Kimia
From Wikipedia
Pada umumnya , ilmu kimia ialah salah satu cabang sains yang mengkaji komposisi dan perubahan yang berlaku dalam semua benda di dunia ini, termasuk benda hidup dan benda bukan hidup.Ringkasnya, pengkajian kimia merupakan pengkajian tentang jirim dan tenaga.
Kimia terbahagi kepada lima bahagian utama iaitu:
Jadual isi kandungan |
[Sunting] Sejarah Kimia
Perkataan kimia berasal daripada perkataan Arab ‘al-kimiya’.Orang Yunani ialah bangsa pertama yang cuba menjelaskan mengapa berlaku perubahan kimia terjadi.Mereka telah mengemukakan suatu teori bahawa semua bahan terdiri daripada empat unsur asa iaitu api, air, tanah, dan udara 2400 tahun dahulu kala.
Keempat-empat unsur asas ini dipercayai saling berkaitan dan mempunyai ciri-ciri tertentu seperti sejuk, panas, kering, dan lembap.Teori ini dikemukakan kerana keempat-empat unsur itu amat penting dalam kehidupan seharian mereka pada masa itu.
Pada masa yang sama, orang-orang Mesir ketika itu, telah mengetahui cara-cara pengekstrakan logam-logam seperti emas, perak, besi, tembaga, dan timah.Istilah kimia juga berasal dari Mesir yang bermaksud tanah hitam dari Sungai Nil dalam bahasa Arab.
Asas kimia moden bermula pada abad ke-16 dengan perkembangan ilmu metalurgi ialitu pengekstrakan logam daripada bijihnya yang dilakukan oleh seorang berbangsa Jerman iaitu George Bauer, serta penggunaan mineral dalam ilmu perubatan oleh seorang yang berbangsa Switzerland iaitu bernama Paracelsus.
Robert Boyle(1627 – 1691) seorang ahli sains Inggeris dianggap sebagai pengasas kimia moden. Beliaulah orang yang pertama yang menjalankan eksperimen untuk mengkaji kesahan sesuatu pendapat yang dikemukan.Robert Boyle menghasilkan buku ‘The Sceptical Chymist’.Buku ini menerangkan sifat-sifat berlainan bagi unsur, sebatian, dan campuran dengan jelas.
Kimia merupakan satu cabang ilmu sains yang mengkaji bahan yang terdapat di dalam alam semesta serta perubahan yang berlaku kea as bahan ini apabila berinteraksi antara satu sama lain.
Oleh itu , ilmu kimia amat luas, daripada mengkaji zarah-zarah asas dalam sesuatu bahan hingga bagaimana bahan ini bertindak balas menghasilkan bahan yang baru.
[Sunting] Kepentingan Kimia
Memandangkan bahan kimia begitu mempengaruhi kehidupan kita , maka bidang kimia sudah pasti menjadi satu bidang kerjaya yang amat penting.Ahli kimia diperlukan dalam bidang pemakanan, perubatan, pertanian, serta dalam industri pembuatan.
Tanpa disedari atau sebaliknya, bahan kimia digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian.Pakaian sutera atau kapas mahupun jaket nilon yang kita pakai semuanya dibuat daripada bahan kimia.
Bahan makanan kita juga terdiri daripada bahan kimia.Bahan kimia seperti glukosa dan sukrosa membekalkan tenaga kepada kita.
Industri kimia kian berkembang maju di Malaysia.Dalam pengeluaran minyak dan petrol, Malaysia merupakan Negara yang tersenarai sebagai Negara yang menjadi pengeluar utama di dunia.
Kegunaan bahan kimia akan terus meningkat dan manusia akan sentiasa memerlukan bahan baru.Di sinilah kimia memeainkan peranan untuk menghasilakn benda baru.
