Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Angela Merkel - Wikipedia

Angela Merkel

From Wikipedia

Angela Merkel
Jawatan Canselor Jerman ke-34
Tempoh khidmat sejak 22 November 2005
Timbalan
Menurut Gerhard Schröder
Pengganti
Parti politik Demokratik Kristian Bersepadu (CDU}
Tarikh lahir 17 Julai 1954
Tempat lahir Hamburg, Jerman
Tarikh kematian
Tempat kematian
Pekerjaan
Agama Protestan
Pasangan Profesor Joachim Sauer

Angela Dorothea Merkel (dilahirkan dengan nama Angela Dorothe Kasner pada 17 Julai 1954) adalah Canselor Jerman saat ini.

Dilahirkan di Hamburg, Merkel pindah dan dibesarkan di Templin, Brandenburg yang terletak di dalam bekas Jerman Timur sewaktu berusia beberapa bulan. Ini disebabkan ayahnya iaitu seorang pendeta dipindahkan tugasnya ke situ. Beliau kemudian dibesarkan dalam tradisi Jerman Timur termasuk ketika Tembok Berlin didirikan pada Mei 1961. Sejak kecil bakatnya menonjol dalam bidang fizik, matematik, dan bahasa. Setelah tamat sekolah menengah, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah 1973-1978) untuk bidang Teori Fizik di Universiti Leipzig. Gelaran Doktornya (Dr. rer.nat, PhD) diperoleh pada tahun 1986 dengan thesisnya tentang Pemecutan partikel dengan hidrokarbon sederhana.

Pada tahun 1989, beliau terlibat dalam gerakan demokrasi. Seiring dengan runtuhnya Tembok Berlin, Merkel kemudian memperoleh pekerjaan dengan Jabatan Penerangan dan ia menjadi ahli kepada Parti Demokratik Kristian Bersepadu(CDU: Christlich Demokratische Union Deutschlands yang konservatif beberapa bulan sebelum penggabungan Jerman terwujud. Turunnya Canselor Helmut Kohl sekaligus sebagai Ketua CDU menjadikan kerjaya politiknya semakin bersinar.

Dalam tahun 1991-1994, Merkel menjawat jawatan "Menteri Wanita dan Pemuda". Selepas itu (1994-1998), sebagai "Menteri Alam Sekitar dan Keselamatan Reaktor Nuklear" dalam kabinet Canselor Helmut Kohl. Kemudian beliau menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agung CDU. Selanjutnya sebagai Ketua CDU. Beliau telah mencatatkan beberapa rekod, seperti perempuan pertama yang memimpin CDU dan penganut fahaman Protestan di tengah majoriti anggota parti yang Katholik.

Kekalahan Parti Demokratik Sosial (SPD) pimpinan Canselor Gerhard Schröder pada pilihanraya umum negeri ketika bulan Mei 2005 di North Rhine-Westphalia yang merupakan pendukung tradisional SPD membuat langkah Schroeder meminta pelaksanaan pilihanraya umum persekutuan. Presiden Horst Kohler kemudian membubarkan kabinet pada bulan Juli 2005 dan diputuskan pilihanraya umum diadakan pada 18 September 2005. Pada pilihanraya umum itu, CDU meraih 226 kerusi parlimen dan sebanyak 222 kerusi diraih oleh SPD. Kedua parti ini kemudian sepakat membangun kerajaan gabungan besar (Große Koalition).

Setelah memenangi undian di Bundestag (Parlimen Jerman) pada 22 November 2005, beliau secara rasmi menjawat jawatan sebagai Canselor Jerman. Dari 614 suara, beliau meraih 397 suara menyokong, berbanding 202 suara menolak dan 12 tidak mengundi. Dengan kemenangan tersebut, beliau tercatat sebagai pemimpin kerajaan Jerman yang kelapan sejak berakhirnya Perang Dunia II. Beliau menggantikan Gerhard Schroeder yang tujuh tahun berkuasa bersama SPD dan Parti Hijau (Greens).


[Sunting] Peribadi

Merkel telah beberapa kali berkahwin. Perkawinannya dengan ahli fizik Ulrich Merkel berakhir tahun 1981. Juga perkahwinan keduanya dengan ahli kimia gagal pada tahun 1983. Perkahwinan ketiganya baru dilakukan setelah ia hidup bersama selama lebih dari satu dekad dengan Profesor Joachim Sauer yang seorang ahli kimia di Humboldt University (Berlin). Perkahwinan itu dilakukan setelah seorang kardinal konservatif mengkritik gaya hidupnya yang sukar diterima di dalam partinya yang konservatif dan mementingkan nilai-nilai kekeluargaan dan perkahwinan. "Kami telah berkahwin," demikian bunyi sebuah iklan kecil di akhbar harian Frankfurter Allgemeine Zeitung bertarikh 30 Disember 1998. Tiada yang hadir dalam majlis tersebut, baik ibubapa mahupun para sahabatnya. "Yang penting adalah saya dan suami tahu itu terjadi," kata Merkel seperti dilaporkan oleh Reuters.


Penyandang Terdahulu Canselor Jerman Penyandang Kemudian
Gerhard Schröder Belum Ada

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com