman. New York: Simon & Schuster, 1992.
  • Moore, Leonard J. Citizen Klansmen: The Ku Klux Klan in Indiana, 1921-1928 Chapel Hill: U of North Carolina Press, 1991.
  • Newton, Michael, and Judy Ann Newton. The Ku Klux Klan: An Encyclopedia. New York & London: Garland Publishing, 1991.
  • Parsons, Elaine Frantz, "Midnight Rangers: Costume and Performance in the Reconstruction-Era Ku Klux Klan." The Journal of American History 92.3 (2005): 811-36.
  • Rhodes, James Ford. History of the United States from the Compromise of 1850 to the McKinley-Bryan Campaign of 1896. Volume: 7. (1920) Winner of the Putitzer Prize.
  • Rogers, William; Ward, Robert; Atkins, Leah; and Flynt, Wayne. Alabama: The History of a Deep South State. University of Alabama Press, Tuscaloosa, AL, 1994.
  • Steinberg. Man From Missouri. New York: Van Rees Press, 1962.
  • Thompson, Jerry. My Life in the Klan, Rutledge Hill Press, Inc., 513 Third Avenue South, Nashville, Tennessee 37210. Originally published in 1982 by G.P. Putnam's Sons, ISBN 0399126953.
  • Trelease, Allen W. White Terror: The Ku Klux Klan Conspiracy and Southern Reconstruction, (Louisiana State University Press: 1995). First published in 1971 and based on massive research in primary sources, this is the most comprehensive treatment of the Klan and its relationship to post-Civil War Reconstruction. Includes narrative research on other night-riding groups. Details close link between Klan and late 19th century and early 20th century Democratic Party.
  • Truman, Margaret. Harry S. Truman. New York: William Morrow and Co. (1973).
  • Wade, Wyn Craig. The Fiery Cross: The Ku Klux Klan in America. New York: Simon and Schuster (1987).
An unsympathetic account of both Klans, with a dedication to "my Kentucky grandmother ... a fierce and steadfast Radical Republican from the wane of Reconstruction until her death nearly a century later."

[Sunting] Bacaan lanjutan

  • Kathleen M. Blee, Women of the Klan, University of California Press, 1992, ISBN 0520078764

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com