[Sunting] Asas
Teori atom adalah asas kimia. Teori tersebut menyatakan bahawa semua jisim terbentuk daripada unit-unit kecil yang dikenali sebagai atom. Salah satu dari Hukum pertama dijumpai yang menjurus kepada penubuhan Kimia sebagai sains adalah Hukum Keabadian Jisim. Hukum itu menegaskan bahawa tidak terdapat perubahan yang boleh dikesan dalam kuantiti jisim ketika tindak balas kimia biasa berlaku. Fizik Moden sekarang menjelaskan bahawa atom dan tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Secara kasarnya sekiranya kita bermula dengan 1001 atom dan melakukan banyak tindak balas kimia, kita masih berakhir dengan 1001 atom. Walaupun kita memulakan dengan sesuatu yang hijau dan berlendir dan berakhir dengan sesuatu yang keras dan hitam jumlah atom akan masih kekal.
Jisim juga sama sekiranya kita mengambil kira tenaga dibebaskan atau ditambah diambil kira. Ahli kimia mengkaji interaksi atom ini secara individual dan kadang kala dengan sebatian atom lain untuk membentuk ion dan molekul. Atom-atam ini bergabung dengan atom lain (contoh kayu terbakar adalah gabungan oksigen dari udara dengan atom karbon dan hidrogen dalam kayu dan mereka juga berinteraksi dengan cahaya (gambar terbentuk akibat perubahan kimia di atas filem yang disebabkan oleh cahaya) dan radiasi lain. Salah satu jumpaan awal yang menakjubkan adalah atom-atom ini sentiasa bergabung dalam ratio sekata: struktur pasir silika mempunyai ratio atom silika dengan oksigen pada 1 : 2. Kita sekarang mengetahui bahasa terdapat pengecualian kepada Hukum "Law of Definite Proportions " (litar sepadu "integrated circuits " adalah contoh yang baik.)
Satu lagi jumpaan penting dalam kimia adalah apabila perubahan berlaku, jumlah tenaga yang terhasil atau hilang sentiasa sama. Ini mendorong kepada konsep penting pada keseimbangan, thermodinamik, dan kinetik. Teori paling menarik yang menggambarkan semua kimia adalah Kuantum Mekanik. "Quantum Mechanics". Teori ini kompleks, susah difahami, dan sukar dimahiri. Kerap konsep yang lebih mudah digunakan untuk menjangka keputusan percubaan. Konsep ini (kimia asid/asas / acid/base chemistry) terhad skopnya tetapi lebih mudah difahami dan dipakai. Pelajar kolej biasanya mempelajari kimia dalam bidang berikut : Kimia Analisis, Kimia Fizik, Kimia Organik, Kimia Takorganik, Kimia Polimer, dan Biokimia. Sering kali penemuan kimia dibuat oleh pakar fizik, biologi, jurutera kimia atau farmasi.
- Kaedah saintifik
- Unis asas SI
- Atom
- Orbital
- Jadual berkala unsur kimia
- Isomer
- Alotrop
- Isotop
- Ion
- Konfigurasi elektron
[Sunting] Kimia dan interaksi
- Nama sistematik
- Formula kimia
- Ikatan kimia
- Polariti kimia
- Persamaan kimia
- Tindak balas kimia
- Kimia warna
[Sunting] Kimia Kuantitif
- unit mol
- Stoikiometri
- Thermokimia
- Hukum Hess
- Kalorimetri
[Sunting] Bentuk Jisim
- Teori kinetik gas
- Larutan
- Kepekatan larutan
- Kelarutan
[Sunting] Asid dan Bes
- Teori tindak balas Asid-bes
- Asid kuat
- Asid lemah
- pH dan kekuatan asid
- Pengionan Air
- Penimbal
- Tindak balas Redoks
[Sunting] Kinetik dan Termodinamik
- Kimia kinetik
- Kimia Nuklear
- Biokimia
[Sunting] Sejarah kimia
- Alchemy
- Penemuan unsur kimia
- Garis masa penemuan unsur kimia
- Hadian Nobel untuk kimia
[Sunting] Lihat juga
- Tajuk asas kimia
- Pakar kimia dan senarai pakar kimia
- Kejuruteraan kimia
- elektrolisis
[Sunting] Pautan luar
Kategori: Sains | Sains Tulen | Kimia