Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Benito Mussolini - Wikipedia

Benito Mussolini

From Wikipedia

Benito Mussolini
frames
Jawatan Perdana Menteri Itali
Tempoh khidmat 31 Oktober 1922
25 Julai 1943
Timbalan
Menurut Luigi Facta
Pengganti Pietro Badoglio
(Kerajaan tentera sementara)
Parti politik Parti Fasis Nasional
Tarikh lahir 29 Julai 1883
Tempat lahir Predappio, Forlì, Emilia-Romagna, Itali
Tarikh kematian 28 April 1945
Tempat kematian Giulino di Mezzegra, Itali
Pekerjaan Wartawan
Agama mungkin ateis,[1][2] bagaimanapun dibaptiskan sebagai Roman Katolik pada 1927
Pasangan Rachele Mussolini

Benito Amilcare Andrea Mussolini (29 Julai 188328 April 1945) adalah diktator fahaman fasis Itali dari tahun 1922 hingga penggulingannya pada tahun 1943. Beliau kemudian menjadi sekutu rapat kepada diktator Jerman, Adolf Hitler, yang beliau mengaruhi. Mussolini menyertai perang dan memihak Jerman Nazi pada bulan Jun 1940. Tiga tahun kemudian, Pihak Berikat menyerang Itali. Pada bulan April 1945, Mussolini mencuba melarikan diri ke Switzerland, tetapi ditangkap dan dihukum mati oleh unit-unit Tentangan Komunis.


[Sunting] Tahun-tahun awal

Mussolini dilahirkan di desa Dovia di Predappio dalam provinsi Forlì di Emilia-Romagna. Beliau dinamakan Benito sempena Presiden Benito Juarez, seorang reformis Mexico; perkataan Andrea dan Amilcare adalah daripada ahli-ahli sosialis Itali Andrea Costa, dan Amilcare Cipriani. Ibunya, Rosa Maltoni, seorang guru yang mempercayai bahawa pendidikan adalah sangat penting, manakala ayahnya, Alessandro, seorang tukang besi, sentiasa menggalakkan Benito mengingkari pihak berkuasa (selain daripada kewibawaannya). Beliau sangat menyayangi ayahnya tetapi malangnya, kasih sayangnya tidak pernah dibalas. Serupa dengan ayahnya yang merupakan ahli Sosialis Antarabangsa pertama, Benito kemudian menjadi seorang penyokong Sosialisme.

Mussolini tidak pernah dibaptiskan semasa kanak-kanak. Ketika berumur lapan tahun, beliau diharamkan daripada gereja ibunya kerana mencubit orang-orang lain di kerusi panjang gereja dan membalingkan batu pada mereka di luar bangunan gereja selepas sembahyang. Mussolini kemudian dihantar ke sebuah sekolah berasrama pada tahun itu dan ketika berumur 11 tahun, dibuang sekolah kerana menikam seorang murid sedarjah pada tangannya, serta kerana melontarkan bekas dakwat pada seorang guru. Bagaimanapun, beliau memperoleh keputusan yang baik dalam peperiksaan dan melayakkan diri sebagai seorang guru lelaki sekolah rendah pada tahun 1901.

Pada tahun 1902, Mussolini berhijrah ke Switzerland untuk mengelakkan perkhidmatan tentera. Disebabkan beliau tidak dapat mencari pekerjaan yang tetap di sana, beliau ditangkap kerana hidup bergelandangan dan dipenjarakan selama semalam. Kemudian selepas terlibat dalam gerakan sosialis, beliau diusir dan pulang ke Itali untuk menjalani perkhidmatan tentera. Mussolini kembali ke Switzerland dengan segera dan nasib baik, percubaan pengusiran yang kedua dapat dihentikan ketika ahli-ahli parlimen sosialis Switzerland mengadakan perdebatan kecemasan untuk membincangkan perlakuannya.

Pada Februari 1909, satu pekerjaan telah dicari untuk Mussolini di bandar raya Trento yang merupakan kawasan etnik Itali, tetapi ketika itu di bawah kuasa Austria-Hungary. Di sana, beliau menjalankan kerja pejabat untuk parti sosialis tempatan dan menyunting surat beritanya, L'Avvenire del Lavoratore ("Masa depan pekerja"). Tidak lama kemudian, beliau membuat perhubungan dengan Cesare Battisti, seorang wartawan serta ahli politik sosialisme dan iredentisme (doktrin yang mengatakan bahawa sesuatu kawasan harus dikuasai oleh mereka yang berkait secara etnik atau sejarah dengan kawasan itu). Mussolini bersetuju untuk menulis dan menyunting surat berita parti politiknya, Il Popolo ("Si Rakyat"), selain daripada bertugas untuk parti tersebut. Untuk terbitan Battisti, Mussolini menulis sebuah novel, Claudia Particella, l'amante del cardinale, yang diterbitkan dalam bentuk siri pada tahun 1910. Beliau kemudian mengatakan bahawa novel itu ditulis semata-mata untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa agama. Novel itu telah diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "Perempuan Simpanan Kardinal" (The Cardinal's Mistress). Pada tahun 1915, Mussolini melahirkan seorang anak lelaki dengan Ida Dalser, seorang wanita yang berasal dari desa Sopramonte yang terletak berhampiran dengan Trento. [3]

Bagaimanapun, apabila novelnya diterbitkan dalam Il Popolo, Mussolini telah kembali ke Itali. Gaya polemiknya dan keingkarannya yang semakin bertambah terhadap pihak berkuasa Diraja serta anti dasar kepaderiannya menyebabkan beliau akhirnya diusir pada lewat September. Selepas kepulangannya ke Itali (disebabkan oleh sakit dan kematian ibunya), beliau menyertai Avanti! ("Mara!"), alat sebaran utama parti sosialis, sebagai kakitangannya. [4] Adik lelakinya, Arnaldo, kemudian menjadi penyunting Il Popolo d'Italia, surat berita rasmi Parti Fasis Benito Mussolini (November 1922).

[Sunting] Rujukan

  1. http://www.users.globalnet.co.uk/~semp/facistitaly.htm John Pollard (1998). "Musuh-musuh Mussolini: Had-had Pujaan Tokoh di Itali Fasis", Sudut Pandangan Baru 4(2).]
  2. Manhattan, Avro (1949). “Bab 9: Itali, Vatikan dan Fasisme”, The Vatican in World Politics. URL dicapai pada 2006-06-28.
  3. http://www.fpp.co.uk/History/Mussolini/first_wife.html
  4. Ucapan oleh Vladimir Lenin: Sapaan kepada Parti Sosialis Itali

[Sunting] Pautan luar

Carilah maklumat lanjut di Benito Mussolini
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

   Takrif kamus dari Wiktionary
   Buku teks dari Wikibooks
   Petikan dari Wikiquote
   Teks sumber dari Wikisource
   Imej dan media dari Commons
   Berita dari Wikinews

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com