Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Arab Saudi - Wikipedia

Arab Saudi

From Wikipedia

Templat:Infobox Country (Arab Saudi)

Arab Saudi terletak di Semenanjung Arab di selatan Jordan, Iraq, dan Kuwait. Di sebelah timurnya adalah kerajaan Bahrain, Qatar dan Teluk Parsi; dan tenggaranya adalah Amiriah Arab Bersatu dan Oman; dan di selatannya adalah Republik Yaman.

Nama negara ini berasal dari nama keluarga diraja iaitu al-Saud. Negara ini terdiri dari 13 daerah atau mintaqah; Al Bahah, Al Hudud ash Shamaliyah, Al Jawf, Al Madinah, Al Qasim, Ar Riyad, Ash Sharqiyah (Daerah Timur), 'Asir, Ha'il, Jizan, Makkah, Najran, Tabuk. Arab Saudi terkenal sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. dan tempat bermulanya Islam. Oleh itu di bendera Arab Saudi tertera dua kalimah syahadat yang bermaksud, "tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad adalah rasul Allah".

Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Rencana utama: Sejarah Arab Saudi

Sejarah negeri Saudi bermula di sekitar 1750. Seorang pemerintah tempatan, Muhammad bin Saud, bergabung dengan seorang reformis Islam, Muhammad ibn Abd al Wahhab, untuk mencipta satu entiti politik baru. Untuk 150 tahun berikutnya, nasib keluarga Saud ini naik dan turun kerana terpaksa bertanding dengan Mesir, empayar Uthmaniyah dan keluarga Arab lain untuk menguasai Semenanjung Arab. Negeri Saudi moden ditubuhkan oleh Raja Abdul Aziz Al-Saud.

Pada 1902, Abdul Aziz Ibn Saud telah menawan Riyadh, ibu negeri dinasti Al-Saud dahulu kala, daripada pesaingnya keluarga Al-Rashid. Kemudian Abdul Aziz menawan pula Al-Ahsa, Nejd, dan Hijaz antara 1913 dan 1926. Pada 8 Januari 1926, Abdul Aziz Ibn Saud menjadi Raja Hijaz. Kemudian pada 29 Januari 1927, beliau mengambil gelaran Raja Nejd. Melalui Perjanjian Jeddah pada 20 Mei 1927, United Kingdom telah mengiktiraf kemerdekaan kerajaan beliau, Kerajaan Hijaz dan Nejd. Pada 1932, kawasan ini disatukan menjadi Kerajaan Arab Saudi.

Penemuan minyak pada 3 Mac 1938 telah mengubah keadaan ekonomi negara ini, dan telah membuatkan banyak negara mengiktirafnya. Krisis minyak pada pertengahan 70an menunjukkan betapa berkuasanya Arab Saudi dan OPEC dalam ekonomi dunia. Namun pencerobohan Iraq keatas kerajaan Kuwait pada 1990, telah memberi peluang kepada negara barat terutamanya Amerika Syarikat untuk bertapak di Timur Tengah. Akibat pencerobohan ini, negara barat di bawah pimpinan Presiden George Bush telah bertindakbalas dengan melancarkan Operasi "Desert Storm". Kerajaan Arab Saudi terpaksa membenarkan tentera dari Amerika Syarikat untuk membuat penempatan dibumi Arab. Kehadiran tentera asing di negara ini telah mencetuskan ketegangan di antara keluarga diraja dengan rakyatnya. Bebrapa serangan pengganas telah dilancarkan pada Mei dan November 2003.

[Sunting] Politik

Rencana utama: Politik Arab Saudi

Institusi pusat dalam pemerintahan Kerajaan Arab Saudi ialah sistem monarki mutlak. Undang-Undang Asas yang digunakan sejak 1992 menyatakan bahawa Arab Saudi merupakan satu kerajaan yang diperintah oleh anak-anak dan cucu cicit Raja Abdul Aziz Al-Saud, dan Al-Qur'an merupakan perlembagaan negara itu, yang diperintah mengikut undang-undang Islam (Syari'ah). Pembentukan parti politik adalah dilarang dan pilihan raya umum tidak boleh diadakan.

Kuasa raja secara teorinya adalah terhad dalam lingkungan Shari'ah dan tradisi Saudi lain. Beliau juga harus mengekalkan konsensus keluarga diraja Saud, para ulama dan unsur penting lain dalam masyarakat Saudi, tetapi dekrinya tidak perlu mendapat persetujuan mereka. Ideologi negara ini ialah fahaman Wahabi. Mereka cuba mendapatkan pengikut dengan membiayai pembinaan masjid dan madrasah di seluruh dunia. Pemilihan raja dibuat dari kalangan keluarga diraja dan dipersetujui oleh golongan ulama. Keluarga diraja ini digelar Rumah Saud.

