Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Cheng Ho - Wikipedia

Cheng Ho

From Wikipedia

Laksamana Cheng Ho (Wade-Giles: Cheng Ho; pinyin: Zhèng Hé; 鄭和) (1371 - 1435) merupakan pelaut dan pengembara China yang terkemuka. Dikenali juga sebagai Mah Po Sam, beliau mengetuai armada China sebanyak tujuh kali ke tiga puluh buah negara di serata alam Melayu, Asia Selatan dan Timur Tengah. Pelayarannya telah dirakamkan dalam karya "Sida-sida Sanbao ke Lautan Barat" (三保太監下西洋) atau "Zheng He ke Lautan Barat".

Cheng Ho yang diutuskan ke Melaka menganuti agama Islam.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Riwayat Hidup

Cheng Ho merupakan seorang sida-sida (eunuch) "dikasi", yang bertugas sebagai penasihat rapat kepada Yongle, Maharaja China (memerintah 1403 - 1424), maharaja Dinasti Ming yang ketiga. Nama asalnya adalah Ma Sanbao (馬 三保), dan berasal dari daerah Yunnan. Gelaran Cheng Ho diberikan oleh Maharaja. Misinya membuktikan kehebatan dan keupayaan pengurusan dan teknologi, tetapi tidak membawa kepada perdagangan yang besar. Ini disebabkan Cheng Ho merupakan seorang laksamana dan pegawai, bukannya pedagang.

Shen Du (沈度 shen3 du4), Zirafah dibawa balik dari Afrika pada tahun ke dua belas Yongle (1414 AD)
Shen Du (沈度 shen3 du4), Zirafah dibawa balik dari Afrika pada tahun ke dua belas Yongle (1414 AD)

Pada tahun 1424 Maharaja Yongle mangkat. Penggantinya, Hongxi (memerintah 1424 - 1425), memutuskan untuk mengurangkan pengaruh eunuchs di istana. Cheng Ho melakukan satu lagi pelayaran dibawah Maharaja Xuande (memerintah 1426 - 1435), tetapi selepas itu pelayaran kapal harta karun China berakhir.

[Sunting] Pelayaran

"Lautan Barat" merujuk kepada tempat di Asia dan Afrika yang dilawati Laksamana Cheng Ho, termasuk:

Jumlah pelayarannya pelbagai bergantung kepada kaedah pembahagian, tetapi dia mengembara sekurang-kurangnya sebanyak tujuh kali ke "Lautan Barat" dengan armadanya. Armadanya termasuk 30,000 orang dan tujuh puluh kapal pada kemuncak penjelajahannya. Dia membawa balik banyak tropi dan wakil dari tiga puluh kerajaan ke China — termasuk Raja Alagonakkara dari Sri Lanka, yang datang ke China untuk bertemu Maharaja.

Majalah Life menempatkan kedudukan Cheng Ho sebagai tokoh yang ke-14 penting pada masa milenium yang lalu.

[Sunting] Ikatan sejarah Empayar China Akhir

Salah satu kepercayaan popular adalah selepas pengembaraan Cheng Ho, China telah berpaling daripada penjelajahan laut dan melalui tempoh beku teknologi. Sudut pandangan sejarah sebegini telah digunakan dalam menyokong pendapat mengenai pelaburan ke dalam penjelajahan angkasa. Walaupun pakar sejarah seperti John Fairbanks dan Joseph Needham mempopularkan pandangan sebegini pada 1950an, kebanyakan pakar sejara China kini mempersoalkan ketepatannya. Mereka menunjukkan bahawa perdagangan laut China tidak terhenti selepas pelayaran Cheng Ho tamat, dan China kekal mengawal perdagangan Asia Tenggara sehingga abad ke-19 dan perdagangan China dengan India dan Afrika Timur kekal aktif lama selepas tempoh masa Cheng Ho. Walaupun Dinasti Ming pernah mengharamkan pelayaran dengan Hai jin untuk beberapa abad, mereka akhirnya membatalkan pengharaman tersebut.

