Fizik
From Wikipedia
Fizik (dari Yunani dari φυσικός (phusikos): semulajadi, from φύσις (fysis): Alam semulajadi) adalah sains mengenai alam dalam bentuk am.
Fizik mengkaji tabiat dan interaksi antara jisim dan radiasi. Hukum fizik diluahkan sebagai persamaan matematik. Hukum ini mewakili usaha untuk mewujudkan kaitan antara data ujikaji berbeza. Kaedah saintifik pula mewakili usaha untuk menjelaskan hukum diperolehi dari ujikaji. Terdapat fahaman yang salah bahawa hukum fizik hanyalah teori mudah yang kita pasti.
Ini adalah salah. Sebagai contoh hukum Newton, hukum graviti merupakan hukum (ia melambangkan perhubungan kuantitif antara data berbeza), tetapi tiada penjelasan, jadi ia tidak dianggap teori. Bagaimanapun, teori Einstein mengenai "general relativity" adalah teori kerana ia cuba untuk melakukan lebih dari sekadar menyesuaikan data kepada perhubungan.
Fizik berkait rapat dengan sains tulen lain, terutamanya kimia, contohnya mengenai sains molekul dan sebatian kimia yang dihasilkan secara pukal. Kimia merangkumi banyak bidang fizik, terutamanya mekanik kuantum, termodinamik dan keelektromagnetan. Bagaimanapun, fenomena kimia cukup berbeza dan rumit sehinggakan kimia dianggap bidang yang berlainan.
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Bidang fizik
[Sunting] Teori fizik
Teori | Subtopik utama | Konsep |
Mekanik klasik | Hukum-Hukum Pergerakan Newton, Mekanik Lagrangian, Mekanik Hamiltonian, Kinematik, Statik, Dinamik, Teori Chaos, Mekanik bendalir, Mekanik kontinuum | Dimensi, Ruang, Masa, Pergerakan Panjang, Halaju, Jisim, Momentum, Daya, Tenaga, Momentum sudut, Tork Hukum Keabadian, Pengayun berharmoni, Gelombang, Kerja, Kuasa |
Elektromagnetik | Elektrostatik, Elektrodinamik, Elektrik, Magnet, Persamaan-persamaan Maxwell, Optik | Cas elektrik, Arus, Medan elektrik, Medan magnetik, Medan elektromagnetik, Radiasi elektromagnetik, Kutub magnetik |
Termodinamik dan Mekanik statistik | Enjin Haba, Teori Kinetik | Pemalar Boltzmann, Entropi, Tenaga Bebas, Haba, Fungsi Pemisahan, Suhu |
Mekanik kuantum | Formulasi kamiran arah, Scattering theory, Persamaan Schrödinger, Teori Medan Kuantum | Hamiltonian, Zarah Serupa, Pemalar Planck, Quantum entanglement, Pengayun Harmoni Kuantum, Fungsi gelombang, Tenaga Titik-sifar |
Teori kerelatifan | Kerelatifan khas, Kerelatifan am | Prinsip Kesamaan, Empat-momentum, Bingkai Rujukan, Masa-ruang, Kelajuan cahaya |