[Sunting] Daerah

Rencana utama: Daerah Arab Saudi

Arab Saudi dibahagiakan kepada 13 daerah (mintaqah):

Daerah Arab Saudi
  1. Al Bahah
  2. Al Hudud ash Shamaliyah
  3. Al Jawf
  4. Al Madinah
  5. Al Qasim
  6. Ar Riyad
  7. Ash Sharqiyah (Daerah timur)
  8. 'Asir
  9. Ha'il
  10. Jizan
  11. Makkah
  12. Najran
  13. Tabuk

[Sunting] Geografi

Rencana utama: Geografi Arab Saudi

Arab Saudi terletak di 25 00 U, 45 00 T. Luas kawasannya adalah 1,960,582 km². Arab Saudi merangkumi empat perlima kawasan di Semenanjung Arab dan merupakan negara terbesar di Timur Tengah Asia. Paras terendah di sini ialah di Teluk Parsi pada 0 m dan Jabal Sawda' pada 3,133 m. Arab Saudi terkenal sebagai sebuah negara yang datar dan mempunyai banyak kawasan gurun. Antara gurun yang terkenal ialah di selatan Arab Saudi yang dipanggil "Empty Quarter" (dalam bahasa Arab, Rub al Khali), kawasan gurun terluas di dunia. Namun demikian, di bahagian barat dayanya terdapat kawasan pergunungan yang berumput dan hijau.

[Sunting] Ekonomi

Ekonomi Arab Saudi adalah berasaskan minyak.

[Sunting] masyarakat arab

Dalam perkembangannya, masyarakat arab memperoleh suatu pengaruh dari alam, yaitu dalam hal matapencaharian demi kelangsungan hidup. Setelah disadari bahwa alam ternyata tidak selamanya selalu menyediakan apa-apa yang mereka butuhkan. Maka secara bersama-sama mereka (masyarakat badwi yang kehidupannya adalah nomaden) berinisiatif untuk dapat menyediakan semdiri kebutuhan sehari-hari khususnya dalam hal makanan (food producing). Walaupun di Jazirah Arab merupakan daerah gurun, namun situasi alamnya sangat berbeda dengan gurun yang kebanyakan orang kira. Dengan didukung oleh kondisi alam di Jazirah Arab yang subur (daerah sabit), yaitu dibelahan Arab bagian barat nenbentuk barisan seperti bulan sabit ke timur, mendorong mereka untuk bercocok tanam. Kesuburan daerah gurun di Arab ini karena banyak ditemukannya sumber-sumber mata air yang berada di tengah-tengah gurun pasir yang gersang. Sumber mata air ini sering disebut dengan Oase. Selain itu, banyak juga ditemukan pepohonan seperti pohon kurma dan tanaman lainnya yang didaerah yang terdapat Oase tersebut. Keanekaragaman flora dan fauna didaerah ini membuktikan bahwa memang benar di Jazirah Arab ini tanahnya subur. Adapun hasil pertanian yang selama ini dihasilkan oleh masyarakat yang telah melakukan system food producing dengan bercocok tanam ini contohnya gandum, jagung India, dan kurma serta buah-buahan segar lainnya. Gandum dan jagung merupakan makanan pokok mereka sehari-hari. Namun kebanyakan orang beranggapan bahwa makanan pokok orang Arab adalah kurma. Padahal kenyataannya, kurma dikonsumsi hanyalah sebagai makanan khas masyarakat Arab. Meskipun demikian, ada kalanya kurma dijadikan makanan pokok pada situasi tertentu. Sistem pertanian yang dilakukan masyarakat arab ini, tentunya tidak kalah dengan Negara-negara agraris lainnya. Sistem pengairannya pun bagus karena pengairan diambil dari sumber air yang terdapat di sekitarnya (Oase), sehingga cara pengolahannya pun tidak terlalu sulit. Apalagi pada zaman sekarang ini mereka telah menggunakan sistem yang kebih modern dalam mengolah tanah di daerah arab yang hampir semuanya merupakan hamparan pasir, yaitu dengan menggunakan sistem pertanian plastik. Dengan cara ini penyerapan air ke dalam tanah akan semakin berkurang dan banyak diserap oleh tanaman sehingga tanaman dapat hidup lebih lama karena mendapat lebih mineral-mineral yang dibutuhkan.

[Sunting] Pautan luar


Liga Arab – جامعة الدول العربية Bendera Liga Negara-negara Arab
AlgeriaBahrainComorosDjiboutiMesirIraqJordanKuwaitLubnanLibyaMauritaniaMaghribiOmanPalestinaQatarArab SaudiSomaliaSudanSyriaTunisiaEmiriah Arab BersatuYaman
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com