Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Wendy's - Wikipedia

Wendy's

From Wikipedia

Untuk rangkaian ais krim Australia, sila lihat Wendy's (Australia).
Wendy's
frames
'
Jenis syarikat Syarikat awam
(NYSE: WEN)
Perusahaan Makanan
Produk Makanan segera, termasuknya hamburger, cili con carne, kentang jejari, dan desert tenusu
Cogan kata "Buat Apa Saja Yang Menyebabkan Rasa Sedap" (Do What Tastes Right)
Penubuhan 1969
Ibu pejabat Dublin, Ohio, Amerika Syarikat
Orang utama Dave Thomas, Pengasas
Bilangan pekerja 58,000 (2004)
Hasil tahunan AS$3.635 b (2004)
Laman web rasmi www.wendys.com
'
:

Wendy's ialah sebuah rangkaian restoran makanan segera yang diasaskan oleh Dave Thomas di Dublin, Ohio pada tahun 1969, dan kini dimiliki oleh Wendy's International, Inc., sebuah perbadanan Amerika Syarikat. Rangkaian ini mempunyai lebih daripada 6,600 buah restoran di seluruh dunia.

Wendy's yang termasyhur untuk cili con carne-nya, juga dikenali untuk Frosty, iaitu sejenis desert tenusu, dan burger yang berbentuk empat segi, dengan daging lembu kisar yang bukannya daging sejuk beku tetapi daging segar, serta kesemua sandwicnya yang dimasak hanya selepas pesanan pelanggan. Berbeza dengan kebanyakan rangkaian makan segera yang lain, Wendy's tidak menghidangkan makanan sarapan pagi sejak permulaannya, kecuali di Puerto Rico. Wendy's mencuba menghidangkan makanan sarapan pagi pada pertengahan 1980-an, tetapi percubaan itu gagal dengan pantas.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Sejarah

Wendy's diasaskan oleh Dave Thomas pada tahun 1969 dan dinamai sempena Melinda, anak perempuannya yang berumur lapan tahun sewaktu itu, dan yang mempunyai nama samaran "Wendy." Ibu pejabat korporat Wendy's terletak di Dublin, Ohio. Restoran Wendy's yang sulung dibuka di Columbus, Ohio pada 15 November 1969, dan rangkaian itu bertumbuh dengan begitu cepat sehingga mencapai melebihi 3,000 buah saluran keluar pada tahun 1985. Bagaimanapun, menjelang pertengahan 1980-an, sebilangan daripada restoran Wendy's tidak berjaya dan terpaksa ditutup. Pada tahun 1989, Dave Thomas kembali daripada persaraannya untuk membuat iklan Wendy's serta membantu membina semula rangkaian itu sehingga kematian beliau pada tahun 2002.

Selepas pengembangan antarabangsa pada dekad 1980-an, rangkaian Wendy's melaksanakan pengurangan tenaga kerja pada lewat 1990-an. Pada 1999, Wendy's menarik diri dari London dan Hong Kong (cawangan Wendy's di Hong Kong terletak di Lockhart Road, Wan Chai).

Pada tahun 1995, kepopularan Tim Hortons, sebuah rangkaian kopi dan donat yang terbesar di Kanada, telah mempengaruhi pelabur-pelabur Amerika Syarikat; syarikat induk rangkaian Wendy's, iaitu Kumpulan TDL ("TDL" ialah parap untuk "Tim Donut Ltd.", nama korporat Wendy's yang asal), diperoleh oleh Wendy's International, Inc.. Oleh sebab itu, Ron Joyce, pekongsi Tim Horton serta pembeli francais Wendy's yang sulung, menjadi pemegang saham Wendy's yang terbesar.

[Sunting] Tipu helah cili con carne

Anna Ayala. Gambar oleh Jabatan Polis Las Vegas sewaktu Anna ditahan.
Besarkan
Anna Ayala. Gambar oleh Jabatan Polis Las Vegas sewaktu Anna ditahan.

