Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
George W. Bush - Wikipedia

George W. Bush

From Wikipedia

George Wallace Bush
Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke-43
Tempoh khidmat 20 Januari 2001–kini
Timbalan Naib Presiden Richard Bruce Cheney
Menurut William Jefferson Clinton
Pengganti
Parti politik Parti Republikan
Tarikh lahir 6 Julai 1946
Tempat lahir New Haven, Connecticut
Tarikh kematian
Tempat kematian
Pekerjaan Peniaga
Agama
Pasangan Wanita Pertama Laura Welch Bush

George Walker Bush (lahir 6 Julai 1946) ialah Presiden Amerika Syarikat ke-43. Dilantik sejak tahun 2001, beliau kini dalam tempoh perjawatan presiden kedua yang tamat pada 20 Januari 2009.

Bush adalah anak kepada George H. W. Bush, Presiden Amerika Syarikat ke-41, serta abang kepada Jeb Bush, gabenor Florida terkini, dan cucu lelaki kepada Prescott Bush, bekas Senator Amerika Syarikat. Beliau juga merupakan orang yang kedua menjadi presiden menurut jejak bapanya, selepas John Quincy Adams (presiden keenam) yang merupakan anak kepada John Adams, (presiden kedua).

Seorang ahli bagi Parti Republikan, Bush dipilih sebagai gabenor Texas ke-46 pada tahun 1994, dan kemudian dipilih semula pada tahun 1998. Beliau memenangi pencalonan Parti Republikan untuk pertandingan presiden pada tahun 2000 dan akhirnya menewaskan Al Gore, Naib Presiden Demokratik, selepas keputusan pilihan raya yang amat rapat itu dipertikaikan dan dibawa ke Mahkamah Agung: Bush lawan Gore. Pada tahun 2004, Bush dipilih sekali lagi untuk tempoh perjawatan presiden yang kedua selepas menewaskan John Kerry, Senator Demokrat yang lebih muda dari Massachusetts.

[Sunting] Pentadbiran Penggal Kedua

Pengundi Amerika Syarikat menunjukkan kepercayaan mereka kepada George W. Bush dengan melantik beliau semula sebagai Presiden Amerika Syarikat untuk penggal kedua. Beliau mendapat 3% lebih banyak undi popular berbanding dengan pencabar beliau John Kerry, seorang senator Parti Demokrat. Kejayaan ini dibuat walaupun terdapat beberapa pergerakan besar untuk mencemarkan kewibawaan George W. Bush selaku Presiden, umpamanya dengan penayangan filem Fahrenheit 911 oleh Michael Moore.

Pentadbiran kedua George W. Bush masih dihantui oleh pemberontakan di Iraq dan Afghanistan. Bilangan askar yang menjadi korban perang di Iraq kian meningkat dan kesabaran dan kebolehterimaan rakyat Amerika makin tercabar. Sehingga awal Ogos 2006, lebih 2,500 orang askar sudah menjadi korban perang di Iraq dan keadaan masih belum selamat untuk membolehkan askar Amerika ditarik keluar.

[Sunting] Hurikan Katrina

Superdome dan kawasan sekitar selepas dilanda Hurikan Katrina
Besarkan
Superdome dan kawasan sekitar selepas dilanda Hurikan Katrina

Dalam penghujung bulan Ogos 2005, Hurikan Katrina melanda negeri-negeri yang menyisir Teluk Mexico dengan negeri Louisiana menghadapi bencana paling teruk. Gabenor Louisiana dari awal lagi meminta bantuan daripada Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan (Federal Emergency Management Agency FEMA), Pengarah FEMA lambat mengambil tindakan menyebabkan ratusan ribu rakyat Louisiana menghadapi masalah mendapatkan tempat perlindungan.

Pihak berkuasa Tempatan dan pihak pentadbiran persekutuan sama-sama diberikan kritikan hebat kerana tidak menangani bencana dengan baik. Bantuan yang diberikan dilihat sebagai tidak mencukupi dan tidak teratur. Pemimpin daripada Parti Republikan dan parti Demokrat bersama-sama mengecam Presiden Bush kerana melantik Michael D. Brown ke jawatan Pengarah FEMA. Michael D. Brown dilihat sebagai tidak kompeten dan telah lambat mengambil tindakan untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa hurikan.

Dalam hari-hari pertama berikutan Hurikan Katrina, Presiden Bush menafikan bahawa beliau dimaklumkan ataupun diberikan amaran mengenai kemungkinan air banjir melimpah melepasi benteng yang melindungi New Orleans dari ancaman Sungai Mississippi. Penafian ini dibuat walaupun Max Mayfield jelas memberikan amaran banjir kepada Presiden Bush semasa taklimat melalui sidang video Presiden pada 28 Ogos. Para pengkritik mengatakan Presiden Bush tidak memberikan gambaran sebenar peranan yang dimainkan oleh pentadbiran beliau dalam menangani kejanggalan dalam tindakan bantuan selepas Hurikan Katrina melanda. Presiden Bush mengisytiharkan keadaan kecemasan 2 hari sebelum hurikan Katrina melanda Louisiana, Alabama dan Mississippi.

Selepas Hurikan Katrina melanda New Orleans dan dilanda banjir, barulah Presiden Bush mengerahkan pergerakan unit-unit Pengawal Pantai dan Pengawal Kebangsaan untuk membantu 60,000 orang yang terkandas di New Orleans. Tindakan ini diambil hanya setelah berita televisyen secara meluas menyiarkan keadaan kelam kabut dan kemudaratan yang dialami oleh penduduk New Orleans.

Banyak pihak melihat bahawa kekurangan tindak balas dan bantuan daripada kerajaan pusat adalah disebabkan oleh aliran keluar sumber dan kewangan disebabkan oleh perang Iraq. Ini menyebabkan kekurangan tenaga tentera untuk dikerahkan membantu mangsa hurikan di New Orleans dan bandar-bandar lain dan kurang upaya kerajaan pusat menghulurkan bantuan kewangan kerana jumlah perbelanjaan yang diperlukan untuk Perang Iraq amat tinggi .

Hurikan Katrina menunjukkan kepada rakyat Amerika Syarikat bahawa George W. Bush bukanlah seorang Presiden yang tegas dan berkesan sebagaimana yang diharapkan. Ada pihak yang membidas Presiden Bush kerana sikapnya memperlihatkan jurang ekonomi yang jelas di antara ras kulit putih dan kulit hitam di Amerika.




Presiden-presiden Amerika Syarikat U.S. presidential seal
Washington • J Adams • Jefferson • Madison • Monroe • JQ Adams • Jackson • Van Buren • W Harrison • Tyler • Polk • Taylor • Fillmore • Pierce • Buchanan • Lincoln • A Johnson • Grant • Hayes • Garfield • Arthur • Cleveland • B Harrison • Cleveland • McKinley • T Roosevelt • Taft • Wilson • Harding • Coolidge • Hoover • F Roosevelt • Truman • Eisenhower • Kennedy • L Johnson • Nixon • Ford • Carter • Reagan • GHW Bush • Clinton • GW Bush



Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com