Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Universiti Cambridge - Wikipedia

Universiti Cambridge

From Wikipedia

Universiti Cambridge
Cambridge University coat of arms
Latin: Universitas Cantabrigiensis
Cogan kata Hinc lucem et pocula sacra
Terjemahan harfiah: "Dari sini, cahaya dan angin suci". Maksud: "Dari Universiti ini, kami menerima kesedaran dan pengetahuan yang amat berharga."
Tarikh pengasasan 1209
Jenis Awam
Canselor HRH Duke Edinburgh
Naib Canselor Profesor Alison Richard
Pendaftaran 18,933 (jumlah; 2004–05)
Bil. pelajar sarjana 6,649 (2004–05)
Lokasi Cambridge, Cambridgeshire, England, United Kingdom
Persekitaran universiti Tanda tempat bersejarah
Penggabungan Kumpulan Russell, Kumpulan Coimbra, EUA, LERU, IARU
Laman web http://www.cam.ac.uk

Universiti Cambridge merupakan salah satu daripada universiti-universiti yang terkenal dan tertua di dunia. Universiti ini diasaskan di pekan Cambridge, England kira-kira pada tahun 1209. Universiti ini dianggap sebagai salah sebuah universiti berdarjat elit di dunia.

Catatan-catatan awal menunjukkan bahawa universiti ini dikembangkan daripada persatuan para cendekiawan di kota Cambridge, barangkali diasaskan pada tahun 1209 oleh guru-guru yang meninggalkan Universiti Oxford selepas satu perbalahan dengan penduduk tempatan di bandar Oxford.

Semenjak itu, universiti-universiti Oxford dan Cambridge, (juga boleh digabungkan menjadi Oxbridge), mencatat sejarah lama mengenai persaingan sesama sendiri, dan kerap dianggap sebagai maktab-maktab besar yang paling elit dan berprestij bukan sahaja di United Kingdom, bahkan juga dilabel antara universiti paling berprestij di seluruh dunia. Menurut sejarah, kedua-dua universiti ini telah melahirkan sebilangan besar ahli sains, penulis dan ahli politik yang terpenting sepanjang masa.

Sekutu-sekutu Universiti Cambridge pernah memenangi sejumlah 81 Anugerah Nobel, lebih daripada mana-mana universiti di dunia. 70 orang daripada mereka memasuki Cambridge sebagai mahasiswa atau siswazah, yang selainnya merupakan sekutu penyelidiksn, ahli ilmiah, atau profesor. (Universiti Chicago mempunyai jumlah kedua tertinggi pemenang Anugerah Nobel yang bersekutu dengannya — 78 atau mungkin 79 — tetapi hanya 30 daripada mereka pernah menjadi penuntu di situ.)

Universiti Cambridge telah menghasilkan beberapa orang ahli sains yang berpengaruh sejak abad-abad yang lalu. Antara mereka yang meninggalkan pengaruh yang mendalam kepada cara pemikiran manusia adalah: Isaac Newton (penemuan dan teori graviti), Charles Darwin (teori evolusi), William Harvey (peredaran darah), Paul Dirac (mekanik kuantum moden), J. J. Thomson (penemuan elektron), Ernest Rutherford (struktur nuklear sebiji atom), James Clerk Maxwell (teori elektromagnetik), James D. Watson & Francis Crick (struktur DNA), Frank Whittle (penciptaan enjin jet), dan Alan Turing (teori komputasi).

Universiti ini juga kerap menerajui senarai ranking universiti British (misalnya, menduduki tangga pertama pada senarai liga Sunday Times pada tahun 2005, kedudukan yang dipertahankannya selama 8 tahun berturut-turut), dan senarai ranking universiti seuruh dunia yang dihasilkan The Times Higher Education Supplement (THES) dan Universiti Jiao Tong di Shanghai, China masing-masing menilai Cambridge sebagai universiti ketiga dan keempat di dunia. THES juga menempatkan Cambridge sebagai terulung dalam bidang sains, kedua dalam bioperubatan, ketiga dalam kesenian dan kemanusiaan, keenam dalam teknologi, dan kelapan dalam sains sosial. (Perlu diingatkan bahawa kesemua ranking universiti yang diberi tertakluk kepada pertikaian mengenai kriterianya; dan bahawa cuma ada penyenaraian THES dan Jiao Tong sebagai ranking antarabangsa yang sedia ada).

Cambridge juga dikatakan mengenakan pembiayaan yang terbesar antara semua universiti Eropah. Anggaran yang dibuat pada 2005 adalah daripada £2.7 billion kepada £3.1 billion[1] (anggaran pembiayaan Oxford £2.4bn hingga £2.9bn[2] pada tahun yang sama), termasuk cawangan-cawangan dan pertubuhan universiti yang bersekutu dengannya. Namun begitu, pendapatan universiti ini banyak bergantung kepada pembiayaan kerajaan UK. Berbanding dengan univeersiti-universiti di AS, tahap pembiayaan Cambridge lebih kurang sebanyak Universiti Columbia.

Cambridge adalah satu ahli Kumpulan Russell, serangkaian universiti British besar yang berasaskan kajian dan penyelidikan; Kumpulan Coimbra, satu persatuan universiti terulung di Eropah, dan LERU, Liga Universiti Penyelidikan Eropah.

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com