Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
McDonald's - Wikipedia

McDonald's

From Wikipedia

Perbadanan McDonald's
frames
'
Jenis syarikat Syarikat awam
Perusahaan Restoran
Produk Makanan segera, termasuknya Big Mac, Quarter Pounder, Chicken McNuggets, kentang jejari, dan ais krim sundae
Penubuhan 15 Mei 1940 di San Bernardino, California
Ibu pejabat Oak Brook, Illinois, Amerika Syarikat
Orang utama Dick dan Mac McDonald, Pengasas
Ray Kroc, Pengasas Perbadanan McDonald's
Jim Skinner, KPE
Michael J. Roberts, Presiden/KPO
Ronald McDonald, Maskot korporat
Bilangan pekerja 438,000 pekerja penuh masa (Disember 2005)
Laman web rasmi www.mcdonalds.com
'
:
Saluran keluar McDonald's di Lebuh Raya Nasional Sekime (Osaka, Jepun)
Besarkan
Saluran keluar McDonald's di Lebuh Raya Nasional Sekime (Osaka, Jepun)

Perbadanan McDonald's (BSNY: MCD) merupakan rangkaian restoran makanan segera yang terbesar di dunia.

Syarikat ini dimulakan pada tahun 1940 dengan sebuah restoran yang dibuka oleh adik-beradik Dick dan Mac McDonald, tetapi adalah pengenalan "Sistem Perkhidmatan Speedee" mereka pada tahun 1948 yang mengasaskan prinsip-prinsip restoran makanan segera ini. Bagaimanapun, McDonald's pada masa ini mengisytiharkan tarikh "penubuhannya" sebagai tarikh pembukaan restoran francais pertama oleh Ketua Pegawai Eksekutif Ray Kroc pada tahun 1955. Sebenarnya, restoran Ray Kroc ini merupakan restoran yang kesembilan bagi McDonald's.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Gambaran keseluruhan korporat

Untuk sejarah McDonald's, sila lihat: Sejarah McDonald's

Jenama McDonald's boleh didapati di 119 buah negara di seluruh dunia. 30,000 buah saluran keluar melayan hampir 50 juta pelanggan setiap hari. Melebihi 70% daripada restoran di seluruh dunia dimilik dan dikendalikan oleh usahawan tempatan yang bebas.

Tambahan pula, syarikat itu menjalankan jenama-jenama restoran yang lain, seperti Aroma Café, Boston Market, Chipotle Mexican Grill, serta mempunyai hak milik minoriti di Pret a Manger. Sehingga Disember 2003, ia juga memiliki Donatos Pizza. McDonald's juga memiliki sebuah anak syarikat, Redbox, yang bermula pada 2003 sebagai kedai mudah beli 18-kaki lebar yang berautomatik, tetapi sejak 2005 menumpukan kepada mesin sewaan DVD.

Hasil bagi tahun 2004 ialah AS$19.1 bilion, dengan pendapatan bersih sebanyak $2.75 bilion.

Kebanyakan restoran berasingan McDonald's menyediakan perkhidmatan kaunter serta pandu lalu, dengan tempat duduk dalam dan kekadangnya tempat duduk luar. Perkhidmatan pandu lalu mempunyai nama yang berlainan di pelbagai negara, umpamanya Drive-Thru, Auto-Mac, atau McDrive, dan seringnya menyediakan tempat yang berasingan untuk menempah, membayar dan menerima makanan, walaupun kedua-dua langkah yang terakhir itu sering digabungkan. Sesebahagian saluran keluar "McDrive" yang berhampiran dengan lebuh raya tidak menyediakan perkhidmatan kaunter ataupun tempat duduk. Sebaliknya, saluran keluar di perjiranan bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi seringnya tidak memberikan perkhidmatan pandu lalu. Terdapat juga beberapa saluran keluar yang kebanyakannya terletak di kawasan pusat bandar yang menyediakan perkhidmatan Jalan Lalu ("Walk-Thru").

