Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Barbados - Wikipedia

Barbados

From Wikipedia

Templat:Infobox Country (Barbados)

Barbados adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di persempadan Laut Caribbean dan Lautan Atlantik. Merangkumi satu daripada gugusan pulau-pulau Lesser Antilles, Barbados terletak di bahagian sebelah timur gugusan tersebut.

Barbados masyhur dengan industri pelancongannya dan dikenali sebagai "Little England" atau England Kecil kepulauan Caribbean. Ini adalah kerana pengaruh Britain yang kuat di pulau ini. Pulau Barbados terletak 2585km (1610 batu) tenggara Miami, Florida di Amerika Syarikat and 860km (535 batu) dari Caracas, Venezuela.

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Artikel utama: Sejarah Barbados

Penduduk asal pulau ini adalah suatu puak yang dipanggil Arawak Indian. Puak ini kemudiannya dihalau oleh puak Carib Indian pada awal abad ke-14. Pada awal abad ke-15 penakluk dari Sepanyol tiba di Barbados dan telah mengambil puak Carib menjadi hamba abdi. Akibatnya, saki-baki puak ini telah berpindah ke pulau-pulau yang berdekatan.

Penjelajah Portugal, Pedro a Campos telah berhenti dipulau ini pada tahun 1536 sewaktu perjalanannya ke Brazil. Beliau telah menamakan pulau ini Los Barbados ('mereka yang berjanggut'), mungkin setelah melihat pohon 'fig' di pulau ini, yang mempunyai akar bergantungan yang panjang berjuntai seperti janggut.

Barbados merupakan pulau yang lengang sebelum rakyat British mula menetap disini pada tahun 1627. Kapten John Powell mendarat di Barbados pada 1625 dan mengishtiharkan pulau ini sebagai jajahan British. Dua tahun kemudian, abangnya Kapten Henry Powell mendarat dengan 80 peneroka dan 10 hamba abdi. Kumpulan tersebut telah menubuhkan penempatan Eropah yang pertama di Jamestown, di pantai Barat dan sekarang dikenali sebagai Holetown. Pada akhir tahun 1628 penduduk koloni ini bertambah menjadi 2000 orang.

Selang beberapa tahun, penjajah telah menerangkan kebanyakan hutan belentaranya dan menanam tembakau dan kapas. Pada 1640an mereka menanam semula ladang-ladang ini dengan tebu. Ladang-ladang mereka, merupakan ladang tebu terbesar di kepulauan Caribbean, dan pengeluaran gula menghasilkan untung yang amat lumayan bagi penanam dan peneroka di Barbados. Oleh kerana permintaan gula yang tinggi, hamba-hamba abdi telah dibawa dari benua Afrika dan dikerjakan di ladang-ladang gula yang wujud hingga tahun 1834 apabila sistem perhambaan dihapuskan. Namun ekonomi Barbados masih bergantung kepada gula, "rum" dan "molasses" hingga ke kurun 20.

Pada 1639, peneroka di pulau ini telah membentuk Perhimpunan Legislatif, iaitu parlimen kedua yang ditubuhkan dalam jajahan British selepas Bermuda. Selama ini rakyat Barbados setia kepada Raja dan selepas Raja Charles I dipancung pada 1649, Oliver Cromwell, Perdana Menteri Britain telah menghantar tenteranya ke Barbados untuk mendapat pengiktirafan mereka. Tenteranya tiba pada 1651 dan setahun kemudian 'Articles of Capitulation' telah ditandatangani, yang merupakan asas "Piagam Barbados". Piagam ini menjamin kerajaan Barbados diketuai oleh seorang gabenor, perwakilan yang bebas , dan kebebasan dari cukai tanpa kebenaran pihak tempatan. Bila sistem Raja dikembalikan pada 1660, Piagam ini telah memberi kebebasan yang lebih kepada penduduk disini.

Diskriminasi kaum amat berleluasa di pulau ini. Walaupun sistem hamba abdi telah dilupuskan pada 1834, masih ramai hamba abdi yang lebih selesa tinggal di ladang. Kaum kulit hitam yang enggan menjadi hamba, terpaksa tinggal di kawasan-kawasan setinggan. Sewaktu Kemelesatan Besar melanda dunia pada 1930an, pengangguran bertambah dan keadaan hidup menjadi semakin meruncing hingga tercetusnya huru-hara di kepulauan ini. Untuk mengatasi ketidakstabilan politik, pihak British terpaksa beralah dengan pihak reformasi berkulit hitam dan melibatkan mereka kedalam proses politik negara. Salah seorang dari mereka adalah, Grantley Adams, yang sedekad kemudian telah dilantik sebagai Perdana Menteri Barbados yang pertama.

