Ebooks, Audobooks and Classical Music from Liber Liber
a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z





Web - Amazon

We provide Linux to the World


We support WINRAR [What is this] - [Download .exe file(s) for Windows]

CLASSICISTRANIERI HOME PAGE - YOUTUBE CHANNEL
SITEMAP
Audiobooks by Valerio Di Stefano: Single Download - Complete Download [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Alphabetical Download  [TAR] [WIM] [ZIP] [RAR] - Download Instructions

Make a donation: IBAN: IT36M0708677020000000008016 - BIC/SWIFT:  ICRAITRRU60 - VALERIO DI STEFANO or
Privacy Policy Cookie Policy Terms and Conditions
Menara Berkembar Petronas - Wikipedia

Menara Berkembar Petronas

From Wikipedia

Menara Berkembar Petronas
Menara Berkembar Petronas
Maklumat
Lokasi Kuala Lumpur, Malaysia
Status Siap dibina
Tempoh pembinaan 19951998
Kegunaan Pejabat
Dibuka
Musnah
Ketinggian
Antena/Puncak 452 m (1483 kaki)
Bumbung 403 m (1322 kaki)
Tingkat atas 375 m (1230 kaki)
Maklumat teknikal
Bilangan tingkat 88
Keluasan tingkat 395,000 m²
4.25 juta kaki²
Bilangan lif 78
Kos
Syarikat2
Arkitek César Pelli
Jurutera
Kontraktor
Pemaju
Pemilik
*Pernah menjadi bangunan tertinggi didunia.
Menara Berkembar Petronas
Besarkan
Menara Berkembar Petronas
Perbandingan struktur tertinggi dunia.
Besarkan
Perbandingan struktur tertinggi dunia.

Menara Berkembar Petronas di Kuala Lumpur, Malaysia, pernah menjadi struktur yang tertinggi di dunia apabila diukur dari aras pintu utama sehingga ke puncak struktur. Ia telah dipintas oleh menara Taipei 101 pada 17 Oktober 2003. Menara Berkembar Petronas masih merupakan menara berkembar tertinggi di dunia, dan merupakan bangunan tertinggi bagi abad ke-20. Pengkritik mendakwa bahawa ia hanya berkenaan pada kategori ketinggian sahaja.


Jadual isi kandungan

[Sunting] Perbandingan dengan bangunan tinggi lain

Syarikat minyak nasional Malaysia, Petronas, bertekad untuk membina bangunan tertinggi dunia. Walaupun bangunan lain seperti Menara Sears mempunyai tingkat dihuni lebih tinggi, kemuncak (pinnacle) lebih tinggi, dan atap yang lebih tinggi, puncak (spires) Menara Berkembar Petronas menjulang sehingga 452 meter (1483 kaki) — tertinggi sehinggalah Taipei 101. Mengambil kesempatan berkenaan peraturan mengenai ukuran bangunan (mengira puncak (spires) tetapi menolak antena) telah menimbulkan banyak kontrovesi di atas dakwaan Menara Berkembar Petronas sebagai gelaran menara tertinggi dunia.

Kejadian pertama menggunakan puncak (spire) untuk meningkatkan tinggi diwartakan sesebuah bangunan adalah apabila Bangunan Chrysler didirikan. Puncak tersebut dibina secara rahsia bagi membolehkan Bangunan Chrysler berdiri lebih tinggi berbanding Bangunan Bank Of Manhattan.

[Sunting] Pembinaan

Menara Berkembar Petronas dibina diatas tapak seluas 40 hektar di kawasan Segi tiga emas Kuala Lumpur. Ia direka oleh arkitek Cesar Pelli dan disiapkan pada Mac 1996.

Menara kaca dan keluli tahan karat setinggi 88-tingkat, merupakan imbasan warisan Muslim Malaysia. Struktur asas merupakan rekabentuk yang dimajukan dari bangunan Chicago yang dibatalkan.

Untuk membuat tapak Menara Berkembar Petronas, bumi digali sedalam 117 meter, iaitu setinggi bangunan lima tingkat. Sejumlah 7,000 meter padu simen konkrit telah dituangkan selama dua minggu secara berterusan. Beratnya keseluruhan bangunan 100,000 tan.