Terdapatnya juga restoran-restoran bertema khas, seperti "Rock-and-Roll McDonald's" yang bertema 1950-an. Beberapa saluran keluar di kawasan subbandar dan seseparuh bandar raya membekalkan taman permainan dalam ataupun luar yang digelarkan "McDonald's PlayPlace" atau "Playland". Taman-taman ini dicipta pada 1970-an dan 1980-an untuk Amerika Syarikat, tetapi kemudiannya disediakan secara antarabangsa.

Model perniagaan Perbadanan McDonald's berbeza sedikit dengan kebanyakan rangkaian makanan segera. Selain daripada yuran francais, bekalan, dan komisen jualan, McDonald's juga mengutip sewa yang sebahagian terkait kepada jualan. Sebagai syarat perjanjian francais, Perbadanan McDonald's memiliki harta tanah kebanyakan francaisnya. Bagaimanapun di United Kingdom, model perniagaan ini tidak sejajar dengan model antarabangsa, dengan kurang daripada 30% restoran difrancais dan majoritinya masih merupakan hak milik syarikat.

McDonald's melatih pembeli-pembeli serta bakal pengurus-pengurus francaisnya di universiti sendiri. Universiti McDonald's yang pertama terletak di Oak Brook, Illinois, iaitu di bandar yang sama dengan ibu pejabatnya. Sekolah latihan "U Hamburger" yang serupa telah ditubuhkan di seluruh dunia.

Menurut buku Negara Makanan Segera (Fast Food Nation) oleh Eric Schlosser (2001), hampir satu pekerja bagi setiap lapan pekerja di Amerika Syarikat pernah berkhidmat untuk McDonald's. Buku itu juga mengatakan bahawa McDonald's merupakan pengendali swasta yag terbesar untuk taman permainan di Amerika Syarikat, serta pembeli tunggal yang terbesar untuk daging lembu, babi, kentang dan epal.

[Sunting] Restoran-restoran

Restoran McDonald's di Forum the Shopping Mall, Orchard Road, Singapura
Besarkan
Restoran McDonald's di Forum the Shopping Mall, Orchard Road, Singapura

Saluran keluar McDonald's bukannya sebuah restoran, tetapi merupakan gerai hamburger. Francais McDonald's yang awal dibina mengikut reka bentuk yang piawai tetapi membekalkan tempat duduk; sebahagian daripada alasannya adalah untuk mengelakkan pelanggan berdiri-diri. Bagaimanapun, keperluan untuk tempat duduk adalah jelas sejak mula-mulanya, dan syarikat menggantikan reka bentuknya kepada corak restoran bertempat duduk pada tahun 1967. Pada hari ini, restoran yang berasingan masih berdasarkan reka bentuk ini. Selepas pesaing Wendy's memperkenalkan konsep Pandu Lalu, McDonald's berbuat demikian juga pada tahun 1975, dan secara pantas, menambahkan kemudahan ini kepada semua saluran keluarnya yang boleh dilaksana.

Betapa baiknya reka bentuk piawai dalam mempopularkan McDonald's dan menjadikan restoran-restorannya dapat dikenali dengan serentak, reka bentuk piawai tidak sesuai bagi setiap saluran keluarnya. Syarikat ini sering menghadapi kempen yang mendakwa bahawa McDonald's mengancam sekitarnya, khususnya di tempat bersejarah. Mungkinnya sebagai usaha untuk menggalakkan negara-negara Eropah supaya menerima konsepnya, McDonald's kedua di Itali yang membuka pada tahun 1986 berhampiran Spanish Steps di Rom, telah dibina dengan reka bentuk yang kini dianggapi sebagai restoran McDonald's yang termewah. Ia mempunyai air pancut dalam restoran serta dinding dan lantai marmar. Restoran yang lain di tempat yang serupa sensitif mempunyai dekor yang berpadu dengan seni bina sekitar.

[Sunting] McCafé

McCafé menggunakan konsep restoran yang berbentuk bistro dan merupakan usaha Perbadanan McDonald's untuk memperoleh sebahagian pasaran dalam sektor kopi gourmet yang amat popular semata-mata untuk mengelakkan kerugian bahagian pasarannya kepada syarikat-syarikat seperti Starbucks. Dengan kerusi dan sofa berkulit asli, dan meja gaya bistro, suasananya serupa dengan kedai kopi yang moden. Pelanggan yang makan di dalam restoran menggunakan piring tembikar dan kutleri bertangkai kekuli tahan karat, berbanding dulang plastik dan pembalut kertas.