Pada 22 Mac 2005, Anna Ayala, seorang wanita Amerika Syarikat yang berumur kira-kira 40 tahun sewaktu itu, mengemukakan tuduhan tort terhadap Wendy's di mahkamah San Jose, California kerana menemui seketul jari manusia dalam cili con carne-nya. Dia ditangkap atas tuduhan larseni pada 21 April kerana selepas penyiasatan pihak polis, jari itu dikenal pasti sebagai jari suami Ayala yang patah disebabkan kemalangan perindustrian pada Disember 2004.[1] Ayala mengaku salah pada September 2005, dan dihukum sembilan tahun dalam penjara; suaminya juga mengaku salah sebagai rakan sejenayah, dan dihukum dua belas tahun pada 18 Januari, 2006. Tuduhan tipu helah itu mengakibatkan kerugian melebihi AS$2.5 juta untuk perbadanan Wendy's.

[Sunting] Initiatif penjualan

Pada 6 Februari 2006, Wendy's International mengumumkan rancangan utamanya untuk mempertingkatkan jualannya di Amerika Syarikat. Rancangan itu merangkumi peningkatan kecekapan serta pengurangan kos melalui pelbagai langkah dalaman. Mungkinnya, perubahan terbesar yang dapat dilihat oleh pelanggannya ialah pengenalan sarapan pagi, bermula dengan restoran-restoran terpilih di Raleigh, Carolina Utara, diikuti oleh restoran yang lain pada tahun 2007. Tambahan pula, rangkaian itu merancangkan untuk memperkenalkan Frosty Vanila, serta satu barisan keluaran sandwic deli yang digelarkan Frescata, bersama-sama dengan banyak lagi tambahan menu yang lain.

[Sunting] Perkembangan antarabangsa

Selain daripada Amerika Syarikat, Wendy's juga membuka restoran-restoran di Aruba, Kanada, Kepulauan Cayman, El Salvador, Greece, Guatemala, Honduras, Hungary, Indonesia, Jamaika, Jepun, Mexico, New Zealand, Panama, Filipina, Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu dan Venezuela.

Lokasi-lokasi Wendy's
Besarkan
Lokasi-lokasi Wendy's

Rangkaian hamburger Wendy's tidak lama berpanjangan di Australia. Sembilan buah restorannya di Victoria diambil alih oleh Hungry Jack's pada tahun 1986. Sila lihat: Kisah Hungry Jack's yang menerangkan, secara umum, pemerolehan Wendy's. Kini, restoran-restoran Australia yang mempunyai nama Wendy's ialah restoran sebuah francais ais krim yang langsung tiada kaitan dengan rangkaian hamburger Amerika Syarikat itu. Sila lihat: Wendy's (Australia).

Restoran-restoran Wendy's di Greece ditutup pada awal 2000-an, selepas lebih kurang lima tahun beroperasi, disebabkan oleh pesaingan yang amat hebat daripada restoran-restoran seperti Goody's dan McDonald's. Restoran-restoran Wendy's di United Kingdom dijual kepada McDonald's pada tahun 1999. Kesemua 18 buah restoran Wendy's di Argentina ditutup pada November 2000 disebabkan prestasi yang buruk, selepas dalam pasaran tempatan selama empat tahun.[2] [3]

[Sunting] Pengiklanan

Mulai daripada 9 Januari 1984, pelakon tua Clara Peller menjadi jurucakap di Amerika Utara untuk kempen pengiklanan Wendy's, "Di Manakah Daging Lembunya?", yang amat berjaya. Ayatnya itu yang paling masyhur telah menjadi sebahagian kebudayaan pop Amerika Syarikat. Walter Mondale menggunakan ayat itu dengan amat berkesan untuk menewaskan Gary Hart dalam pemilihan utama Parti Demokrat Amerika Syarikat yang juga dapat mempromosikan hamburger Wendy's. Peller yang berumur 84 tahun digugur daripada kempen itu pada tahun 1985 disebabkan oleh iklannya untuk sos spageti Prego yang menonjolkannya mengatakan bahawa "akhirnya saya dapat mencari" daging lembu.