Barbados telah mencapai status kerajaan dalaman sendiri pada 1961 dan mencapai kemerdekaan pada 1966. Selepas Perang Dunia II industri gula mula menurun, manakala sektor pelancongan telah meningkat naik. Pada awal 1990an pelancongan telah menjadi sektor terbesar di Barbados.

[Sunting] Politik

Ratu Barbados adalah Ratu Elizabeth II, yang lebih dikenali sebagai Ratu United Kingdom. Beliau adalah ketua negara Barbados dan diwakili oleh seorang Gabenor General. Di Barbados, Ratu Elizabeth dikenali sebagai "By the Grace of God, Queen of Barbados and of Her other Realms and Territories, Head of the Commonwealth." (Dengan Rahmat Tuhan, Ratu Barbados dan segala wilayah dan jajahannya, ketua persatuan Komanwel).

Namun, kuasa eksekutif masih terletak di tangan Perdana Menteri dan kabinetnya. Perdana Menteri lazimnya adalah seorang ketua parti politik yang menang dalam pilihan raya untuk "House of Assembly" atau Dewan Rakyat yang mempunyai 30 buah kerusi. Ahlinya dipilih setiap 5 tahun. Ahli Senat atau Dewan Negara berjumlah 21 orang dan dilantik oleh Gabenor Jeneral. Dari jumlah tersebut, 12 ahli adalah dilantik atas nasihat Perdana Menteri, 2 atas nasihat Ketua Pembangkang dan 7 dipilih oleh Gabenor Jeneral.

[Sunting] Kariah

Artikel utama: Kariah di Barbados

Barbados terbahagi kepada 11 kariah atau parishes:

  • Christ Church
  • Saint Andrew
  • Saint George
  • Saint James
  • Saint John
  • Saint Joseph
  • Saint Lucy
  • Saint Michael
  • Saint Peter
  • Saint Philip
  • Saint Thomas

[Sunting] Geografi

Barbados merupakan sebuah pulau yang agak datar yang semakin mencuram di kawasan central highland dengan puncak tertinggi di Gunung Hillaby (336 m). Pulau ini beriklim tropikal , dengan musim hujan di antara bulan Jun dan Oktober. Musim keringnya pula adalah antara bulan Februari dan Mei. Ibunegerinya adalah Bridgetown. Bandar-bandar utama yang lain termasuklah Holetown dan Speightstown.

[Sunting] Ekonomi

Sejak dahulu, ekonomi Barbados bergantung pada penanaman tebu dan aktiviti berkaitan, tetapi beberapa tahun yang lalu ia telah menerokai sektor pengeluaran dan pelancongan. Kewangan Persisiran Pantai dan perkhidmatan maklumat merupakan punca tukaran wang asing yang utama, dan juga sektor pengeluaran ringan. Kerajaan sentiasa berusaha untuk mengurangkan kadar pengangguran, menggalakkan pelaburan asing, dan syarikat swasta masih dimilikki oleh syarikat milik kerajaan. Ekonominya telah menguncup pada 2001 disebabkan kelembaban di dalam perbelanjaan pelancungan dan pengguna.

[Sunting] Demografi

Lebih 90% rakyat Barbados (dikenali juga sebagai Bajan) adalah berkulit hitam, dan kebanyakkan mereka adalah keturunan hamba abdi yang bekerja di ladang-ladang gula. Penduduk-penduduk yang lain adalah orang Eropah dan Asia. Bahasa rasmi Barbados adalah Inggeris dan kebanyakkan rakyatnya beragama Kristian aliran Protestan (Gereja Anglikan). Namun agama Katolik, Hindu dan Islam juga diamalkan oleh segelintir rakyat Barbados.

[Sunting] Budaya

Pengaruh English sangat ketara di Barbados berbanding dengan kepulauan lain di West Indies. Salah satu contoh ialah sukan kebangsaannya: cricket. Barbados telah melahirkan ramai pemain kriket terkenal, termasuklah Garfield Sobers dan Frank Worrell.


Lihat juga:

  • Muzik Barbados

[Sunting] Topik-topik yang lain

  • Komunikasi di Barbados
  • Transportation in Barbados
  • Ketenteraan di Barbados
  • Hubungan Luar di Barbados
  • Senarai tokoh dari Barbados
  • Masjid di Barbados

Kebanyakan bahan dalam artikel-artikel ini adalah dari laman web CIA World Factbook 2000 dan Jabatan Negara AS 2003.

[Sunting] Pautan luar



Lihat juga Daftar negara

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com