Menunya memberi makanan bistro yang piawai, termasuknya sandwic panino, minium kopi dan espreso, serta kek dan pastri. Kesemua makanan boleh dipesan untuk memgambil balik. Sebatian kopi sendiri dijual secara biasa ataupun dalam tin untuk membru di rumah.

Konsep ini diperkenalkan di Australia pada tahun 1993 dan telah berjaya di beberapa negara, termasuknay Brazil, Israel, Chile, Panama, New Zealand, Colombia, Perancis, Itali, Singapura, Filipina, dan baru-baru ini, Kanada. Terdapatnya 22 buah McCafé di Hong Kong sahaja. Konsep ini baru-baru diperkenalkan di Amerika Syarikat melalui McCafe pertama di Raleigh, Carolina Utara.

[Sunting] McDonald's Lampau

  • Yang paling besar: Orlando, Florida, Amerika Syarikat, berhampiran International Drive. Ia terdiri daripada dua tingkat dan mempunyai kawasan permainan dan arked yang amat besar, serta bahagian McGourmet yang menjual sandwic panino dan ais krim sundae.
  • Yang paling tinggi dalam bangunan: Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur.
  • Yang paling tinggi dari aras laut: La Paz, Bolivia, sebelum ditutup pada 2002. Tingginya 3,600 meter (11,800 kaki) dari aras laut.
  • Yang paling rendah dari aras laut: Perkampungan Ein Bokek, Israel, berhampiran Laut Mati. Rendahnya 396 meter (1,300 kaki) di bawah aras laut.
  • Yang paling utara: Rovaniemi, Finland di Bulatan Artik.
  • Yang paling selatan: Invercargill, New Zealand.
  • Yang paling timur: Gisborne, New Zealand, disebabkan kedudukannya yang berhampiran dengan Garisan Tarikh Antarabangsa.
  • Yang paling barat: Samoa Barat.

[Sunting] Kesan sejagat

Sesebahagian pemerhati berpendapat bahawa kebanyakan daripada reka baru McDonald's telah menjadi biasa dan tidak lagi dianggap sebagai reka baru, dan syarikat itu harus diberikan penghargaan untuk meningkatkan taraf perkhidmatan dalam pasaran yang dimasukinya

Dalam satu penyelidikan yang bertajuk Lengkung Emas di Timur (Golden Arches East, Percetakan Universiti Stanford, 1998, disunting oleh James L. Watson), sekumpulan ahli antropologi menyelidiki kesan McDonald's kepada Asia Timur, khususnya, Hong Kong. Antara dapatan mereka adalah bahawa McDonald's telah menyelesaikan masalah jatuh air muka untuk banyak pelanggannya (yang mungkin dimalukan sewaktu sesiapa membuat pesanan yang lebih mahal; oleh sebab harga kesemua makanan McDonald's adalah lebih kurang sama, masalah ini diatasi).

Saluran keluar McDonald's di Tokyo, Jepun
Besarkan
Saluran keluar McDonald's di Tokyo, Jepun

Sewaktu membuka saluran keluar di Hong Kong pada tahun 1975, McDonald's merupakan restoran pertama yang membekalkan bilik air yang sentiasa bersih. Oleh kerana itu, pelanggan mendesak taraf yang sama daripada restoran dan institusi yang lain. Dengan mempopularkan makanan restoran yang pantas, McDonald's membasmikan ataupun mengurangkan keperluan untuk melakukan perbuatan pantang larang, umpamanya pantang larang makan sewaktu berjalan di Jepun. Dalam kebanyakan kes, McDonald's disambut dengan pantas, dan tidak dianggapi sebagi sebuah institusi asing.