Menara ini mempunyai ciri-ciri keselamatan yang unik dan pertama kali digunakan di Malaysia. Sewaktu berlaku gempa bumi atau puting beliung, menara ini akan condong. Kecondongannya mengikut tiupan angin kencang hingga 1.5 meter. Apabila bencana reda, menara akan tegak seperti biasa.

Terdapat 12 biji lampu disekeliling menara ini yang berkelip-kelip 24 jam sehari. Setiap satunya berharga RM15,000. Jumlah kos pembinaan Menara Berkembar Petronas RM270 juta.

[Sunting] Kemudahan

Di bawah Menara Berkembar Petronas merupakan kompleks membeli-belah popular, dikenali sebagai Suria KLCC.

[Sunting] Taman KLCC

Di luar bangunan terdapat sebuah taman yang di reka bentuk oleh Pasukan Pembangunan Taman, Projek Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC). Di taman ini terdapat kolam air pancut, taman permainan kanak-kanak, pondok rehat galeri seni ukir dan mural.

[Sunting] Surau

Terdapat juga sebuah surau yang dibina untuk kegunaan orang ramai. Surau ini didirikan berasaskan seni bina Islam dan mampu menampung sehingga 6,000 jemaah. Terdapat juga Masjid Asy-Syakirin KLCC yang terletak bersebelahan dengan bangunan KLCC.

[Sunting] Jambatan angkasa

Menara Berkembar Petronas mempunyai laluan angkasa antara kedua menara pada tingkat 41 dan 42. Ia setinggi 170 meter dan sepanjang 58 meter. Tingkat yang sama dikenali sebagai podium kerana pelawat yang ingin pergi lebih tinggi perlu singgah untuk bertukar lif. Jambatan angkasa terbuka kepada semua tetapi perlu mengambil pas pelawat.

[Sunting] Penyewa Menara Berkembar Petronas

Menara Satu diduduki sepenuhnya oleh Petronas dan anak syarikat dan syarikat berkait. Ruang pejabat di Menara Dua tersedia untuk disewa bagi syarikat lain. Microsoft mempunyai pejabat di tingkat 30 Menara Dua.Penyewa yang lain adalah:

  • Accenture
  • Al Jazeera International
  • Bloomberg
  • Boeing
  • Exact Software
  • IBM
  • Khazanah Nasional Berhad
  • McKinsey & Co
  • Microsoft

[Sunting] Pengaruh luar

  • Dalam siri kartun Totally Spies yang bertajuk Man or Machines. Sam, Clover dan Alex telah pergi ke Menara Berkembar Petronas untuk melakukan misi menyelamatkan lif itu bergerak sangat laju.
  • Dalam filem Entrapment lakonan Sean Connery dan Catherine Zeta Jones.

[Sunting] Lihat juga

[Sunting] Pautan luar

Lihat galeri mengenai: Menara Berkembar Petronas di Wikimedia Commons.
Our "Network":

Project Gutenberg
https://gutenberg.classicistranieri.com

Encyclopaedia Britannica 1911
https://encyclopaediabritannica.classicistranieri.com

Librivox Audiobooks
https://librivox.classicistranieri.com

Linux Distributions
https://old.classicistranieri.com

Magnatune (MP3 Music)
https://magnatune.classicistranieri.com

Static Wikipedia (June 2008)
https://wikipedia.classicistranieri.com

Static Wikipedia (March 2008)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com/mar2008/

Static Wikipedia (2007)
https://wikipedia2007.classicistranieri.com

Static Wikipedia (2006)
https://wikipedia2006.classicistranieri.com

Liber Liber
https://liberliber.classicistranieri.com

ZIM Files for Kiwix
https://zim.classicistranieri.com


Other Websites:

Bach - Goldberg Variations
https://www.goldbergvariations.org

Lazarillo de Tormes
https://www.lazarillodetormes.org

Madame Bovary
https://www.madamebovary.org

Il Fu Mattia Pascal
https://www.mattiapascal.it

The Voice in the Desert
https://www.thevoiceinthedesert.org

Confessione d'un amore fascista
https://www.amorefascista.it

Malinverno
https://www.malinverno.org

Debito formativo
https://www.debitoformativo.it

Adina Spire
https://www.adinaspire.com