Bagaimanapun, usaha tentera laut Ming merosot dengan mengejut selepas pelayaran Cheng Ho. Bermula pada awal abad ke 15 negara China mengalami tekanan yang meningkat dari kaum Mongol yang melanda dari utara. Sebagai pengakuan ke atas kesedaran ini dan kemungkinannya untuk berada lebih hampir dengan pengkalan kuasa sejarah keluarganya, Maharaha Yongle memindahkan ibu negara utara dari Nanjing ke Beijing pada 1421. Dari ibu negara baru ini beliau boleh mengawasi secara langsung usaha untuk mempertahankan perbatasan utara. Dengan kos pembiayaan yang besar, negara China melancarkan ekspedisi ketenteraan tahunan dari Beijing untuk melemahkan orang-orang Mongol. Kos yang diperlukan untuk kempen ini bertanding secara langsung dengan tabung yang diperlukan untuk meneruskan penjelajahan laut.

Pada tahun 1449 pasukan berkuda Mongol menyerang hendap ekspedisi darat yang diketuai secara langsung oleh Maharaja Zhengtong kurang dari sehari perjalanan dari tembok ibu kota. Tentera Mongol menghapuskan tentera Chinese dan berjaya menangkap Maharaja. Pertempuran ini menghasilkan dua kesan. Kesan pertama, ia membuktikan dengan jelas ancaman yang diberikan oleh orang-orang nomad utara. Keduanya adalah krisis politik di China yang berlaku apabila orang-orang Mongol hanya membebaskan Zhengtong selepas saudara tirinya telah melantik dirinya sebagai Maharaja baru Jingtai. Hanya selepas tahun 1457 barulah politik China kembali stabil apabila maharaja Zhengtong berjaya merampas kembali takhtanya. Selepas kembali berkuasa, China meninggalkan strategi ekspedisi darat tahunannya dan sebaliknya melaksanakan usaha menyambung Tembok Besar Negara China secara besar-besaran yang menelan belanja yang mahal. Dengan keadaan sebegini, sumber kewangan untuk ekspedisi laut makin berkurangan.

Lebih asas lagi, tidak seperti ekspedisi negara-negara Eropah, ekspedisi tentera laut China kelihatannya gagal dalam jangka masa panjang (sekurang-kurangnya pada kaca mata penentuan ekonomi) kerana pelayaran tersebut ketiadaan motif ekonomi. Pelayaran-pelayaran tersebut dilakukan bertujuan meningkatkan lagi kemasyhuran maharaja dan kos ekspedisi dan hadiah balas kepada raja-raja asing melebihi ufti yang diterima. Dengan itu, apabila kewangan negara China berhadapan dengan masalah (yang serupa dengan semua kewangan kerajaan medieval akhirnya), pembiayaan untuk tentera laut lesap begitu sahaja. Berbeza dengan misi eropah pada abad ke 16, kebanyakan penjelajah eropah mendapat keuntungan daripada perdagangan yang terhasil dan dari perampasan tanah / sumber pribumi untuk menjadi bebas dari keadaan kewangan negara asal.

[Sunting] Gema Budaya

Teori kontrovesi terkini yang dikemukakan oleh Gavin Menzies (lihat buku 1421 dicatatkan di bawah 'Bacaan Lanjut' di bawah) mencadangkan bahawa Cheng Ho mengelilingi dunia dan menjumpai Amerika pada abad ke 15 sebelum Ferdinand Magellan dan Christopher Columbus. Teori ini tidak mendapat sokongan dikalangan pakar sejarah (lihat juga: Dokumentasi Sung).

Masyarakat pelayar angkasa "Qeng Ho" dalam novel fiksyen sains A Fire Upon the Deep oleh Vernor Vinge dan A Deepness in the Sky merujuk kepada nama Cheng Ho.

Pengembaraan laksamana Cheng Ho berkemungkinan mencetuskan penulisan cerita Sinbad pada masa berikutnya.

[Sunting] Lihat juga

  • Zhang Qian
  • Faxian
  • Xuanzang

[Sunting] Bacaan lanjut

  • Louis Levathes, When China Ruled the Seas: The Treasure Fleet of the Dragon Throne, 1405-1433, Oxford University Press, 1997, trade paperback, ISBN 0195112075
  • Gavin Menzies, 1421: The Year the Chinese Discovered the World, Morrow/Avon, 2003, hardcover 576 pages, ISBN 0060537639; knowledgeable experts consider this book, in so far as it relates to the Chinese discovery of America, to lack factual foundation; Review of 1421 by a science editor at the New York Times

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com