Sewaktu bahan pembungkusan dan bahan buangan yang dihasilkan oleh syarikat menjadi rasa bimbang orang ramai tentang kerosakan persekitaran, McDonald's memulakan projek bersama dengan Sahabat Alam {Friends of the Earth) untuk menghapuskan kegunaan bekas polistirena dan mengurangkan jumlah bahan-bahan buangan yang dihasilkan.

[Sunting] Lambang globalisasi

McDonald's telah menjadi lambang globalisasi, kekadangnya dirujuk sebagai "Mcdonaldisasi" masyarakat. Majalah The Economist menggunakan "Indeks Big Mac" (harga untuk hamburger Big Mac) sebagai sukatan tidak rasmi untuk mengukur pariti kuasa beli antara mata wang negara-negara di dunia.

McDonald's masih merupakan sasaran untuk pembantah anti-globalisasi di seluruh dunia.

[Sunting] Kritikan

Kempen risalah anti McDonald's di hadapan sebuah restoran di Leicester Square, London pada 2004
Besarkan
Kempen risalah anti McDonald's di hadapan sebuah restoran di Leicester Square, London pada 2004

McDonald's menghadapi pelbagai masalah. Sebahagian daripada ini adalah untuk bidang francais. Sebagai sebuah sistem francis yang terbesar dan terkenal di dunia, ia harus memperoleh keeratan dalaman melalui pengimbangan kepentingan pembeli francaisnya dengan kepentingan diri. Pada waktu yang sama, jangkauan sejagatnya serta barisan keluaran yang piawai dan tingkat perkhidmatannya telah menyebabkan McDonald's menjadi sasaran bantahan anti globalisasi. Sebagai sebuah syarikat makanan segera yang mempunyai profil yang tertinggi, ia sering disalahkan untuk kegemukan dan pembaziran bahan-bahan pembungkusan yang berlebih-lebihan. Langkah-langkah syarikat untuk memperlindungkan reputasi dan tanda niaganya kekadang dianggapi terlalu menindas.

Sebagai rankaian restoran yang terbesar di dunia, McDonald's juga merupakan sasaran untuk kritikan luar. Walaupun francaisnya di luar negara biasanya dimilik oleh usahawan tempatan dan menggunakan bahan-bahan makanan tempatan, McDonald's sering diperlihatkan sebagai lambang dominasi sumber ekonomi oleh Amerika Syarikat. Terdapatnya banyak legenda bandar mengenai syarikat ini dan makanannya. Ia sering juga merupakan sasaran tuntutan mahkamah yang luar biasa.

McDonald's telah menjadi sasaran kritikan untuk tuduhan:

  • eksploitasi pekerja-pekerja tingkat kemasukan;
  • penggunaan buruh yang bergaji rendah untuk menghasilkan mainan "hidangan ria" ("happy meal");
  • kerosakan ekologi yang disebabkan oleh pengeluaran pertanian dan pemprosesan perindustrian untuk produknya;
  • penjualan makanan yang tidak sihat;
  • penghasilan keluaran buangan pembungkusan;
  • pengiklanan yang bersifat mengeksploitasi (yang ditujui khasnya kepada kanak-kana, kelompok minoriti dan orang-orang yang berpendapatan rendah);
  • penyumbangan kepada penderitaan dan eksploitasi ternakan.

Kecenderungan bersejarah McDonald's untuk mempromosikan makanan kalori tinggi seperti kentang jejari telah menyebabkannya memperolehi nama samaran "Lengkung-lengkung berkanji".

Pada tahun 2004, filem dokumentari Morgan Spurlock yang bertajuk "Saiz Super Saya" (Super Size Me) menghasilkan publisiti yang buruk untuk McDonald's, dengan tuduhan bahawa makanan McDonald's merupakan antara sebab yang utama kepada wabak kegemukan dalam masyarakat Amerika, serta bergagal dalam memberikan maklumat pemakanan mengenai makanannya kepada pelanggannya. Selama 30 hari, Spurlock tidak makan apa-apa kecuali McDonald's (dan mengubahkan pesanannya kepada saiz besar jika ditanya). Selepas sebulan, Spurlock melaporkan kemurungan hati, disfungsi seksual, dan telah bertambah 24.5 paun (11.11 kg).