Selepas kematian Dave Thomas pada tahun 2002, Wendy's bekerja keras untuk mencari kempen pengiklanan yang baru oleh sebab hampir kesemua iklan Wendy's yang telah dikeluarkan dari 1989 sehingga 2002 menonjolkan Dave Thomas. Selepas sebuah siri iklan konvensional yang memerihalkan makanan yang dihidangkan, Wendy's pada tahun 2004 cuba menggunakan "Mr. Wendy", watak ciptaan yang mendakwa diri sebagai jurucakap untuk rangkaian makanan segera itu. Selepas tujuh bulan, Wendy's kembali ke kempen animasinya yang menumpukan perbezaan antara hamburger Wendy's yang berbentuk empat segi dengan hamburger pesaing-pesaingnya yang bulat.

Cabang pemasaran Wendy's melibatkan diri dalam penempatan produk dalam filem-filem dan televisyen, dan kekadang menonjolkannya dalam siri pertunjukan realiti televisyen ABC, "Pengubahelokan Keterlaluan: Edisi Rumah" ("Extreme Makeover: Home Edition") yang amat popular. Pertunjukan ini menonjolkan hamburger Wendy's dihidangkan kepada melebihi 100 orang pekerja pembinaan.

[Sunting] Cogan kata

  • 1970: "Mutu ialah Resepi Kami" ("Quality is Our Recipe")
  • 1978: "Hamburger-hamburger yang banyak air serta napkin yang amat banyak" ("Juicy hamburgers and lots of napkins")
  • 1980: "Wendy's Mempunyai Rasa" ("Wendy's Has the Taste")
  • 1981: "Tiada Alasan Untuk Pergi Ke Tempat Lain" ("Ain't No Reason to Go Anyplace Else")
  • 1982: "Kamu Ialah Jenis Orang Wendy's" ("You're Wendy's Kind of People")
  • 1983: "Ini ialah saat terbaik untuk makan... Wendy's" ("It's the best time for...Wendy's" (Filipina)
  • 1983: "Kau tak lapar ke... Kau tak lapar ke?" ("Aren't you hungry... Aren't you hungry?")
  • 1984: "Di Manakah Daging Lembunya?" ("Where's the beef?")
  • kk. 1990: "Burger-burger terbaik dan jauh lebih kaya" ("The best burgers and a whole lot more")
  • 1997 - kini: "Makanan yang terlalu baik, walaupun lambat" ("Eat great, even late")
  • 2002: "Inilah kebahagian hamburger" ("It's hamburger bliss.")
  • 2004: "Sini lebih baik" ("It's better here")
  • kk. 2000 - kini: "Kami tidak memotong sudut-sudut" ("We don't cut corners") (New Zealand) — bermain dengan kata-kata "cut corners" dalam bahasa Inggeris: (1) Maksud harfiah: memotong sudut-sudut; (2) Maksud kiasan: mengambil jalan mudah.
  • kk. 2001 - kini: "El Sabor de lo Recien Hecho" (Honduras)
  • 2005 - kini: "Buat Apa Saja Yang Menyebabkan Rasa Sedap" ("Do what tastes right")
  • 2005 - kini: "Adalah Baik Untuk Menjadi Empat Segi" ("It's Good To Be Square") — bermain dengan kata-kata "Square" dalam bahasa Inggeris: 1) Maksud harfiah: empat segi; (2) Maksud kiasan: jujur.
  • 2006 - kini: "Jangan bertolak ansur. Memperibadikan" ("Don't Compromise. Personalize")

[Sunting] Lihat juga

Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Peristiwa Jari Cili
Wikinews
Wikinews mempunyai berita-berita  
yang berkaitan dengan:
Wendy's
  • Ranch Tooth
  • Senarai rujukan kebudayaan pop terhadap restoran-restoran yang benar

[Sunting] Rujukan

[Sunting] Pautan luar

Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com