Bandar DiRaja
From Wikipedia
Bandar DiRaja adalah merupakan bandar kedua terpenting selepas bandar atau bandar raya yang menjadi ibu negeri bagi negeri-negeri yang diperintah oleh Raja atau Sultan. Namun bagi negeri-negeri Kelantan dan Terengganu, ibu negeri adalah juga merupakan Bandar DiRaja.
Majlis-majlis rasmi seperti sambutan Hari Keputeraan, Pemasyhuran, Sambutan Tetamu Negeri dan pelbagai upacara yang melibatkan Raja atau Sultan dijalankan di Bandar DiRaja. Bagaimana pun, ini hanyalah merupakan kebiasaan, tetapi tidak semestinya begitu. Sultan dan Raja juga biasanya menetap di sini.
[Sunting] Senarai Negeri dan Bandar DiRaja
- Perlis Indera Kayangan: Arau
- Kedah Darul Aman: Anak Bukit
- Perak Darul Ridzuan: Kuala Kangsar
- Selangor Darul Ehsan: Bandar Klang
- Negeri Sembilan Darul Khusus: Seri Menanti
- Johor Darul Ta'zim: Bandar Maharani (Muar)
- Pahang Darul Makmur: Pekan
- Terengganu Darul Iman: Bandar Kuala Terengganu
- Kelantan Darul Naim: Kota Bharu