Selepas penayangan filem itu di "Pesta Filem Sundance", tetapi sebelum penayangannya di pawagam, McDonald's menghentikan pilihan hidangan Saiz Super secara berperingkat-peringkat dan bermula menghidangkan beberapa pilihan yang lebih sihat. Syarikat itu juga memulakan amalan untuk meletakkan maklumat pemakanan bagi semua makanannya dalam huruf yang saiz taipnya kecil dan berwarna kelabu muda di sebelah belakang kertas dulang.

Banyak orang yang lain kemudian mengikut Spurlock untuk makan di McDonald's tanpa makanan yang lain selama sebulan tetapi mereka memilih makanan mereka dengan bijak (Spurlock makan setiap makanan dalam menu sekurang-kurang sekali, dan selalu bersetuju menggantikan kepada saiz yang besar jika ditanya oleh pekerja McDonald's, dan terus makan lagi selepas dia telah kenyang) dan bersenam lebih kerap, tanpa mengalami kesan yang buruk.

[Sunting] Tuntutan mahkamah

McDonald's juga dikritik tentang caranya untuk memeliharakan imej dan hak ciptanya. Syarikat ini telah mengugut banyak perniagaan perkhidmatan makanan dengan tindakan mahkamah melainkan mereka menggugurkan Mc atau Mac daripada nama niaga mereka. Dalam satu kes yang patut diberi perhatian, McDonald's mendakwa seorang pemilik kedai kopi Scotland yang bernama "McDonald's", walaupun perniagaannya telah berlangsung melebihi satu abad dari satu keturunan ke satu keturunan.

Di Afrika Selatan, McDonald's terpaksa melawan undang-undang tanda dagangan negara itu yang menyatakan bahawa sebuah tanda dagangan yang telah didaftarkan harus digunakan dalam tempoh yang tertentu. Oleh sebab McDonald's tidak mematuhi syarat ini, sebuah syarikat tempatan mengumumkan rancangan untuk melancarkan rangkaian makanan segeranya dengan menggunakan nama McDonald's. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Afrika Selatan kemudian memihak McDonald's.

Pada tahun 2003, satu keputusan oleh Pihak Berkuasa Piawai Pengiklanan UK memastikan bahawa McDonald's telah melanggari tataamalan ketika memerikan bagaimana kentang jejarinya disediakan. Sebuah iklan bercetak McDonald's menyatakan bahawa "selepas memilih kentang... kami mengupas, memotong dan menggorengnya, itu sahaja." Sebenarnya, kentang McDonald's dipotong, digoreng lebih dahulu, kekadang dengan penambahan dekstrosa, disejuk beku, dihantar dan kemudiannya digoreng semula serta ditambah dengan garam.

[Sunting] Lihat juga

  • Sejarah McDonald's
  • Butir menu McDonald's
  • Senarai negara yang mempunyai francais McDonald's
  • Kempen dan cogan kata televisyen McDonald's
  • Legenda bandar McDonald's
  • Tesis McDonaldisasi oleh George Ritzer
  • McMurder di San Ysidro, California
  • Don Gorske, seorang peminat McDonald's yang pernah makan melebihi 20,000 Big Mac hamburger
  • Burger King - pesaing McDonald's yang terbesar
  • Senarai promosi oleh McDonald's
  • Negara Makanan Segara (Fast Food Nation) oleh Eric Schlosser

[Sunting] Filem dokumentari mengenai Perbadanan McDonald's

  • Kemunculan dan evolusi perniagaan McDonald's di Jepun didokumenkan dalam filem "Projek Jepun: Dibuat di Amerika" (Japan Project: Made in America) oleh Terry Sanders.
  • Diet Morgan Spurlock yang terdiri hanya daripada makanan McDonald's selama 30 hari didokumenkan dalam filem "Saiz Super Saya" (Super Size Me).
  • McLibel 2005 (versi baru filem 'McLibel - Dua Dunia Berlanggar' (1997)) dari Spanner Films.

[Sunting] Pautan luar

Lihat galeri mengenai: McDonald's di Wikimedia Commons.
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com